omniture

Pembayaran Arttha dipilih untuk memodenkan sistem teras Perkhidmatan e-Dompet LinkAja Indonesia

PureSoftware
2021-03-08 09:00 35

SINGAPURA, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ -- PureSoftware mengumumkan bahawa PT FINTEK KARYA NUSANTARA, syarikat terkemuka dalam pengurusan LinkAja, e-dompet telah memilih rangkaian Pembayaran Digital Arttha untuk memperkukuhkan system teras mereka. Pembelian ini sejajar dengan matlamat LinkAja untuk memperkembangkan and memperkuatkan posisi mereka sebagai Pembaharuan dalam Perkhidmatan Pembayaran di serantau ini. Urus niaga ini akan menguatkuasakan bahagian pengurusan LinkAja bagi meningkatkan prestasi, mempertubuhkan strategi digital dan mempercepat pemasukan kewangan di seluruh negara.

LinkAja akan mendapat manfaat daripada Persekitaran Awan Arrtha sebagai solusi untuk fungsi utama mereka yang merangkumi penguruan akuan, pengurusan pedagangan, pengurusan transaksi, GL masa nyata dan sebagainya.

Perkhimatan pembayaran Arttha membolehkan pelanggan membuat transaksi di mana jua dengan platform dompet pelbagai perkhimatan pembayaran and kewangan seperti P2P, P2M, G2P, Daftar Gaji and sebagainya.  Arttha juga menawarkan pembayaran berasaskan kod NFC dan QR serta sokongan berbilang saluran.

"Indonesia masih bergantung kepada wang tunai dan terdapat jutaan orang yang belum terdedah dengan pembayaran digital atau dapat memanfaatkan perkhidmatan kewangan moden melalui telefon pintar," kata Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif PureSoftware. Beliau juga berkata, "Ia sangat mengembirakan kerana dapat peluang untuk bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pembayaran terkemuka seperti LinkAja. Dengan memanfaatkan kemampuan dompet digital Arttha, LinkAja akan memberi pengalaman yang amat diperibadikan kepada pelanggan yang secara langsung mempengaruhi perkhidmatan, kecekapan, ketangkasan dan pertumbuhan pelanggan. Kami berbangga kerana dapat menambah nilai kepada penawaran LinkAja dan pada masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada PT Fintek Karya Nusantara atas kolaborasi strategik ini serta usaha mereka untuk terus memberi perkhidmatan kepada negara dengan matlamat untuk mempercepatkan penyertaan kewangan di Indonesia."

Tentang PureSoftware dan Arttha: 

PureSoftware ialah syarikat perkhidmatan dan produk perisian yang memfokus untuk mendorong pengalaman pelanggan yang berbeza, mempercepat tempoh kitaran dan meningkatkan pendapatan perniagaan melalui penyepaduan model penyelesaian digital, automasi robotik dan komersial bukan linear. Arttha, produk PureSoftware ini merupakan salah sebuah platform teknologi kewangan yang berkembang pesat. Ia membantu perniagaan menerapkan penyelesaian digital dalam bidang perbankan pengguna dan MSME, perbankan agensi/tanpa cawangan, pembiayaan mikro, pembayaran serta pengurusan pedagang. Arttha yang memberikan perkhidmatan bernilai selama hampir satu dekad dan mempunyai seni bina sedia awan berasaskan perkhidmatan mikro, semakin menjadi pilihan penyedia perkhidmatan perbankan dan fintech yang ingin memperluas penawaran digital mereka.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1450649/PureSoftware_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1450648/Arttha_Logo.jpg?p=medium600

Sila hubungi: 
Gyaneshwari Tiwari
gyaneshwari.tiwari@puresoftware.com
+91-8376932369

 

Source: PureSoftware
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology