omniture

Cipla menerima kelulusan akhir untuk versi generik IMITREX® GlaxoSmithKline (Penyembur Nasal Sumatriptan, 20 mg)

Cipla
2021-03-02 21:31 97

MUMBAI, India, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Cipla Limited (BSE: 500087) (NSE: CIPLA EQ) (kemudiannya disebut sebagai "Cipla") hari ini mengumumkan ia telah menerima kelulusan akhir Abbreviated New Drug Application (ANDA) bagi alat Penyembur Nasal Sumatriptan, 20 mg daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (U.S. FDA).

Penyembur Nasal USP Sumatriptan, 20 mg keluaran Cipla merupakan versi terapeutik generik bertaraf AB yang setara dengan Penyembur Nasal Imitrex® GlaxoSmithKline. 

Penyembur Nasal Imitrex® ialah sejenis agonis (triptan) reseptor serotonin (5-HT1B/1D) yang menunjukkan rawatan migrain akut dengan atau tanpa aura pada orang dewasa.

Menurut IQVIA (IMS Health), Penyembur Nasal Imitrex® 20 mg dan generik setaranya menghasilkan jualan di AS bernilai kira-kira $53.3 juta untuk tempoh 12 bulan yang berakhir pada  Disember 2020.

Tentang Cipla :

Ditubuhkan pada tahun 1935, Cipla ialah sebuah syarikat farmaseutikal global yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang tangkas dan lestari, generik yang kompleks serta portfolio yang mendalam di pasaran sedia ada kami di India, Afrika Selatan, Amerika Utara serta pasaran utama yang terkawal dan baru muncul. Kekuatan kami dalam respiratori, anti-retroviral, urologi, kardiologi, anti-jangkitan dan segmen CNS adalah amat dikenali. 46 buah kilang pembuatan kami di seluruh dunia menghasilkan lebih 50 bentuk dos dan lebih 1,500 produk menggunakan platform berteknologi canggih untuk memenuhi permintaan di lebih 80 pasaran. Cipla menduduki tempat ke-3 terbesar dalam bidang farmaseutikal di India (IQVIA MAT Disember 2020), ke-3 terbesar dalam pasaran farmaseutikal swasta di Afrika Selatan (IQVIA MAT Disember 2020) dan merupakan salah sebuah farmaseutikal generik yang paling penting di A.S. Selama lebih lapan dekad, perubahan yang telah dibawa kepada pesakit memberi inspirasi kepada setiap aspek kerja-kerja Cipla. Tawaran perubahan paradigma kami dalam terapi anti-retroviral tiga kali ganda bagi pesakit HIV/AIDS pada harga kurang daripada satu dolar sehari di Afrika pada tahun 2001, telah diakui secara meluas sebagai penyumbang kepada penyertaan, kebolehcapaian dan kemampuan yang menjadi inti pati gerakan HIV. Sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab, pendekatan kemanusiaan Cipla terhadap penjagaan kesihatan dalam memenuhi matlamatnya iaitu 'Prihatin pada Kehidupan' dan hubungan kemasyarakatan yang mendalam di mana-mana saja ia berada, menjadikannya sebagai rakan kongsi pilihan kepada badan kesihatan global, rakan seangkatan dan semua pihak berkepentingan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cipla.com atau klik di TwitterFacebookLinkedIn.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/947146/Cipla_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Cipla
Related Stocks:
Bombay:500087 Bombay:CIPLA.BO India:CIPLA.NS India:CIPLAEQ India:EQCIPLA OTC:CPLFY
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals FDA Approval New products/services