omniture

Realty ONE Group Mencatatkan Satu Lagi Tahun Yang Cemerlang, Sambil Melancarkan Pelan Pengembangan Global

Realty ONE Group
2021-03-05 20:41 4178

Francaisor Fast and Serious* No. 1 dalam Bidang Hartanah akan Menganjurkan Rumah Terbuka Francais Global yang pertama sambil Menuju Tahun Yang Paling Cemerlang

LAS VEGAS, 5 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, suatu jenama gaya hidup moden yang telah dinobatkan sebagai satu-satunya francaisor 'Fast and Serious' * dalam bidang hartanah, telah mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang cemerlang dalam tempoh hanya dua bulan pertama tahun 2021 dengan jumlah ejen meningkat sebanyak 22%, jumlah jualan meningkat 40% dan penjualan francais meningkat sebanyak 29%. Dengan pertumbuhan luar biasa ini, syarikat tersebut sedang memacu pertumbuhan globalnya dan menjangkakan bakal memperoleh tahun yang paling cemerlang.

Syarikat yang dikenali dalam industri sebagai UNBrokerage tersebut kini mempunyai pejabat di 45 buah negeri dan di Kanada serta memanfaatkan pertumbuhan menakjubkan dan jenama dinamiknya di A.S. untuk berkembang ke Eropah, Amerika Selatan dan Asia. Syarikat ini akan menganjurkan Rumah Terbuka Francais Global yang pertamanya kepada perwakilan daripada lima buah negara pada minggu depan, 10-12 Mac di Las Vegas, Nevada.

"Saya ingin menyatakan bahawa kami telah mencapai sasaran pada tahun 2021 namun kami tidak akan berhenti setakat ini," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Realty ONE Group. "Secara dasarnya, kami menjangkakan untuk menandatangani lebih 100 francais baharu pada tahun ini serta menganugerahkan pejabat dan perkongsian baharu di negara-negara baharu secara selektif dengan usahawan yang menghayati jenama syarikat kami, COOLTURE, YOU-first focus and community giveback (ANDA-fokus utama dan menyumbang kepada komuniti."

Pada tahun lalu, Realty ONE Group telah mengatasi rekod sebelumnya dengan menjual 86 francais dan menambah lebih 2,600 profesional hartanah meskipun berhadapan dengan pandemik COVID.

Pada 3 Mac yang lalu, syarikat tersebut telah melancarkan program dialog awam secara langsung selama lima minggu yang dinamakan March UNMadness untuk melancarkan evolusi ONE University dan kunci kepada Ekosistem Perniagaan Realty ONE Group yang merupakan penyatuan bimbingan perniagaan, teknologi perniagaan, pemasaran perniagaan dan gaya hidup perniagaan yang berstruktur, kesemuanya untuk mencapai kejayaan perniagaan. Hos mingguan program March UNMadness akan memperincikan fungsi ekosistem perniagaan ini yang telah menjadikan begitu ramai profesional Realty ONE Group menyukai jenama tersebut dan beroleh lebih kejayaan dengan syarikat ini.

Realty ONE Group melampaui jenama hartanah gaya hidup moden yang menghayati semangat dan COOLTURE yang tinggi sambil memberi tumpuan kepada bimbingan perniagaan dan teknologi proprietari.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

*Realty ONE Group, SATU-SATUNYA francaisor hartanah yang telah diberikan gelaran 'Fast & Serious' oleh Franchise Times dan berada dalam kelompok sepuluh terbaik antara kesemua francais. PAUTAN

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 15,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group tersenarai pada kedudukan satu peratus syarikat terbaik dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik (Top 5 Real Estate Franchise) dan telah berada dalam senarai Syarikat Berkembang Pesat (Fastest-Growing Companies) Inc. 500 untuk tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE terus meningkat maju dan membuka peluang bukan sahaja untuk pelanggannya tetapi untuk profesional hartanah dan pemilik francais. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Residential Real Estate Corporate Expansion Future Events