omniture

Pakar perubatan memberi amaran bahawa ribuan manusia boleh menemui ajal akibat pemeriksaan HPV yang terganggu oleh Covid-19

International Papillomavirus Society
2021-03-04 16:31

LONDON, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada Hari Kesedaran HPV, Persatuan Papillomavirus Antarabangsa mendesak kaum wanita yang menjalani pemeriksaan serviks tertunda dan semua perkhidmatan lain yang terganggu untuk memulakan semula kerana ribuan manusia didapati telah meninggalkan langkah-langkah penjagaan HPV yang penting ini, yang boleh membawa maut. IPVS juga menyeru kesamarataan dalam pemberian vaksin global.

Seorang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks pada setiap 2 minit, namun HPV ialah sejenis virus yang boleh dilawan jika perkhidmatan ini diteruskan dan dijalani pesakit. Di negara-negara berpendapatan tinggi, pemeriksaan serviks telah berkurangan daripada 70% kepada 30-40% dan 32% daripada golongan wanita berasa takut untuk membuat temu janji kesihatan akibat Covid-19.

IPVS menyeru semua orang untuk 'Bertanya Tentang HPV' – berbincang dengan ahli politik tempatan, pengamal penjagaan kesihatan dan mendapatkan maklumat di www.askabouthpv.org.

86% kanser serviks berlaku di negara-negara membangun yang keadaannya adalah lebih serius. Di sub-Sahara Afrika, dengan kadar kanser serviks tertinggi di dunia, pemeriksaan serviks tersedia kepada kurang 5% daripada golongan wanita yang layak.

Profesor Margaret Stanley, Presiden IPVS, mengatakan "Terdapat ketidakadilan dalam pelaksanaan penjagaan perubatan yang penting ini walaupun ia tidaklah mahal. Wanita muda tidak lagi membuat pemeriksaan penting sekarang dan ini boleh membawa maut. Lebih daripada 350,000 individu meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit-penyakit yang berkait dengan HPV. Pencegahan dan rawatan awal adalah kunci utama - dunia perlu bangkit semula."

IPVS menganjurkan wacana peringkat tinggi yang menampilkan Dr. Princess Notembe Simelela sebagai salah seorang penceramah jemputan pada jam 3 petang GMT pada 4 Mac untuk mentakrifkan cara mempercepat kemajuan bagi memerangi HPV dalam era Covid-19, kehadiran orang awam dan pihak media adalah amat dialu-alukan.

Kira-kira 20% daripada golongan lelaki mempunyai DNA HPV yang dikesan di kawasan genital mereka dan kes-kes semakin meningkat setiap tahun, menyebabkan kematian yang berpunca daripada kanser anus, penis dan tekak. Pemeriksaan dan rawatan untuk mencegah kanser ini tidak tersedia secara meluas.

Dr Joel Palefsky, Pengerusi Kempen Kesedaran HPV merangkap pakar kanser berkaitan HPV dalam kalangan lelaki berkata, "Pada masa ini fokus diberi kepada kanser serviks, kerana ia merupakan punca utama kematian wanita untuk jenis kanser yang berkaitan dengan HPV. Walau bagaimanapun, kanser anus dan tekak semakin menjadi kelaziman dan golongan lelaki yang menghidap HIV atau penindasan imun adalah sangat berisiko. Kita perlu menghapuskan stigma ini."

Nota kepada Editor

Sumber: Profesor Gordon Wishart, Ketua Pegawai Perubatan Check4Cancer,Check4cancer.com, Eliminating cervical cancer in the COVID-19 era | Nature CancerDelayed Cancer Screenings—A Second Look (ehrn.org)

 

 

Source: International Papillomavirus Society
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research Future Events