omniture

Big Data Exchange (BDx) Umum Kerjasama dengan Zuora Untuk Melancarkan Rangkaian Produk Digital Baharu

Big Data Exchange (BDx)
2021-03-03 07:05 49

BDx memilih Zuora untuk mendigitalkan pengalaman 'quote-to-cash' sepenuhnya dan menawarkan perkhidmatan digital yang menarik kepada pelanggan

HONG KONG, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Big Data Exchange (BDx), sebuah kluster pusat data Pan Asia bebas dan Zuora sedang bekerjasama untuk memberi lebih banyak rangkaian produk terbaik dan inovatif kepada para pelanggan. Zuora ialah penyedia platform pengurusan langganan berasaskan awan yang terkemuka. Dengan menerapkan perisian Zuora Billing dan Zuora CPQ, BDx menawarkan pengalaman sebut harga ke pembelian (quote-to-cash) terdigit sepenuhnya kepada para pelanggannya.

"Oleh kerana BDx berusaha untuk meluaskan penawaran rangkaian digital bagi mempercepat perjalanan digital pelanggan kami, sistem pengebilan perlu terus menawarkan fungsi-fungsi dan kemampuan baharu," kata Sujit Panda, Ketua Pegawai Inovasi Teknologi BDx. "Zuora merupakan pilihan paling tepat bagi membantu kami membawa lebih banyak fungsi langganan automatik kepada pelanggan kami."

Penggunaan kaedah automatik di pusat data telah menjadi semakin penting. Sewaktu peningkatan pandemik COVID-19, pusat data dengan sistem automatik yang mantap menghasilkan pengalaman berbeza yang ketara kepada pelanggan. Perkongsian ini membantu BDx mengautomatikkan sebahagian besar proses sebut harga ke pembelian dan membawa penawaran digital yang lebih kompleks ke pasaran dengan cepat.  

"Kami amat teruja dapat membantu BDx menerajui era ekonomi langganan dengan membantu mereka berinovasi dan menguji penawaran langganan baharu kepada pelanggan mereka," kata Marc Gagne, Pengurus Besar Asia-Pasifik Zuora. "Zuora akan membolehkan BDx mempergunakan peluang baharu, melancar dan menjana pendapatan fungsi baharu dengan cepat serta memanfaatkan data yang menjadi asas bagi mencipta pengalaman pelanggan yang lebih diperibadikan."

Bermula pada bulan ini, pelanggan dapat mengakses maklumat pengebilan mereka melalui BDx 360°, portal pelanggan milik syarikat yang menyediakan pandangan holistik dalam pelaburan infrastruktur mereka. BDx 360° membolehkan pelanggan menguruskan perkhidmatan mereka dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang lokasi tambahan, perkhidmatan kolokasi, perkhidmatan terurus BDx dan seterusnya, sila layari www.bdxworld.com

Tentang BDx
Big Data Exchange (BDx) merupakan kluster pusat data Pan Asia dengan lokasi di seluruh Hong Kong, tanah besar China dan Singapura. Penyelesaian awan hibrid, ketersambungan dan kolokasi yang unik menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan untuk infrastruktur IT pelanggan globalnya. Sebagai penyedia pusat data, BDx mencipta ekosistem hibrid yang selamat dengan penawaran BDx SoftConnect, BDx Armor dan BDx Single Pane, yang menyediakan penyelesaian ketersambungan di seluruh Asia. Dengan menggunakan modul automatik BDx, BDx mampu menyediakan pelanggan dengan tahap penyesuaian yang menyaingi pesaing dalam kecekapan dan kos, menawarkan mereka kemampuan untuk mengelola rak fizikal dengan kemudahan yang sama seperti bekerja di awan awam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari www.bdxworld.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.

Hubungan Media BDx:
Jaymie Scotto & Associates (JSA)
pr@jsa.net

Tentang Zuora, Inc.
Zuora menyediakan platform pengurusan langganan berasaskan awan terkemuka yang berfungsi sebagai sebuah sistem rekod untuk perniagaan langganan di semua industri. Platform Zuora yang menguasakan Subscription Economy®, telah direka cipta khusus untuk model perniagaan langganan yang dinamik dan berulang serta bertindak sebagai hab pengurusan langganan pintar yang mengautomasi dan mengatur keseluruhan proses langganan tempahan ke pendapatan dengan lancar di seluruh pengecaman pengebilan dan pendapatan. Zuora memberi perkhidmatan kepada lebih 1,000 buah syarikat di seluruh dunia termasuk Box, Ford, Penske Media Corporation, Schneider Electric, Siemens, Xplornet dan Zoom. Beribu pejabat di Silicon Valley, Zuora juga mengendalikan pejabat di seluruh dunia di A.S., EMEA dan APAC. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform Zuora, sila layari www.zuora.com.

Hubungan Media Zuora:
press@zuora.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1086297/BDx_Logo.jpg?p=medium600

Source: Big Data Exchange (BDx)
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements Data Analytics