omniture

Kedudukan terkini universiti global: MIT & Harvard berkongsi tempat teratas, Rusia dan China mencatat prestasi terbaik

QS Quacquarelli Symonds
2021-03-04 05:00 81

LONDON, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds – kumpulan pemikir institusi pendidikan tinggi antarabangsa – hari ini telah mengeluarkan edisi kesebelas QS World University Rankings by Subject: suatu analisis perbandingan bebas yang luas tentang prestasi 13,883 program universiti individu, yang diambil oleh pelajar di 1,440 buah universiti di 85 lokasi di seluruh dunia yang merangkumi 51 disiplin akademik.  Ia merupakan sebahagian daripada portfolio tahunan QS World University Rankings yang telah dirujuk lebih 147 juta kali pada tahun 2020 dan diberi liputan oleh media dan institusi sebanyak 98,000 kali.

Sorotan Global 

  • Harvard University dan Massachusetts Institute of Technology merupakan institusi terbaik dalam keseluruhan bidang dan memperoleh kedudukan nombor satu bagi dua belas subjek.
  • Sektor pendidikan tinggi di United Kingdom kekal berdaya tahan. Universiti Britain telah mendapat tempat terbaik untuk 13 daripada 51 subjek yang dinilai, dengan Universiti Oxford menerajui lima daripada 13 subjek tersebut.
  • Institusi pendidikan tinggi China kekal dengan peningkatan terbaik yang menyaksikan sektor ini mencapai sejumlah besar program yang kini berada di kedudukan 50 terbaik.
  • Dalam kategori 50 jabatan terbaik, tiada universiti yang mempunyai jumlah jabatan yang lebih besar daripada University of Toronto, Kanada (46).
  • ETH Zurich, Switzerland ialah universiti terbaik di benua Eropah yang memperoleh tempat pertama untuk bidang Geologi, Geofizik dan Sains Bumi & Marin. Berdasarkan kedudukannya antara 10 yang terbaik, Switzerland merupakan sektor pendidikan tinggi ketiga terbaik di dunia.
  • Australia kini mempunyai bilangan program terendah yang menduduki tempat ke-10 terbaik di dunia dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Dalam kategori 10 jabatan terbaik, ia mempunyai sejumlah 13 bidang iaitu berkurang berbanding pada tahun 2020 (17) dan 2019 (18). Dua pertiga daripada program Australian National University telah menurun dari setahun ke setahun.
  • Disokong oleh pembiayaan yang kukuh, dua universiti Singapura menduduki tempat pertama: Nanyang Technological University mendapat #1 untuk bidang Sains Bahan, manakala National University of Singapore – universiti berprestasi terbaik di Asia – berada di tempat #1 untuk bidang Kejuruteraan Petroleum.
  • Sebaliknya, pendidikan tinggi di Jepun mengalami penurunan yang relatif setelah berdekad-dekad kekurangan dana untuk pelajar penyelidikan dan pelajar PhD.
  • Program Institusi Unggul (Institutes of Eminence) India sedang berhempas pulas untuk mendapatkan hasil, tanpa menyaksikan peningkatan dalam perwakilan daripada Institusi Unggul awam India bagi kedudukan 100 terbaik.
  • Prestasi pendidikan tinggi Rusia terus meningkat dari semasa ke semasa, dengan sejumlah besar jabatan memperoleh kedudukan 20 terbaik.
  • Didorong oleh prestasi bertaraf dunia dalam bidang Pergigian, Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Perlombongan, Universidade de São Paulo (USP) telah mengekalkan statusnya sebagai universiti terbaik di Amerika Latin dalam bidang ini.
  • University of Cape Town kekal menjadi institusi paling kompetitif di Afrika, dengan 24 programnya yang memperoleh kedudukan antara 200 terbaik.

Jack Moran, Jurucakap QS, berkata: "Melihat trend prestasi di hampir 14,000 buah jabatan universiti membolehkan kita membuat kesimpulan tentang persamaan antara negara-negara maju dan negara-negara membangun. Terdapat tiga faktor utama. Pertama, pandangan antarabangsa - dari segi perhubungan pengurusan dan juga penyelidikan fakulti – ia berkorelasi kuat dengan prestasi yang lebih baik. Kedua, universiti yang semakin meningkat telah menerima pelaburan sasaran yang kukuh daripada kerajaan lebih satu dekad atau lebih – terutamanya di China, Rusia dan Singapura. Ketiga, meningkatkan hubungan dengan industri adalah berkolerasi dengan hasil pekerjaan, penyelidikan dan inovasi yang lebih baik."

Metodologi: https://www.TopUniversities.com/subject-rankings/methodology.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1099097/QS_Quacquarelli_Symonds_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service New products/services Survey, Polls & Research Public Interest