omniture

GFT dan Thought Machine mengumumkan ketersediaan BankLite untuk mempercepat penyampaian perbankan digital berasaskan awan

GFT
2021-03-03 17:53

- Penyelesaian modular yang lengkap membolehkan penciptaan dan penggunaan entiti perbankan digital berasaskan awan dengan pantas

- Bank maya sedia pengeluaran untuk pelanggan dan pengurusan akaun tersedia dalam masa kurang daripada 12 minggu

- Menggabungkan pemecut Pelancar Bank Digital (DBL) GFT yang baharu

- Membolehkan kebolehupayaan skala yang dinamik, kualiti yang konsisten, keselamatan dan pengurangan kos operasi 

- Menyah risiko integrasi semua lapisan teknologi

STUTTGART, Jerman, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Firma kejuruteraan perisian dan perkhidmatan IT global GFT dan syarikat perbankan teras natif awan, Thought Machine hari ini mengumumkan ketersediaan BankLite. Ia dibangunkan bersama oleh GFT dan Thought Machine serta beroperasi dengan Amazon Web Services (AWS), penyelesaian baharu ini membolehkan pelanggan mencipta dan menggunakan bank digital berasaskan awan dengan lebih cepat daripada sebelumnya.

BankLite ialah sistem modular sepenuhnya yang direka di sekitar Vault, enjin perbankan teras natif awan generasi seterusnya Thought Machine yang menggunakan perkhidmatan awan natif AWS dan dihoskan pada infrastruktur AWS. Ini membolehkan bank mencipta penyelesaian serba lengkap yang fleksibel dan moden dengan menyediakan keupayaan yang diperlukan bagi menyokong strategi pelbagai entiti, pelbagai jenama dan pelbagai negara. Senibina 'blok bangunan' komponen yang boleh dipasangnya berfungsi bersama-sama sebagai satu dan memanfaatkan integrasi lapisan dengan perkhidmatan mikro yang menggunakan laluan API AWS

Steve Hoy, Pengarah Perkongsian Thought Machineberkata: "Institusi kewangan yang mapan dan syarikat pemula sedang bergelut dengan keterbatasan teknologi legasi. Kini terdapat keperluan yang mendesak untuk melabur dalam teknologi perbankan teras moden yang membolehkan keupayaan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan mengurangkan persekitaran teknologi yang kompleks sambil mencapai kecekapan operasi yang optimum.

Inilah ketikanya BankLite yang menggabungkan Vault, penyelesaian perbankan teras natif awan kami datang membantu. Peningkatan jumlah pertanyaan yang kami terima bagi penyelesaian seperti ini menjadi petunjuk yang jelas tentang keperluan industri yang semakin memuncak mahukan perubahan. Kami yakin tawaran baharu ini memainkan peranan yang signifikan bagi membolehkan lebih banyak institusi kewangan mencapai matlamat transformasi digital mereka dengan pantas."

Gonzalo Ruiz de Villa, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Teknologi GFT mengulas: "BankLite menggabungkan Pelancar Bank Digital iaitu aset natif awan GFT yang baharu dan telah dibangunkan untuk membolehkan penyedia perbankan teras moden meningkatkan keupayaan penyelesaian mereka." Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa DBL terdiri daripada semua blok bangunan yang diperlukan untuk menyampaikan saluran digital serta platform perbankan bagi menyokong integrasi dengan penyedia perkhidmatan luar dan ekosistem fintech.

Menurut Ruiz de Villa, DBL menyediakan kebolehupayaan skala yang dinamik dan memastikan kualiti dan keselamatan yang konsisten di seluruh rangkaian perbankan yang lengkap daripada sistem perbankan teras kepada saluran digital serta integrasi dengan pihak ketiga. Ia dibangunkan dengan menggunakan kaedah dan teknologi kolaboratif terkini untuk memastikan semua pasukan di seluruh perniagaan daripada UX dan reka bentuk kepada pembangunan dan operasi boleh dikendalikan dalam persekitaran yang telus dan bekerjasama sepenuhnya. Pengalaman berasaskan API dan lapisan Perbankan sebagai Perkhidmatan (Banking-as-a-Service) memberikan pengalaman yang lancar dalam keseluruhan perkhidmatan, produk dan perisian buatan tersuai pihak ketiga.

Melalui penggunaan komponen, seni bina dan infrastruktur yang dikonfigurasi terlebih dahulu BankLite serta pemecut DBL GFT, bank sudah boleh mendapatkan bank 'ringan' beroperasi dalam masa kurang daripada dua belas minggu. Pendekatan ini akan membolehkan pengguna menggunakan jenama berbeza dengan pantas di pelbagai kawasan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan perniagaan dan peraturan khusus negara serta menyokong produk tempatan dan rakan kongsi serantau.

Vault ialah platform generasi seterusnya yang tidak mempunyai sebarang teknologi legasi atau pra-awan. Ia telah dibina bermula dari asas dengan API yang menggunakan seni bina perkhidmatan mikro. Seluruh sistem ini berintegrasi dengan lancar hasil daripada satu reka bentuk yang koheren. Memanfaatkan sistem kontrak pintarnya, Vault boleh dikonfigurasi untuk mengendalikan segala jenis produk peruncitan bank walau apapun kerumitannya. Thought Machine secara terbuka telah menamakan Lloyds Banking Group, SEB, Standard Chartered dan Atom Bank sebagai pelanggan dan pengguna Vault. 

Manuel Lavin, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Digital GFT mengulas: "Pelancaran BankLite ini merupakan kemuncak pengetahuan dan pengalaman yang telah kami peroleh selama bertahun-tahun dalam membantu institusi kewangan untuk membina bank maya yang lengkap dan disesuaikan dengan jayanya. Dengan menggunakan seni bina yang terbukti dan berskala, kami secara konsisten telah menunjukkan keupayaan untuk membolehkan pelanggan menyingkatkan tempoh ke pasaran, meminimumkan risiko projek serta mengawal perbelanjaan operasi dan pembangunan. Pasukan pembangunan BankLite yang terdiri daripada pelbagai disiplin ini telah memberikan keupayaan untuk membolehkan firma kewangan di seluruh dunia membina bank maya baharu dari asas dengan pantas dan cekap atau memperluas sistem perbankan teras legasi yang sedia ada pada harga yang jauh lebih rendah. Kami berharap dapat membantu pelanggan bersama kami mendapat manfaat daripada tawaran baharu yang inovatif ini."

gft.com/banklite/ 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/742447/GFT_Logo.jpg?p=medium600

Source: GFT
Keywords: