omniture

Rebut peluang digital dan kurangkan ancaman siber dengan Perkhidmatan Keselamatan Siber SGS

SGS
2021-03-09 17:00 40

GENEVA, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- SGS, sebuah syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka di dunia, membantu pelanggan merebut peluang digital sambil mengurangkan risiko dengan Perkhidmatan Keselamatan Siber SGS iaitu suatu penyelesaian keselamatan siber bersepadu.

 

 

 

Ancaman global 

Teknologi mempunyai banyak faedah. Ia menjadikan kehidupan manusia lebih selamat dan lebih selesa, meningkatkan potensi kesihatan serta menawarkan pengalaman baharu di tempat kerja, rumah dan ketika dalam perjalanan. Namun, terdapat juga cabaran yang signifikan. Apabila teknologi disalahgunakan, ia boleh menyebabkan kelemahan yang sukar untuk diramalkan dan boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian manusia. Bagi syarikat-syarikat, jenayah siber boleh memberi kesan yang memudaratkan seperti pelanggaran data dan kerahsiaan yang akan menyebabkan kerosakan kewangan serta kemusnahan reputasi.

Untuk menangani landskap keselamatan siber yang sentiasa berkembang ini, kerajaan dan pihak berkepentingan di seluruh dunia sedang berusaha untuk mewujudkan standard dan peraturan baharu.

Adalah penting bagi organisasi untuk meningkatkan kematangan keselamatan siber bagi mengekalkan kedudukan pasaran mereka. Budaya keselamatan siber perlu diterapkan serta proses dan protokol perlu dibangunkan untuk menyokongnya. Ini mungkin mengambil masa, tetapi penjenayah tidak akan menunggu dan oleh itu, tindakan segera perlu diambil.

Rakan kongsi yang dipercayai 

Di sinilah Perkhidmatan Keselamatan Siber SGS diperlukan. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, SGS menggunakan pengetahuan dan kepakaran yang mendalam dalam keselamatan siber – daripada transistor kepada penyelesaian awan – untuk membolehkan pelanggan meningkatkan kematangan keselamatan siber mereka ke tahap yang diperlukan bagi menangani sebarang cabaran.

Perkhidmatan Keselamatan Siber SGS dibina berasaskan tiga teras, membuka peluang untuk penyesuaian perkhidmatan berdasarkan keperluan tertentu industri seperti keperluan pengguna daripada sektor IoT, peranti perubatan, semikonduktor, automotif dan perindustrian:

  1. Latihan, tentang peraturan, standard, serangan canggih dan tindakan balas yang berkaitan termasuk pengetahuan tentang amalan terbaik dan topik teknikal terperinci seperti serangan saluran sampingan dan analisis kerosakan
  2. Penilaian, terhadap perkakasan, perisian, rangkaian, kripto dan sistem pengurusan yang selamat yang merangkumi keseluruhan teknologi penyelesaian digital saling berhubung
  3. Pensijilan, yang memberi tumpuan kepada penilaian pematuhan terhadap standard dan peraturan sedia ada dan akan datang

Pendekatan 3 langkah digunakan untuk menyokong pelanggan mencapai matlamat bagi meningkatkan keupayaan keselamatan siber mereka:

  • Langkah pertama: analisis jurang keselamatan siber yang komprehensif yang merangkumi struktur dan proses organisasi, set kemahiran serta produk dan perkhidmatan digital
  • Langkah kedua: berdasarkan analisis dari Langkah 1, suatu pelan tindakan dan perancangan dibangunkan dan dilaksanakan bersama-sama dengan pelanggan, menangani dan menutup jurang yang dikenal pasti dan disertai dengan latihan, audit, ulasan dan penilaian keselamatan
  • Langkah ketiga: setelah melaksanakan kesemua tugasan yang ditakrifkan dalam Langkah 2, penilaian pematuhan akan dilakukan secara dalaman atau oleh pihak ketiga yang bebas untuk menilai keberkesanannya

Perkhidmatan Keselamatan Siber SGS membantu meningkatkan kematangan keselamatan melalui penyesuaian dan pendekatan yang komprehensif. Para pelanggan dijamin, malah boleh meyakinkan pelanggan mereka tentang tahap keselamatan siber yang mewujudkan dunia yang lebih baik, lebih selamat dan lebih terhubung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami www.sgs.com/cybersecurity-services 

Tentang SGS 

SGS ialah sebuah syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka di dunia. SGS dikenali sebagai penanda aras global untuk kualiti dan integriti. Dengan lebih 89,000 orang pekerja, SGS mengendalikan sebuah rangkaian yang mempunyai lebih 2,600 buah pejabat dan makmal di seluruh dunia.

IMEJ 
Imej disertakan bersama kisah ini – versi resolusi tinggi tersedia atas permintaan.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=NKjsMAOGuu0
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443181/sgs_di_cybersecurity.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1443182/SGS_Logo.jpg?p=medium600

 

D&I Cybersecurity
D&I Cybersecurity

 

 

Source: SGS
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security