omniture

Debut yang Gah buat Reaper of Death kerana ia Mendominasi Tawaran Syiling Koleksi Terkini Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint (RCM)
2021-03-03 20:41

OTTAWA, Ontario, 3 Mac 2021 /PRNewswire/- - Ciri purba "Reaper of Death" Greek, Thanatotheristes degrootorum merupakan suatu penemuan menarik buat Kanada: spesies tirannosaur baharu yang pertama bakal diteroka di negara ini dalam tempoh lebih 50 tahun. Artis Paleo, Julius Csotonyi merupakan individu pertama yang menggambarkan makhluk prasejarah yang menggemparkan ini dengan melakar reka bentuk terbalik syiling perak berketulenan 99.99% baharu yang akan memelihara keunikan abadi ini sebagai tambahan kepada koleksi fosil dinosaur Paleontologi terkenal di dunia di Muzium Royal Tyrrell. Csotonyi membuat replika pembentukan serpihan fosil yang ditemui ini secara terperinci.

The Royal Canadian Mint's black rhodium plated coin featuring the "Reaper of Death"
The Royal Canadian Mint's black rhodium plated coin featuring the "Reaper of Death"

Penemuan Thanatotheristes degrootorum ini memperkukuh kefahaman ahli-ahli paleontologi terhadap sejarah Kanada. Dianggarkan berada pada puncak rantaian makanan, spesis tirannosaur ini muncul 12 juta tahun lebih awal daripada Tirannosaurus rex dengan anggaran panjangnya berukuran lapan meter (26 kaki). Serpihan fosil yang ditemui oleh John dan Sandra De Groot semasa keluarga ini bersiar-siar di sepanjang Sungai Bow di Alberta merupakan sumber inspirasi syiling ini. Fossil tengkorak gergasi yang ditampilkan pada sebelah atas syiling bersadur rodium hitam ini memperlihatkan tekstur berbatu dan benar-benar menggambarkan kisah karnivor berkaki dua dan bergigi banyak yang menyeramkan ini. Syiling yang menarik ini dan banyak lagi koleksi lain boleh ditempah daripada Mint mulai hari ini.

Syiling lain yang ditawarkan pada bulan ini termasuk:

  • Syiling Perak Halus 2020 $10 - O Canada! Koleksi The Great Outdoors yang merupakan sebahagian daripada 6 siri syiling yang setiap satunya menggambarkan simbol atau pemandangan terkenal Kanada dari kaca mata seorang artis;
  • Koleksi 110 oz 2020. Syiling Emas Tulen - Diabadikan untuk Alex Colville - 1-Cent Coin 1967 merupakan sebuah karya abadi bagi memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran beliau;
  • Syiling Perak Halus 2021 $3 - Emblem Bunga-bungaan Canada - Nuvanut Purple Saxifrage, direka oleh artis Lisa Thomson-Khan;
  • Syiling Perak Halus 2021 $5 - Daun Maple Perak - W Mint Mark, syiling yang pernah popular dalam kalangan pengumpul dan dibuat di kemudahan Mint di Winnipeg;
  • Syiling Emas Tulen 2021 $20 - Ulang Tahun ke-100 Coat of Arms Kanada, menampilkan Coat of Arms yang dicipta untuk Kanada pada tahun 1921 dengan perincian yang luar biasa;
  • Syiling Perak Halus 2021 $50 - 100 Tahun Pertama Confederation - Coming of Age, direka oleh artis Glen Green yang menampilkan ukiran lima monarki pada satu syiling;
  • Syiling Emas Tulen 2021 $50 - Daun Maple Emas - W Mint Mark, hasil keluaran kemudahan di Winnipeg sebagai memperingati syiling simpanan Daun Maple Emas Mint yang terkenal di dunia;
  • Syiling Perak Halus 2021 $125 - Triumphant Dragon, menampilkan karya seni Simon Ng;
  • Syiling Emas Tulen 2021 $200 - Celebrating Canada's Diversity Eternal Love merupakan suatu penghormatan Celtic yang diilhamkan oleh Bonnie Ross;
  • Set Perak Halus dengan Ukiran Timbul 2021 - Ulang Tahun ke-100 Bluenose, menampilkan skuner legenda dalam pengilat bersadur emas terpilih; dan
  • Koleksi Berbalut Istimewa 2021 - First Strikes, edisi syiling yang tidak diedarkan bertarikh 2021 yang pertama.

Keluaran, harga dan maklumat latar belakang penuh Mint bagi setiap produk boleh didapati pada tab "Shop" www.mint.ca. Imej syiling ini boleh didapati di sini.

Produk baharu ini boleh dipesan hari ini dengan menghubungi Mint di 1-800-267–1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS atau melalui www.mint.ca.

Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint ialah salah sebuah pembuat syiling terbesar dan serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Pihak media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1448011/royal_canadian_mint_roaring_debut_for_the_reaper_of_death_as_it.jpg?p=medium600

 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services