omniture

Asia's 50 Best Restaurants Menganugerahkan Meta Di Singapura Dengan American Express One To Watch Award Yang Amat Didambakan

Asia's 50 Best Restaurants
2021-03-04 18:24 124

SINGAPURA, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Meta di Singapura merupakan penerima anugerah bagi American Express One To Watch Award 2021. Dipilih oleh penganjur Asia's 50 Best Restaurants melalui kerjasama dengan pakar serantau, American Express One To Watch Award dianugerahkan kepada restoran yang tidak tersenarai dalam 50 Terbaik di Asia yang utama tetapi dikenal pasti sebagai restoran yang sedang meningkat naik di rantau ini.

Opened in 2016 by South Korean-born chef Sun Kim, Meta in Singapore is the recipient of the 2021 American Express One To Watch Award.
Opened in 2016 by South Korean-born chef Sun Kim, Meta in Singapore is the recipient of the 2021 American Express One To Watch Award.

Dibuka pada tahun 2016 oleh Chef Sun Kim yang dilahirkan di Korea Selatan, Meta – kependekan daripada perkataan metamorfosis – menyajikan masakan bercita rasa asli Asia dan teknik masakan Eropah yang mewah. Menu progresif tersebut menggambarkan budaya pembesaran, pengembaraan dan pengaruh terhadap Kim. Minatnya dalam memasak bermula sejak remaja ketika bekerja di restoran ibunya di Seoul dan beliau pergi ke Australia pada tahun 2011 untuk belajar di Le Cordon Bleu di Sydney. Merasakan tarikan yang kuat dengan falsafah Chef Tetsuya Wakuda ketika membaca salah sebuah bukunya, Kim mendapatkan pekerjaan di restoran ikonik Tetsuya di Sydney dan bekerja di bawah didikan legenda kulinari tersebut. Pada tahun 2014, beliau dipindahkan ke Waku Ghin di Singapura yang merupakan pemenang anugerah Wakuda.

Sejak pelancaran Meta, gaya kulinari Kim telah berkembang dan menunjukkan peningkatan dalam inspirasi warisan Korea beliau serta seni masakan Jepun yang halus dan pendidikannya dalam teknik masakan Barat. Dikagumi kerana kepakaran teknikalnya, menu Meta memberi kelainan dalam penampilan yang elegan serta gabungan bahan-bahan bermusim yang berinspirasi seperti yang terbukti dalam hidangan Kinmedai Chef Kim yang menyajikan foie gras, cendawan shimeji dan trufel hitam.

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Walaupun Meta mengagungkan warisan Korea dan hidangan tradisional zaman kanak-kanak Chef Kim, menunya menggabungkan unsur masakan Jepun dan Perancis yang berani. Teknik masakan progresif dan kreativiti Chef Kim yang digabungkan dengan pengalaman menjamu selera yang menenangkan, menjadikan Meta sebagai pemenang yang wajar untuk American Express One To Watch Award 2021."

Mengulas tentang penganugerahan tersebut, Chef Kim berkata: "Saya berasa amat rendah hati dan berbangga menerima anugerah ini daripada Asia's 50 Best Restaurants. Saya tidak akan mampu mencapainya tanpa sokongan dan kegigihan pasukan Meta."

Pencapaian Chef Kim akan diraikan semasa majlis dalam talian Asia's 50 Best Restaurants 2021 pada 25 Mac, bermula dari jam 4.30 petang HK/SG (5.30 petang JPN) yang disiarkan kepada penonton global melalui Facebook Asia's 50 Best Restaurants dan saluran YouTube 50 Best Restaurants TV.

Photo: https://mma.prnasia.com/media2/1449677/meta___chef_sun_kim.jpg?p=medium600  

 

 

Hubungan Media: 
CatchOn
A Finn Partners Company
asias50best@finnpartners.com
+852 2566 8988

 

Source: Asia's 50 Best Restaurants
Keywords: Entertainment Food/Beverages Publishing/Information Service Restaurants Retail Awards Feature News Releases