omniture

Microland tersenarai dalam "The Global Outsourcing 100" IAOP

Microland
2021-03-08 13:22 36

BENGALURU, India, ATLANTA dan LONDON, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ --  Microland, sebuah syarikat transformasi digital global hari ini mengumumkan pengiktirafannya dalam senarai Global Outsourcing 100 (GO100) oleh Persatuan Penyumberan Luar Profesional Antarabangsa (International Association of Outsourcing Professionals, IAOP) https://www.iaop.org/GlobalOutsourcing100.  Ini merupakan suatu penyenaraian tahunan yang berprestij buat para penyedia dan penasihat terbaik di dunia. Penyertaan dalam GO100 menunjukkan komitmen terhadap kecemerlangan dan peningkatan berterusan yang menjadi ciri-ciri utama industri penyumberan luar. Program ini mengiktiraf organisasi yang menerajui industri dan berfungsi sebagai sumber yang komprehensif pada sisi pelaburan semasa proses pemilihan rakan kongsi berlangsung.

Microland dimasukkan ke dalam senarai Global Outsourcing 100 2021 melalui metodologi pemarkahan yang ketat yang merangkumi ulasan yang diberikan oleh ahli panel bebas yang merupakan ahli pelanggan IAOP dan mempunyai pengalaman yang luas dalam memilih penyedia perkhidmatan penyumberan luar. Microland ditampilkan dalam senarai ini berdasarkan kecemerlangannya dalam empat bidang penilaian :

  • Rujukan Pelanggan seperti yang ditunjukkan melalui nilai yang dicipta pada pelanggan utama syarikat
  • Anugerah & Pensijilan seperti yang ditunjukkan melalui pengiktirafan industri serta pensijilan profesional individu dan organisasi berkaitan
  • Program-program Inovasi seperti yang ditunjukkan melalui program tertentu dan penghasilan nilai baharu kepada pelanggan
  • Tanggungjawab Sosial Korporat seperti yang ditunjukkan melalui program korporat dan hasil yang menekankan penglibatan dan pembangunan komuniti

Ashish Mahadwar, Presiden Microland Limited berkata, "Microland telah mempelopori penyelesaian infrastruktur IT inovatif sejak 31 tahun yang lalu dengan memberi tumpuan berterusan terhadap penyampaian penyelesaian transformatif generasi seterusnya. Microland telah 'Merealisasikan Pendigitalan' pada para pelanggannya dan memastikan mereka mengekalkan daya saing di pasaran. Pengiktirafan ini merupakan satu lagi pengesahan dan penghormatan besar atas kekuatan utama kami. Ia merupakan penambahan yang bernilai terhadap pencapaian kami baru-baru ini termasuk pengiktirafan sebagai Peneraju dalam Gartner Magic Quadrant untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus*. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas kepercayaan mereka terhadap Microland dan semua kakitangan Microland atas tumpuan mendalam yang diberikan kepada para pelanggan."

IAOP ialah persatuan global yang menyatukan pelanggan, penyedia, penasihat dan ahli akademik dalam persekitaran kolaboratif, berasaskan pengetahuan yang mempromosikan pembangunan profesional dan organisasi, pengiktirafan, pensijilan dan kecemerlangan untuk meningkatkan model dan hasil perkhidmatan perniagaan. Senarai tersebut dikeluarkan pada hari pembukaan Sidang Kemuncak Penyumberan Luar Sedunia 2021 yang diadakan secara maya dari 16 hingga 19 Februari 2021.

"Memilih rakan kongsi yang tepat kini menjadi semakin penting. Syarikat-syarikat yang melaksanakan penyumberan luar bukan sahaja dalam suasana tradisional malahan melalui pelbagai model perniagaan kolaboratif yang sentiasa berubah-ubah, meneliti penyedia perkhidmatan mereka secara terperinci," kata Debi Hamill, Ketua Pegawai Eksekutif IAOP. "Global Outsourcing 100 ialah panduan yang jelas untuk membantu syarikat menyelidik dan membandingkan penyedia perkhidmatan yang sedang dipertimbangkan untuk menjalinkan kerjasama. Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Microland ke dalam liga ini." 

Pengiktirafan ini menggambarkan jejak global Microland yang menyokong pelanggan dalam pelbagai sektor termasuk Perbankan, Kewangan dan Insurans (BFSI), Peruncitan, Teknologi Tinggi, Farmaseutikal & Sains Hayat.  Infrastruktur IT bersepadu, IIoT dan aplikasi keupayaan perkhidmatan transformasi Microland membolehkan pelanggan untuk benar-benar mengoptimumkan  pelaburan digital mereka. Microland membantu pelanggan mengurangkan perbelanjaan modal dan kos pentadbiran sambil meningkatkan prestasi, keselamatan dan kebolehpercayaan. Microland juga telah melabur dengan banyak dalam penyelesaian proprietari untuk memacu automasi di seluruh infrastruktur digital pelanggan.

Sumber(*) : Gartner, Magic Quadrant for Managed Network Services, Ted Corbett et al., 09 Nov 2020

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau sebutan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, yang berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Microland 

Penyampaian digital Microland dan "Merealisasikan Digital" ("Making Digital Happen") membolehkan teknologi melakukan lebih banyak serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan pihak perusahaan untuk menggunakan infrastruktur NextGen Digital. Kami mengaktifkannya dengan menggunakan kepakaran kami di Pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian—memastikan tahap kecemerlangan dapat diramalkan, boleh dipercayai dan stabil.

Dalam dunia yang terkesan dengan COVID, Microland akan memastikan digital diguna pakai oleh perniagaan dengan fokus utama pada perkhidmatan yang lebih relevan dengan pelanggan dan prospek kami berbanding sebelumnya. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru India, Microland mempunyai lebih 4,500 orang pakar digital di seluruh pejabat operasi dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/  

Tentang IAOP 

IAOP ialah persatuan global yang menyatukan pelanggan, penyedia dan penasihat dalam persekitaran kolaboratif, berasaskan pengetahuan yang mempromosikan pembangunan profesional dan organisasi, pengiktirafan, pensijilan dan kecemerlangan untuk meningkatkan hasil dan model perkhidmatan perniagaan. IAOP menghubungkan anda dan organisasi anda kepada komuniti global yang semakin meningkat dan kepada sumber yang anda perlukan untuk berjaya. Lawati IAOP.org

Logo : https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Microland
Keywords: Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Feature News Releases