omniture

AppGallery Hampir Menggandakan Jumlah Pengedaran Aplikasi dalam Tempoh 12 Bulan

Huawei
2021-03-03 18:07 120

 

Peningkatan 83% dalam pengedaran aplikasi dan 33% dalam pertumbuhan jumlah pengguna aktif bulanan menandakan setahun pertumbuhan untuk AppGallery Huawei. 

SHENZHEN, China, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- AppGallery, salah satu daripada tiga pasaran aplikasi paling popular di dunia telah menyaksikan peningkatan sebanyak 188% dalam aplikasi bersepadu bersama HMS Core yang mencecah 120,000 unit. Dalam tempoh setahun setelah mendedahkan rancangan untuk berkembang pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2020, platform tersebut kini mempunyai 2.3 juta pembangun berdaftar, peningkatan sebanyak 77% berbanding tahun lalu dengan khalayak aktif bulanan (MAU) global berjumlah 530 juta.

AppGallery's app distribution surpassed 384.4 billion in 2020, 174 billion more than the previous year. Gaming leads this expansion; 500% more games are now available on the platform compared to last year.
AppGallery's app distribution surpassed 384.4 billion in 2020, 174 billion more than the previous year. Gaming leads this expansion; 500% more games are now available on the platform compared to last year.

Pengedaran aplikasi AppGallery melebihi 384.4 bilion pada tahun 2020, meningkat sebanyak 174 bilion berbanding tahun sebelumnya. Permainan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ini; lebih 500% permainan kini tersedia pada platform berbanding tahun lalu. Pelanggan Huawei merupakan antara yang pertama memperoleh pengalaman permainan baharu yang inovatif dengan pelancaran terkini seperti AFK Arena, Asphalt 9: Legends dan Clash of Kings.

Jumlah ini diperoleh setelah setahun Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business memperkenalkan visi Huawei untuk menjadikan AppGallery sebagai platform pengedaran aplikasi terbuka dan inovatif yang boleh diakses  oleh pengguna di seluruh dunia sambil melindungi privasi pengguna dan memberikan pengalaman yang unik dan pintar. Encik Zhang Zhe, Pengarah Perkongsian Global & Pembangunan Perniagaan Pembangunan Eko Huawei Consumer Business Group menyatakan bahawa jumlah tersebut menjadi bukti kemajuan AppGallery sebagai pasaran aplikasi global yang sebenar: "Pada tahun 2019, terdapat 25 buah negara dengan lebih sejuta pengguna AppGallery. Angka tersebut kini telah meningkat kepada 42 buah dan kami terus menyaksikan pertumbuhan yang kukuh di keseluruhan pasaran global."

Strategi "Global+ Tempatan" AppGallery

AppGallery bekerjasama dengan pembangun tempatan dan global bagi membantu memberikan lebih banyak pilihan. Sementara pembangun pula mengharapkan AppGallery untuk menembusi khalayak tempatan dan memanfaatkan khalayak globalnya. Tahun 2020 menyaksikan aplikasi global HereWeGo, Bolt, Viber, Deezer dan Qwant memasuki platform tersebut yang sedang berkembang. 

Huawei menggunakan kepakarannya di China untuk membimbing pembangun luar negara melalui pasaran aplikasinya yang menguntungkan. China yang mempunyai lebih 904 juta pengguna internet mudah alih dan anggaran jumlah muat turun aplikasi sebanyak 100 bilion serta AppGallery yang membantu lebih 1,000 orang pembangun luar negara menembusi pasaran ekonomi mudah alih yang semakin meningkat ini pada tahun lalu.  PicsArt merupakan antara yang pertama mendapat manfaat daripada kedudukan Huawei di pasaran mudah alih China; ia kini berbangga dengan 300 juta muat turun di Tanah Besar China. FaceTune 2 dan Mondly telah mencapai kejayaan yang serupa dengan masing-masing memperoleh 2.2 juta dan 350 ribu muat turun. 

Pada tahun 2020, AppGallery telah membantu lebih 10,000 aplikasi China memasuki pasaran luar negara. Banggood bekerjasama dengan AppGallery bagi memperoleh lebih 60,000 muat turun baharu dan 1,000 pelanggan baharu yang pertama dalam tempoh tiga minggu. Aplikasi China lain yang kini mencapai khalayak global melalui AppGallery termasuk Pascal's Wager, Rise of Kingdoms: Lost Crusade dan Night of Full Moon.

AppGallery - Salah Satu daripada 3 Pasaran Aplikasi Paling Popular di Dunia 

AppGallery ialah ekosistem inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk para pengguna dan tersedia di lebih 170 buah negara dan wilayah. HMS Core mengintegrasi aplikasi merentasi peranti, menyampaikan pengalaman yang lebih lancar dan lebih selesa - sebagai sebahagian daripada strategi "1+8+N" Huawei yang lebih luas. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1447668/huawei_appgallery.jpg?p=medium600

Source: Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Survey, Polls & Research