omniture

LMRKTS Melengkapkan Pembuktian Konsep Memudahkan Pengoptimuman SIMM ISDA dengan Jayanya

LMRKTS LLC
2021-03-03 22:00 119

NEW YORK dan LONDON, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- LMRKTS, sebuah syarikat penyedia pengoptimuman dan pemampatan terkemuka dalam industri, hari ini mengumumkan kejayaan melengkapkan pembuktian konsep (PoC) untuk Pengoptimuman Model Margin Awal Standard (Standard Initial Margin Model, SIMM) ISDA yang holistik pada seluruh Kadar dan produk FX. LMRKTS mengetuai PoC tersebut bersama-sama  AcadiaSoft, Inc., penyedia perkhidmatan pengurusan risiko dan kolateral untuk komuniti derivatif yang terkemuka dalam industri. PoC untuk perkhidmatan industri baharu ini memanfaatkan kepakaran matematik terbaik LMRKTS serta keupayaan rangkaian dan pengurusan data AcadiaSoft yang luas dalam menyampaikan pengurangan margin pada sisi jualan dan belian institusi kewangan.

 

 

Peserta pasaran dikehendaki mematuhi keperluan margin untuk derivatif yang tidak dijelaskan secara berpusat. Melalui pengoptimuman SIMM ISDA, peserta pasaran boleh meminimumkan kos margin serta menguruskan risiko mereka dengan lebih baik.

"Keupayaan kami yang unik untuk memaksimumkan pengurangan margin bagi kedua-dua kadar dan juga FX sekaligus, memastikan bahawa kelas produk RatesFX dioptimumkan secara holistik dan paling cekap," kata Andrea Ianniello, Presiden merangkap Ketua Pegawai Komersial LMRKTS. "Menambah nod yang dijelaskan akan meningkatkan lagi manfaat tersebut yang telah sedia kukuh."

Satu rangkaian institusi kewangan global mengambil bahagian dalam PoC yang pertama ini, manakala yang kedua dirancang akan dijalankan pada bulan ini. LMRKTS menggunakan fail input pelanggan dalam Common Risk Interchange Format (CRIF), iaitu model standard untuk sensitiviti risiko SIMM ISDA, yang mendapat kebenaran para peserta secara langsung melalui AcadiaSoft.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan LMRKTS dalam PoC ini dan berharap dapat menjalin lebih banyak lagi kerjasama. Matlamat bersama kami adalah untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan kecekapan dalam proses pasca perdagangan kepada pelanggan yang kami miliki bersama," kata Fred Dassori, Ketua Pegawai Produk AcadiaSoft.

TENTANG LMRKTS
LMRKTS ialah penyedia perkhidmatan pengoptimuman dan pemampatan terkemuka yang membantu institusi kewangan menguruskan pendedahan derivatif. LMRKTS menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mengurangkan modal, kunci kira-kira dan kos operasi untuk pelanggannya. Sejak pelancaran perkhidmatan komersial pertamanya untuk mengurangkan pendedahan risiko dan leveraj dalam mata wang G10, LMRKTS telah dilaksanakan untuk menghapuskan trillion dolar tanggungan antara beberapa institusi kewangan terbesar di dunia. LMRKTS telah diasaskan oleh bekas pedagang dan ahli teknologi yang melihat ketidakcekapan dalam pengurusan risiko jangka pendek dan telah menerima pelaburan daripada Bank Dunia dan Rakan Kongsi Motif.

Pautan berkaitan
http://www.lmrkts.com/

TENTANG ACADIASOFT 
AcadiaSoft, Inc. merupakan penyedia perkhidmatan pengurusan risiko terkemuka dalam komuniti derivatif. Repositori margin dan data kolateral yang meluas dalam industri membantu syarikat mengurangkan risiko kewangan dan mengoptimumkan sumber di seluruh kitaran hayat perdagangan.

Rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian analitik AcadiaSoft membantu mengukur aspek kuantitatif dalam pengurusan risiko. Melalui model akses terbuka, AcadiaSoft menyatukan bank derivatif tertinggi dan pengurus aset serta beberapa infrastruktur pasaran dan vendor inovatif. 

Disokong oleh 16 peserta industri dan infrastruktur pasaran yang utama, AcadiaSoft digunakan oleh komuniti yang terdiri daripada lebih 1,600 buah firma yang menghasilkan kolateral berjumlah lebih $1 trilion setiap hari melalui perkhidmatan automasi margin. AcadiaSoft beribu pejabat di Norwell, Massachusetts dan mempunyai pejabat-pejabat di Boston, Dublin, Dusseldorf, London, New York dan Tokyo. Ikuti kami di Twitter: https://twitter.com/AcadiaSoft_ dan LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/acadiasoft-inc/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1165515/LMRKTS_Logo.jpg?p=medium600

Source: LMRKTS LLC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology