omniture

Make the Invisible Visible: Kempen #BiasCorrect Catalyst Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2021 Menanyakan Soalan-soalan yang Mencabar

Catalyst
2021-03-03 21:29

Kempen ini Menyediakan Latar Belakang Maya untuk Menghentikan Amalan Berat Sebelah di Tempat Kerja 

NEW YORK, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Catalyst meraikan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2021 dengan mencabar syarikat-syarikat untuk menyertai kempen globalnya #BiasCorrect "Make the Invisible Visible", menyediakan latar belakang maya bagi menggalakkan perbincangan secara terang-terangan tentang amalan berat sebelah yang berlaku dalam mesyuarat tanpa disedari.

Penyelidikan Catalyst menunjukkan bahawa terdapat halangan yang tidak ketara bagi wanita di tempat kerja, terutamanya bagi wanita kulit berwarna, yang telah meningkat tinggi apabila pekerjaan jarak jauh dipraktikkan semasa pandemik ini:

  • 1 daripada 5 orang wanita merasa telah diabaikan dan tidak dipedulikan oleh rakan sekerja semasa mesyuarat maya;
  • 45% pemimpin perniagaan wanita menyatakan bahawa adalah sukar bagi wanita untuk bersuara dalam mesyuarat maya; dan
  • 1 daripada 5 orang pekerja telah menyaksikan lebih banyak diskriminasi berlaku di tempat kerja sejak tercetusnya pandemik Covid-19.

Kempen Make the Invisible Visible Catalyst, dihasilkan secara kerjasama dengan Burns Group, membolehkan individu untuk memilih dan memuat turun latar belakang maya yang mengemukakan soalan-soalan mencabar untuk mencetuskan perbualan penting tentang cara menangani pengalaman berat sebelah yang tidak disedari di tempat kerja:

  • Adakah anda pernah merasa dihukum apabila anak anda mengganggu mesyuarat?
  • Adakah anda pernah menjadi subjek yang dibincangkan dalam mesyuarat?
  • Pernahkah anda menjadi "satu-satunya" orang yang hadir dalam bilik mesyuarat?
  • Pernahkah anda ditanya, "Sebenarnya, kamu dari mana?"
  • Pernahkah anda terpaksa memeriksa kesahihan diri anda di depan pintu?

Latar belakang maya boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Kempen tahun ini dilaksanakan berdasarkan kempen IWD #BiasCorrect Catalyst pada tahun 2019 dan 2020 serta memberi tumpuan terhadap perkataan-perkataan berat sebelah yang digunakan untuk menggambarkan wanita di tempat kerja, menunjukkan bahawa lelaki dan wanita yang mempunyai bakat dan kemahiran yang sama sering digambarkan dengan cara yang sangat berbeza, mewujudkan halangan yang boleh menjejaskan kemajuan kerjaya wanita.

"Kempen "Make the Invisible Visible" benar-benar memaparkan pengalaman wanita dalam menghadapi situasi berat sebelah ketika menjalankan kerja secara jarak jauh semasa krisis Covid-19 ini," kata Lorraine Hariton, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Catalyst. "Amalan berat sebelah yang tidak disedari ini berlaku secara berterusan, oleh itu kami ingin melibatkan syarikat dan para pekerjanya—termasuk lelaki sebagai pasangan jantina—untuk #BiasCorrect dan mewujudkan budaya tempat kerja yang lebih inklusif."

Catalyst menjemput para individu dan syarikat-syarikat untuk melayari laman web #BiasCorrect yang menyediakan sumber kepada semua orang untuk membantu memahami, menghentikan dan membetulkan amalan berat sebelah yang tidak disedari. Bank of America dan The Guardian Life Insurance Company of America merupakan penaja kempen ini.

Tentang Catalyst
Catalyst ialah sebuah organisasi bukan berkeuntungan global yang bekerjasama dengan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif paling berkuasa serta syarikat-syarikat terkemuka di dunia untuk membantu mewujudkan sebuah tempat kerja yang sesuai untuk wanita. Ditubuhkan pada 1962, Catalyst mendorong perubahan dengan penyelidikan perintis, alat praktikal dan penyelesaian yang terbukti untuk mempercepat dan memajukan wanita ke arah kepemimpinan—kerana kemajuan wanita ialah kemajuan untuk semua orang.

Tentang Burns Group
Burns Group ialah sebuah syarikat transformasi jenama yang mencipta masa depan jenama dengan berani, tua dan muda, secara bersama-sama. Kami membawa keberanian kepada jenama yang mapan dan pengalaman kepada syarikat pemula. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari burnsgroupnyc.com

Hubungan Media
Naomi R. Patton
Naib Presiden, Komunikasi Global
Catalyst
npatton@catalyst.org

Stephanie Wolf
Perunding Komunikasi AS
Catalyst
media@stephaniewolfpr.com
Francine Beck
Perunding Komunikasi Kanada
Catalyst
francine@fbstrategiesgroup.com

Frances Knox
Perunding Komunikasi Eropah
Catalyst
frances@frankly-pr.co.uk

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/732308/Catalyst_Tagline_Logo.jpg?p=medium600

Source: Catalyst
Related Links:
Keywords: Workforce Management/Human Resources Not for profit Women-related news Future Events