omniture

Subex menyertai O-RAN Alliance untuk membantu mempercepat penggunaan rangkaian akses radio terbuka

Subex
2021-03-02 21:47 99

LONDON, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Subex, pelopor dalam Kepercayaan Digital, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjadi ahli O-RAN Alliance untuk menyokong pembangunan dan piawaian RAN (rangkaian akses radio) Terbuka. Dengan kepakarannya dalam analisis rangkaian canggih berdasarkan pembelajaran mesin, Subex menyertai perikatan tersebut untuk membantu memacu inovasi dalam domain rangkaian akses radio – yang akhirnya akan mempermudahkan RAN Terbuka yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) tertanam untuk memaksimumkan prestasi rangkaian.

O-RAN Alliance menyasarkan untuk mengubah industri RAN ke arah ekosistem rangkaian mudah alih yang terbuka, pintar, maya dan boleh saling dioperasi sepenuhnya. Gabungan ini bertanggungjawab untuk mewujudkan piawaian O-RAN dan seni bina rujukan bagi membolehkan ekosistem pembekal RAN yang lebih kompetitif dan bertenaga dengan inovasi yang lebih pantas. Hari ini, O-RAN Alliance telah menjadi komuniti pengendali rangkaian mudah alih, vendor dan institusi penyelidikan serta akademik yang tersebar ke seluruh dunia.

Menurut Dell'Oro Group, menjelang tahun 2025, 10% daripada jumlah pasaran RAN akan diambil alih oleh perkakasan dan perisian RAN Terbuka. ABI Research meramalkan bahawa jumlah Perbelanjaan Modal RAN Terbuka akan mengatasi perbelanjaan tradisional RAN menjelang tahun 2028. Pengendali telekomunikasi Eropah terkemuka termasuk Deutsche Telekom, Orange, Telefónica dan Vodafone telah pun komited untuk menggunakan RAN Terbuka sebagai sebahagian daripada pelancaran 5G mereka.

Piawaian terbuka yang dipromosikan oleh O-RAN Alliance akan membolehkan pembangunan antara muka terbuka dan penggunaan rangkaian akses radio yang lebih cepat dengan memanfaatkan teknologi seperti AI dan analisis masa nyata. Oleh kerana 5G sedang bergerak ke arah pilihan arus perdana, RAN Terbuka di pinggir rangkaian dijangka memanfaatkan aplikasi tersebut termasuk penyelesaian kenderaan autonomi dan Internet Benda (IoT).

Suresh Chintada, Ketua Pegawai Teknologi, Subex, mengulas, "Setakat hari ini, Subex telah membuktikan kemampuan vendor-agnostiknya untuk menggunakan pengalaman yang dapat meringankan cabaran perniagaan kritikal yang dihadapi oleh pasukan perancangan dan pengoptimuman rangkaian, melalui penyelesaian pengurusan kapasitinya. Melalui pendekatan utama AI inovatifnya, Subex membantu pasukan rangkaian mencapai tahap kecekapan dan ketepatan yang lebih tinggi dalam membuat keputusan yang bijak, yang menghasilkan pulangan yang maksimum ke atas pelaburan rangkaian dan peningkatan pengalaman pelanggan. Sebagai langkah seterusnya untuk mengembangkan penyelesaian kami, kami berbangga dapat bekerjasama dengan O-RAN Alliance. Dalam lingkungan perikatan ini, Subex akan terlibat secara meluas dalam kumpulan kerja yang berkaitan dengan pengawal pintar RAN (RIC) dan akan membawa inovasi mengguna pakai pembelajaran mesin dan teknologi pembelajaran mendalam. RAN Terbuka membawakan potensi inovasi yang besar terhadap industri telekomunikasi. Usaha bersama semua vendor yang terlibat dalam pakatan akan mempercepat inovasi dalam ruang lingkupnya dan kami teruja menjadi sebahagian daripadanya."

O-RAN Alliance telah ditubuhkan pada bulan Februari 2018 oleh AT&T, China Mobile, Deutsche Telekom, NTT DOCOMO dan Orange, dan sejak itu telah menjadi komuniti global bagi pengendali rangkaian mudah alih, vendor serta institusi penyelidikan dan akademik yang beroperasi dalam industri RAN.

Tentang Subex 

Subex ialah pelopor yang telah membolehkan Kepercayaan Digital dalam perniagaan dengan lebih 300 pemasangan yang merangkumi lebih 90 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1994, Subex kini menjadi peneraju industri yang membolehkan Kepercayaan Digital menyeluruh diterapkan ke dalam ekosistem perniagaan pelanggannya. Memberi tumpuan kepada Kecerdasan, Identiti, Pengurangan Risiko, Keselamatan dan Privasi, Subex membantu perniagaan menangani perubahan yang mengganggu dalam landskap perniagaan dan menjayakannya dengan Kepercayaan Digital.

Portfolio produk Analisis Rangkaian berasaskan AI/ML Subex yang membolehkan CSP dengan wawasan yang boleh dilaksanakan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelanggan dengan ketepatan dan kecekapan yang tertinggi. Selain daripada Analisis Rangkaian, penyelesaian Subex juga meliputi Jaminan Pendapatan, Pengurusan Penipuan dan Pengurusan Rakan Kongsi, malah ini turut dilengkapkan melalui penyelesaian digitalnya seperti Keselamatan dan Pemahaman IoT. Subex juga menawarkan Perkhidmatan Terurus dan Perkhidmatan Perundingan Perniagaan berskala.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.subex.com.

Sila hubungi:

Sandeep Banga
Pemasaran dan Komunikasi
sandeep.banga@subex.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1447559/SUBEX_Logo.jpg?p=medium600

Source: Subex
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Radio Telecommunications Contracts New products/services