LONDON, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Ketidaktentuan global yang signifikan akibat daripada pandemik Covid-19 telah menyebabkan peningkatan terhadap para usahawan dan pelabur antarabangsa kaya membina portfolio kepelbagaian domisil di seluruh dunia melalui program memperoleh tempat kediaman-dan kewarganegaraan-melalui-pelaburan dalam usaha mereka untuk menangani batasan dan risiko halangan yang disebabkan oleh kewarganegaraan tunggal.
Dalam tempoh lapan bulan yang lalu, Henley & Partners telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam purata jumlah pertanyaan harian berbanding enam bulan pertama pada tahun 2020. Perubahan dalam minat warganegara negara-negara maju terhadap penghijrahan melalui pelaburan adalah di luar jangkaan — yang paling mengejutkan ialah pertanyaan daripada warganegara AS dengan peningkatan sebanyak 192% pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya. Pertanyaan daripada warganegara Kanada meningkat sebanyak 34% serta terdapat peningkatan pertanyaan daripada warganegara UK dan Perancis iaitu masing-masing sebanyak 29% dan 26%.
Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, menyatakan bahawa para jutawan di negara-negara paling maju di dunia memilih portfolio penghijrahan pelaburan bersepadu sebagai pelengkap kepada kewarganegaraan dan negara kediaman bagi mewujudkan nilai yang optimum dan mengurangkan risiko dari segi tempat untuk mereka dan keluarga mereka boleh menetap, bekerja, belajar dan melabur. "Sudah menjadi suatu kelaziman bahawa semua kekayaan tidak boleh diletakkan pada suatu tempat. Kebanyakan pilihan program merangkumi seluruh ahli keluarga, ibu bapa, datuk nenek bahkan adik-beradik. Semakin banyak bidang kuasa yang dapat anda akses, semakin banyak aset dan peluang anda dan semakin kurang pendedahan anda terhadap risiko sesebuah negara seperti pelaksanaan strategi kesihatan yang lemah, kenaikan kadar cukai atau perubahan dasar yang tidak dijangka."
Minat yang semakin memuncak untuk mendapatkan rangkaian pilihan domisil bagi meningkatkan ketahanan portfolio dan memastikan kekekalan serta warisan fizikal dan kewangan setelah berlakunya pandemik ini merupakan suatu fenomena seluruh dunia, menurut Dominic Volek, Ketua Pelanggan Swasta Kumpulan Henley & Partners. "Ini adalah tentang perspektif yang benar-benar global dan cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mempunyai portfolio yang pelbagai — pelbagai lokasi yang membolehkan anda, keluarga dan saudara mara serta aset anda dikumpulkan, menyediakan peluang perniagaan alternatif, kerjaya, pendidikan, penjagaan kesihatan dan gaya hidup global."
"Terdapat banyak pilihan untuk memenuhi keperluan keluarga besar pelbagai generasi yang mungkin tidak mahu atau tidak memerlukan lokasi yang sama. Sebagai contoh, seorang usahawan teknologi yang berjaya boleh memohon Australia's Global Talent Independent Visa (Visa Bebas Bakat Global Australia) untuk memperoleh taraf penduduk tetap di sana. Bagi anak-anak yang bercita-cita untuk belajar di Eropah atau UK, mereka boleh memohon UK Investor Immigration Program (Program Imigrasi Pelabur UK) atau Portugal Golden Residence Permit Program (Program Permit Kediaman Emas Portugal). Sebaliknya ibu bapa yang telah bersara yang memilih untuk menghabiskan masa di Thailand boleh memohon Thailand Elite Residence Program (Program Kediaman Elit Thailand) yang mempunyai pilihan merangkumi berbilang tanggungan. Covid-19 telah mengingatkan kita bahawa kita perlu mengambil pendekatan strategik jangka panjang dan tidak membuat keputusan terburu-buru apabila berlakunya masalah di negara kediaman kita yang sekarang."
Hubungan Media:
Paddy Blewer
Ketua Komunikasi
paddy.blewer@henleyglobal.com