omniture

Zymo Research Menawarkan Pengesanan dan Penjejakan Varian SARS-CoV-2 dalam Komuniti secara Meluas dengan Perkhidmatan Ujian Sisa Air COVID-19 Environ™

Zymo Research Corp.
2021-03-04 23:09

Perkhidmatan Baharu ini Membolehkan Pengesanan Varian Virus dan Rintangan Vaksin menggunakan Satu Sampel 

IRVINE, California, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Zymo Research hari ini mengumumkan pelancaran Perkhidmatan Ujian Sisa Air COVID-19 Environ™. Perkhidmatan ini memudahkan pemantauan harian komuniti secara meluas bagi varian dan kes COVID-19 menggunakan satu sampel sisa air. Anggaran kes harian dan varian SARS-CoV-2 yang membimbangkan disediakan melalui laporan digital yang selamat.

Zymo Research launched its Environ™ COVID-19 Wastewater Testing Service that facilitates daily community-wide monitoring of COVID-19 cases and variants from a single wastewater sample.
Zymo Research launched its Environ™ COVID-19 Wastewater Testing Service that facilitates daily community-wide monitoring of COVID-19 cases and variants from a single wastewater sample.

Perkhidmatan Ujian Sisa Air COVID-19 Environ™ menggunakan sampel sisa air harian untuk menyediakan institusi dengan kaedah pemantauan varian dan tahap kes COVID-19. Peserta akan disediakan dengan peranti pengumpulan sampel yang membolehkan penghantaran sampel sisa air harian dan bahan melalui perkhidmatan prabayar yang pantas dan selamat. Dalam tempoh 24 jam selepas penghantaran setiap sampel, pengguna akan menerima laporan elektronik yang mengandungi trend dan analisis anggaran kes mereka. Data berkaitan dengan varian SARS-CoV-2 akan diproses secara mingguan. Anggaran kes yang disediakan merangkumi trend tumpuan harian dan pengesanan strain varian yang membimbangkan iaitu yang berkaitan dengan penemuan di Brazil, UK dan Afrika Selatan. Para saintis sisa air Environ™ Zymo Research memberikan bimbingan tentang langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini bermula daripada pengumpulan sampel hingga tafsiran keputusan.

"Varian COVID-19 menimbulkan risiko yang signifikan terhadap strategi vaksinasi yang menjadikan pengawasan varian SARS-CoV-2 berskala besar dan boleh dipercayai lebih kritikal berbanding sebelum ini," kata Michael Lisek, Pengurus Projek, Mikrobiomik Alam Sekitar Zymo Research. "Kami bersyukur kerana berpeluang membantu universiti, agensi kesihatan awam dan komuniti dengan sumber ujian yang terhad untuk memantau varian dan kes COVID-19 pada skala besar, yang tidak dapat dilakukan sebelum ini."

Institusi pengajian tinggi, sekolah yang mempunyai penginapan dalam kampus, rumah penjagaan, kemudahan pemulihan dan hospital merupakan calon yang ideal untuk ujian sisa air ini memandangkan keperluan pemantauan tertumpu kepada populasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Melalui persampelan sisa air daripada situasi kehidupan secara berkumpulan, organisasi dapat mengenal pasti wabak COVID-19 dengan pantas, iaitu seminggu lebih awal sebelum kes simptomatik muncul melalui Perkhidmatan Ujian Sisa Air COVID-19 Environ. Data daripada perkhidmatan ini boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan strategi kesihatan institusi awam dan swasta.

Ketika pelancaran vaksin berterusan, Perkhidmatan Ujian Sisa Air COVID-19 Environ™ akan memainkan peranan penting dalam mengawal pandemik COVID-19 dengan memberikan pemahaman tentang tahap kes dan varian yang terdapat dalam komuniti. Untuk maklumat lanjut dan harga, sila layari laman web Zymo Research atau hubungi mereka melalui e-mel di environservices@zymoresearch.com.

Tentang Zymo Research Corp. 
Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi khidmat kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. "Keindahan Sains adalah untuk Menjadikan Semua Perkara Mudah", merupakan moto yang dizahirkan dalam semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penulenan DNA/RNA. Dikenali dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research melangkaui batas kemajuan dengan penyelesaian baharu untuk pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiomik, peranti diagnostik dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut tentang produk COVID-19 Zymo Research, sila layari pautan berikut:

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1449489/wastewater_service.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Zymo Research Corp.
Keywords: Environmental Products & Services Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals New products/services