omniture

Cytiva dan Longitude (sebuah syarikat Financial Times) mendedahkan lima cabaran utama industri dalam Indeks Ketahanan Biofarmaseutikal Global baharu

Cytiva
2021-03-09 20:24

- Sebuah tinjauan yang melibatkan 1,165 orang eksekutif dan pembuat dasar penjagaan kesihatan biofarmaseutikal di 20 buah negara yang menilai keupayaan industri untuk bertindak balas terhadap keperluan global dalam lima bidang: Ketahanan rantaian bekalan, kumpulan bakat, ekosistem Penyelidikan & Pembangunan, ketangkasan pembuatan serta dasar dan peraturan kerajaan

- Terdapat hubung kait yang kuat antara negara berprestasi tinggi dan berpendapatan per kapita yang lebih tinggi; Amerika Syarikat mengetuai indeks secara keseluruhan tetapi Switzerland dan China mempunyai rantaian bekalan yang paling berdaya tahan

- Kajian pertama seumpamanya yang merangkumi pelbagai topik dan responden

AMERSHAM, United Kingdom, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Peneraju sains hayat global, Cytiva bersama-sama Longitude, sebuah kumpulan penyelidikan Financial Times, telah menyusun indeks global mengikut kedudukan keupayaan industri biofarmaseutikal untuk bertindak balas terhadap lima cabaran utama; dalam rantaian bekalan, bakat, penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta dasar dan peraturan kerajaan.

Para responden menjawab setiap soalan dalam setiap bidang pada skala 1 hingga 10.  Purata keseluruhan jawapan menghasilkan penilaian kedudukan keupayaan biofarmaseutikal setiap negara serta kekuatan industri global. Dengan skor indeks keseluruhan sebanyak 6.6 daripada 10, industri ini kelihatan rentan – dan mempunyai peluang untuk mempertingkatkan sejumlah bidang yang kritikal. Dalam indeks keseluruhan, Amerika Syarikat menduduki tempat pertama dengan memperoleh skor sebanyak 7.12. Switzerland dan UK mengikut dengan rapat.

Rusia, China dan India menerajui negara-negara ekonomi berpendapatan pertengahan rendah dan pertengahan atas1, walaupun mempunyai populasi yang besar dan Pendapatan Negara Kasar per kapita yang lebih rendah berbanding beberapa negara lain dalam kumpulan ini. Namun, indeks ini juga menunjukkan jurang yang jelas antara negara-negara ekonomi berpendapatan tinggi berbanding berpendapatan pertengahan tinggi dan berpendapatan pertengahan rendah. Negara-negara ekonomi berpendapatan pertengahan tinggi dan berpendapatan pertengahan rendah mempunyai kecenderungan untuk memperoleh skor yang lebih rendah pada indeks: ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai industri biofarmaseutikal yang kurang berdaya tahan dan mewujudkan risiko yang signifikan dari segi akses global kepada ubat-ubatan penting.

Emmanuel Ligner, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Cytiva berkata: "Sebagai rakan kongsi kepada syarikat biofarmaseutikal global, kami ingin memberikan gambaran keseluruhan tentang kekuatan dan kelemahan industri ini.  Data ini dihasilkan dengan mendengar maklum balas daripada pelanggan dan syarikat biofarmaseutikal utama yang memberi pandangan kepada kami tentang kebimbangan utama. Dengan data ini, kami akan mempunyai perbincangan yang lebih bermanfaat dan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pelanggan dan pihak berkepentingan bagi menangani cabaran di seluruh industri."

Kiran Mazumdar-Shaw, Pengasas merangkap Pengerusi Biocon berkata: "Biofarmaseutikal mempunyai peranan yang besar dalam masa depan perubatan dan banyak ubat-ubatan yang sedang kami bangunkan sekarang bakal mengubah industri. Tetapi membangunkan ubat-ubatan blokbuster sepatutnya bukan tentang menghasilkan keuntungan satu bilion dolar – ia sepatutnya adalah tentang memberi perkhidmatan kepada satu bilion pesakit. Ketika itulah kita akan mempunyai ekuiti global dalam penjagaan kesihatan."

Indeks tersebut telah dihasilkan daripada 1,165 responden tinjauan di kesemua 20 buah negara (95% merupakan eksekutif farmaseutikal dan biofarmaseutikal, sementara 5% adalah pembuat dasar penjagaan kesihatan) sebagai tambahan kepada wawancara yang mendalam dengan lapan pakar yang terdiri daripada pembuat dasar biofarmaseutikal dan penjagaan kesihatan.

Untuk mendapatkan laporan penuh dan lebih banyak fakta, sila layari halaman ini.

Tentang Cytiva
Cytiva ialah peneraju sains hayat global dengan lebih 7,000 pertubuhan di seluruh 40 buah negara yang dikhususkan untuk memaju dan mempercepatkan industri terapeutik. Sebagai rakan kongsi kepercayaan pelanggan yang pelbagai dari segi skala dan skop, Cytiva memberi kepantasan, kecekapan dan kapasiti untuk penyelidikan dan aliran kerja pembuatan, membolehkan pembangunan, pembuatan dan penghantaran ubat-ubatan transformatif kepada pelanggan.

Menggunakan klasifikasi negara Bank Dunia yang berdasarkan pendapatan negara kasar per kapita

 

 

Source: Cytiva
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research