omniture

STO Dianugerah Grand Prix di A.N.D. Award 2020 ke-14

Seoul Tourism Organization
2021-03-08 13:11 156
  • Dianugerahkan anugerah media digital terbesar Korea untuk Pelancongan/Libur
  • Kecemerlangan objektif terbukti melalui laman sesawang Discover Seoul Pass
  • STO akan terus meningkatkan kemudahan pelancong individu dan menyokong industri pelancongan melalui Discover Seoul Pass

SEOUL, Korea Selatan, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Seoul Tourism Organization (STO; Presiden Jaesung Rhee) dianugerahkan Grand Prix untuk Pelancongan/Libur di A.N.D. Award 2020 kali ke-14, iaitu upacara penyampaian anugerah media digital terbesar Korea.

A.N.D. Award 2020’s Grand Prix trophy for “Travel/Leisure”
A.N.D. Award 2020’s Grand Prix trophy for “Travel/Leisure”

Laman sesawang Discover Seoul Pass STO dianugerahkan Grand Prix untuk Pelancongan/Libur di A.N.D. Award 2020 kali ke-14 kerana meningkatkan kemudahan pelancongan pelancong antarabangsa individu dan menyokong industri pelancongan.

Sebelum ini, STO dianugerahkan Pemenang (Naib Johan) untuk Pelancongan/Libur di A.N.D. Award 2017 kali ke-11 bagi mengiktiraf sumbangannya terhadap industri digital dan kecemerlangan sebagai jenama rasmi pelancongan pengalaman Seoul One More Trip (OMT).

Menyambut ulang tahun ke-14nya pada tahun ini, A.N.D Award ialah upacara penyampaian anugerah media digital terbesar Korea yang dianjurkan oleh Korea Digital Enterprise Association dan ditaja oleh Kementerian Sains dan ICT (MSIT) serta Korea Broadcast Advertising Corporation (KOBACO).

Di A.N.D. Award 2020, pemenang-pemenang daripada 64 bidang di bawah 2 kategori dipilih melalui proses penyaringan yang ketat dan adil oleh para hakim yang berwibawa termasuk pakar industri digital dan ketua industri.

Anugerah Grand Prix ialah satu penghargaan atas kecemerlangan laman sesawang Discover Seoul Pass yang diubah suai dan teknologi IT yang diaplikasikan dan dalam masa yang sama mengukuhkan kedudukan Discover Seoul Pass sebagai pas lawatan asli negara berkenaan.

Laman sesawang Discover Seoul Pass diubah suai dengan memberi tumpuan pada peningkatan kebolehcapaian, penyampaian maklumat yang mudah, aplikasi UI/UX intuitif, reka bentuk grafik yang lancar serta perkhidmatan mudah alih. Reka bentuknya yang mengharmonikan imej tradisional dan moden Seoul turut mendapat pujian yang menggalakkan. 

Laman sesawang berkenaan turut mencerminkan trend lawatan terkini termasuk status operasi tempat tarikan pelancong yang sering berubah ekoran COVID-19, kedai dalam talian/luar talian tergabung Discover Seoul Pass serta maklumat mengenai destinasi pelancong.

Discover Seoul Pass meningkatkan kemudahan untuk pengguna dalam talian mahupun luar talian melalui usaha seperti laman sesawangnya yang diberi nafas baharu, reka bentuk kad yang baharu, jumlah tempat tarikan pelancong menerima pas yang ditambah (152 tempat setakat tahun 2021) dan perkhidmatan lawatan yang selamat di Seoul.

Pengarah PARK, Jin Hyeok daripada Pasukan Perkhidmatan Pelancongan STO menyatakan, "Kami akan memperluaskan pelbagai produk dan faedah pas bagi meningkatkan kemudahan lawatan pelancong domestik dan antarabangsa Seoul," dan menambah, "Kami akan menjadikan laman sesawang kami lebih mudah untuk menggunakan pas tersebut dengan antara muka digital yang sesuai untuk era tanpa kontak."

Revamped Discover Seoul Pass website
Revamped Discover Seoul Pass website

Source: Seoul Tourism Organization
Keywords: Travel Awards