omniture

People Matters melancarkan BeNext, platform digitalnya sendiri untuk kursus-kursus berasaskan kohort (CBC) dan memasuki segmen perniagaan baharu untuk memperluas impaknya dalam Kepemimpinan & Sumber Manusia

People Matters Pte. Ltd
2021-03-09 21:21 2288

Kursus-kursus berasaskan kohort (CBC) sedang muncul sebagai metodologi yang amat berkesan dalam bidang pembelajaran digital. CBC meningkatkan pengekalan, akauntabiliti dan menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik bagi para pelajar

-  Kursus-kursus kami berteraskan konsep pembelajaran segerak dan tidak segerak. Pada masa ini, kami mempunyai 18 program yang dijalankan dengan kekerapan sekali pada setiap suku tahun.

-  Lebih 1,200 pelajar telah ditauliahkan melalui program BeNext People Matters dalam tempoh 6 bulan yang lalu bagi produk versi beta. Organisasi dan syarikat yang mendaftar termasuk pemimpin bakat daripada PepsiCo, TataSteel, Diageo, Deutsche Bank, GE, Lego, Maybank, OCBC dan NTUC serta banyak lagi.

-  Setiap program pembelajaran selama empat minggu merangkumi kelas pakar secara langsung dengan tenaga pengajar pakar industri seperti Matthew Kressy, Pengarah Pengasas, Reka Bentuk & Pengurusan Bersepadu MIT; Jan Krogel, Ketua Pengalaman Pekerja dan Analitik Manusia; Capgemini; Tanuj Kapilashrami, Ketua Pegawai Sumber Manusia Standard Chartered Bank; Liam McNally, Rakan Kongsi Kepelbagaian dan Penyertaan GitLab Inc; Ankur Warikoo, Pengasas Bersama Nearbuy.com dan ramai lagi. 

SINGAPURA, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Ketika pembangunan keupayaan menjadi agenda utama Ketua Pegawai Sumber Manusia pada tahun 2021, para pemimpin bakat mencari penyelesaian pembelajaran digital terbaik untuk tenaga kerja mereka. People Matters melancarkan BeNext People Matters untuk memenuhi keperluan tersebut yang menawarkan rangkaian Program Pensijilan berasaskan Kohort yang unik dan direka untuk memperkasakan pasukan pemimpin dan Sumber Manusia bagi mencapai kecemerlangan dalam era pekerjaan masa kini.

BeNext_for_LD_COnference_
BeNext_for_LD_COnference_

People Matters sentiasa komited untuk meningkatkan impaknya terhadap komuniti Sumber Manusia. Program Pensijilan BeNext merupakan hasil daripada penyelidikan, perbualan dengan pemimpin industri dan perbincangan dengan profesional bakat tentang apa yang diperlukan SEKARANG dan apa yang diperlukan pada MASA HADAPAN.

Kursus berasaskan Kohort Digital (CBC) meningkatkan pengekalan, akauntabiliti dan menjadikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik bagi para pelajar. Dalam beberapa bulan yang lalu, BeNext People Matters telah memperakukan lebih 1,200 pemimpin daripada seluruh rantau ini dengan pengalaman pembelajaran yang unik yang meletakkan komuniti sebagai teras reka bentuknya. Semua pensijilan berasaskan kohort BeNext telah mendapat pentauliahan daripada HRCI.

Mengulas tentang pembelajaran daripada pewujudan CBC, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarang People Matter, Ester Martinez menyatakan, "Kami percaya bahawa aspek sosial meningkatkan kejayaan dalam pelengkapan objektif pembelajaran; Seterusnya, gabungan komponen segerak dan tak segerak yang direka dengan teliti memberikan peluang kepada pelajar untuk mengawal pembelajaran mereka, memberi tumpuan kepada hasil & meningkatkan rangkaian profesional mereka."

Para pemimpin daripada bidang akademik, perniagaan & keusahawanan dijemput untuk membawa kepakaran mereka ke dalam pengalaman pembelajaran ini. "Tiada yang lebih mengujakan untuk bekerjasama dengan pasukan People Matters yang berkepakaran tinggi untuk melancarkan program CBC yang menarik bagi 'membentuk pasukan pemenang', yang memberi tumpuan secara eksklusif kepada organisasi-organisasi yang mempunyai pertumbuhan tinggi," jelas Ankur Warikoo, Pengasas Nearbuy.com, Mentor & Pelabur Malaikat.

Gabungan pembelajaran segerak dan tidak segerak berserta struktur kohort yang didorong oleh komuniti yang menjadikan kursus BeNext lebih menyerlah. BeNext bukan satu pembelajaran secara solo tetapi direka untuk dimulakan dan dilengkapkan secara bersama-sama. Bercakap tentang perjalanan reka bentuk, Rohit Shenoy, Ketua Pembelajaran & Pembangunan Global DXC Technologies berkongsi, "Ini merupakan kombinasi pembelajaran segerak dan tidak segerak terbaik yang digabungkan dengan pembelajaran sosial dan pembelajaran daripada tenaga pakar yang pernah saya alami." Avinash Kholi, Pengarah Eksekutif - Kepemimpinan, Pembelajaran dan Keupayaan Organisasi Boeing menambah bahawa ia telah "direka dengan semua bahan-bahan yang tepat yang merangkumi fasilitator, kandungan dan komuniti terbaik untuk pembelajaran, penglibatan dan impak yang maksimum".

BeNext melancarkan 17 buah program pada tahun ini dalam bidang Produktiviti Hibrid untuk Membolehkan pasukan pengurus & Sumber Manusia memaksimumkan produktiviti, penglibatan & inovasi dalam pasukan yang teragih, hibrid dan jarak jauh; Transformasi Sumber Manusia untuk Membolehkan pemimpin Sumber Manusia & Perniagaan merancang inisiatif Sumber Manusia yang diidamkan, boleh dilaksanakan & berdaya maju yang berteraskan manusia & memberi impak kepada perniagaan; Kepelbagaian, Penyertaan & Keseimbangan untuk membolehkan organisasi mempercepat kesan inisiatif Kepelbagaian & Penyertaan serta melakukan perubahan dalam KPI kepelbagaian & penyertaan mereka; dan, Membina pasukan pemenang untuk para pengasas dan eksekutif syarikat permulaan dengan pertumbuhan tinggi untuk menarik dan mengekalkan budaya reka bentuk dan terbaik terhadap pemilikan dan kejayaan.

Organisasi dan syarikat yang mendaftar termasuk pemimpin bakat daripada PepsiCo, TataSteel, Diageo, Deutsche Bank, GE, Lego, Maybank, OCBC dan NTUC serta banyak lagi. Pilar Orti, Pengarang Thinking Remote berkongsi dengan menyatakan bahawa BeNext merupakan "penggunaan terbaik ruang dalam talian".

Semua program adalah distruktur sebagai pembelajaran selama empat minggu yang merangkumi kelas pakar secara langsung dengan tenaga pengajar pakar industri seperti Matthew Kressy, Pengarah Pengasas, Reka Bentuk & Pengurusan Bersepadu MIT; Jan Krogel, Ketua Pengalaman Pekerja dan Analitik Manusia; Capgemini; Tanuj Kapilashrami, Ketua Pegawai Sumber Manusia Standard Chartered Bank; Liam McNally, Rakan Kongsi Kepelbagaian dan Penyertaan GitLab Inc; Ankur Warikoo, Pengasas Bersama Nearbuy.com dan ramai lagi. 

Sila Semak Program BeNext People Matters di: http://bit.ly/PMBENEXT

Tentang People Matters 

People Matters ialah sebuah komuniti yang terdiri daripada Ketua Pegawai Sumber Manusia, pemimpin Perniagaan dan Kerajaan yang komited terhadap kemajuan bakat & amalan pekerjaan untuk impak perniagaan yang unggul & lestari. Dengan menghayati

Inovasi, People Matters terus menjadi perintis kandungan yang berwawasan, memberi kesan dan paling dicari oleh para pemimpin bakat di Asia. People Matters melibatkan lebih 350,000 pemimpin bakat di rantau ini untuk mencabar, mengubah dan memperkayakan cara teknologi & amalan pengurusan bakat Sumber Manusia menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan perniagaan. People Matters merupakan pemilik platform digital dan teknologi yang dibanggakan untuk pemimpin bakat, persidangan maya canggih, acara fizikal yang inovatif dan fungsi-fungsi digital yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gopeoplematters.com

Hubungan Media:
Prakash Shahi
Prakash.shahi@gopeoplematters.com  
+91-9811135919

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1451525/benext_for_ld_conference_.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1451526/benext_for_ld_conference.jpg?p=medium600

BeNext_for_LD_Conference
BeNext_for_LD_Conference
Source: People Matters Pte. Ltd
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources New products/services