omniture

Hisense Perkasa Wanita untuk Sahut Cabaran

Hisense
2021-03-09 13:08 384

QINGDAO, China, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Kehilangan pekerjaan global bagi wanita mencecah 5%, berbanding 3.9% bagi lelaki pada tahun 2020, menurut ILO Monitor. Wanita khususnya lebih cenderung untuk berundur daripada pasaran buruh. Walau apapun tekanan yang lebih kompetitif dikenakan ke atas wanita, Hisense (600060.SH) berpegang teguh untuk memperkasa lebih ramai wanita mencapai kejayaan dan dalam masa yang sama menyahut cabaran.

Kesaksamaan Gender di Tempat Kerja

Hisense menghargai rasa hormat, dedikasi, inovasi dan kecekapan sebagai semangat korporatnya. "Hormat" muncul di tangga teratas dalam senarai. Syarikat berkenaan menyokong kesaksamaan gender dan menyediakan peluang pekerjaan yang sama rata kepada kakitangan wanita di seluruh dunia. Proposisi wanita dalam guna tenaga global Hisense adalah sekitar 40%, lebih tinggi berbanding purata global iaitu 38.89% (menurut Bank Dunia).

Hisense menggalakkan lebih ramai wanita untuk meneruskan laluan kerjaya, menghapuskan berat sebelah dan mencapai kedudukan di tempat kerja yang lebih tinggi. Di kilang Hisense iaitu di Atlantis pada tahun 2018, 80% daripada ketua pasukan dalam rantaian pengeluaran TV ialah kakitangan wanita dan sejumlah besar daripada bahagian pentadbiran kilang diambil oleh wanita. Kekuatan dari segi sifat ketelitian dan kesabaran wanita menyumbang dengan ketara terhadap pertumbuhan Hisense.

Hisense menyokong kesaksamaan gender di tempat kerja.
Hisense menyokong kesaksamaan gender di tempat kerja.

Kepimpinan Wanita di Hisense 

Di serata dunia, Hisense memiliki ramai eksekutif wanita intelek yang telah menyahut cabaran dan memimpin pasukan mereka bagi memecahkan halangan yang ditimbulkan oleh pandemik ini.

Cik Tania Garonzi, Naib Presiden Hisense Australia, yang memimpin pasukan beliau untuk bekerja dari rumah semasa sekatan perjalanan di Australia, mencapai hasil jualan yang memberangsangkan. Pada tahun 2020, jumlah jualan TV sebanyak 510,000 dengan peningkatan 15% berbanding tahun sebelumnya telah dicapai oleh pasukan beliau, menduduki tempat kedua dalam pasaran Australia. Sebanyak 325,000 peti sejuk dijual dengan peningkatan yang menarik iaitu 28% berbanding tahun sebelumnya.

Tambahan pula, beliau prihatin akan kesejahteraan ahli pasukan beliau dan keseimbangan antara kerja dan kehidupan dalam kebiasaan baharu. Beliau memberi galakan dan membimbing mereka untuk menghadapi cabaran dengan cara yang fleksibel. "Kebolehan pasukan kami untuk beradaptasi dengan cara kerja baharu dan kekal positif dalam menghadapi kesukaran memainkan peranan yang kritikal dalam membantu kami untuk mencapai kejayaan ini," kata Tania.

Cik Tania Garonzi, Naib Presiden Hisense Australia memimpin pasukan beliau untuk mencapai hasil jualan yang memberangsangkan semasa sekatan perjalanan.
Cik Tania Garonzi, Naib Presiden Hisense Australia memimpin pasukan beliau untuk mencapai hasil jualan yang memberangsangkan semasa sekatan perjalanan.

Menyokong Wanita dalam Sukan

Hisense turut mengambil peduli terhadap wanita dalam bidang sukan. Sebagai rakan global rasmi bagi EURO UEFA Wanita pada tahun 2017 dan 2022, Hisense menumpukan perhatiannya untuk mendorong sukan profesional wanita dan memberi inspirasi kepada atlet wanita untuk mengejar impian mereka melalui perkongsian dengan permainan sukan wanita. Dalam bidang e-sukan, Hisense turut menyumbang kepada platform untuk pemain wanita demi mencapai impian dan nilai mereka.

 

Sebagai sebuah syarikat teknologi global, Hisense komited untuk memberi inspirasi kepada wanita dan memperkasa mereka untuk berjaya. Semasa tempoh pandemik yang sukar ini, Hisense akan terus berdiri bersama wanita di seluruh dunia bagi menangani dilema ketika ini, menyahut cabaran dengan berani dan meningkat maju untuk menjadi seorang yang lebih baik melalui kedudukan yang berbeza dalam pelbagai industri.

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Workforce Management/Human Resources Women-related news