omniture

Dominica Menunjukkan Teladan Dalam Penjagaan Kesihatan: Perdana Menteri Mendapatkan Suntikan Vaksin dan Menderma kepada Beberapa Negara Jiran

CS Global Partners
2021-03-03 08:00 3951

LONDON, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada Selasa, 23 Februari 2021, Perdana Menteri Komanwel Dominica, Yang Berhormat Dr. Roosevelt Skerrit mendapatkan suntikan pertama vaksin Oxford AstraZeneca. Beberapa orang menteri, pegawai dan kakitangan pejabat kerajaan yang lain turut menyertainya untuk mendapatkan suntikan vaksin. Disebabkan kepemimpinan dan diplomasinya yang dinamik, beliau telah memperoleh 70,000 vaksin daripada India untuk Dominica. Kerajaan Dominica yang bekerjasama dengan kerajaan Barbados menunjukkan sikap yang baik dengan menyumbangkan sebahagian daripada vaksin yang diterima kepada negara-negara jiran serta menjadi contoh hubungan akrab antara seluruh negara Caribbean.

Kerajaan itu juga melancarkan laman web untuk membolehkan rakyat mendaftar dan memastikan kempen pemvaksinan dijalankan secara berfasa. Pada masa ini, Dominica merupakan antara negara-negara yang telah berjaya mengekang pandemik tersebut dan merekodkan kematian sifar setakat ini. Pengurusan bijak Perdana Menteri telah menjadikan Nature Isle sebagai contoh kepada negara-negara di seluruh dunia, termasuk negara-negara CARICOM yang telah menyaksikan kesan buruk COVID-19 kepada banyak negara.

Dalam webinar yang dikeluarkan pada minggu ini, Perdana Menteri menekankan sistem penjagaan kesihatan yang kukuh di negara ini. "Oleh sebab kami mempunyai sistem penjagaan kesihatan utama yang sangat kukuh, [ia] membantu kami dalam membendung penularan COVID-19 di negara kami," kata beliau. Beliau juga mengiktiraf peranan Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan (CBI) Dominica sebagai penaja utama dalam kemajuan sektor penjagaan kesihatan. Beliau berkata, "Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan ini telah menjadi penyumbang yang sangat hebat kepada asas pendapatan kami serta program pelaburan sektor awam."

Dipilih sebagai negara terbaik untuk kewarganegaraan melalui pelaburan, menurut Indeks CBI PWM oleh Financial Times, Dominica amat dikenali kerana bijak memanfaatkan sumbangan CBI dengan cemerlang. Dalam sektor penjagaan kesihatan sahaja, Program CBI telah bertanggungjawab dalam pembinaan banyak klinik, pusat kesihatan dan hospital canggih yang dijadualkan siap pada bulan depan.

Di bawah Program ini, pelabur asing serta keluarga mereka boleh mendapatkan kewarganegaraan kedua dari Dominica secara sah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sama ada dengan membuat sumbangan sekali kepada dana kerajaan atau melabur dalam hotel mewah dan lestari yang telah diluluskan terlebih dahulu. Namun, pertama sekali, semua pemohon mestilah lulus pemeriksaan usaha wajar Dominica yang menyeluruh serta dianggap sebagai yang paling ketat antara kesemua program imigresen pelabur. Langkah ini menjamin integriti Program demi reputasi Dominica di samping meyakinkan pelabur bahawa kewarganegaraan mereka adalah untuk seumur hidup dan boleh diwariskan dengan selamat kepada generasi seterusnya.

Warga ekonomi mendapat hak untuk menetap, bekerja dan belajar di Dominica serta memanfaatkan semua kemudahan negara itu seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, perjalanan tanpa visa, keselamatan dan keselesaan yang baik untuk seumur hidup.

Sila hubungi: pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com  

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel