omniture

SINGER® Menyambut Ulang Tahun ke-170 dalam Inovasi Global

SINGER
2021-03-10 00:03

LA VERGNE, Tennessee, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1851, sebelum munculnya jeans biru atau kola, dunia telah diperkenalkan dengan suatu ciptaan berbunyi klik klak yang mampu menjahit kebanyakan jenis fabrik dan jenama SINGER® telah dilahirkan. Tujuh belas dekad kemudian, peneraju industri jahitan ini kekal dihormati dalam sambutan yang meraikan legasinya selama 170 tahun dengan mengeluarkan enam produk baharu pada awal tahun 2021 dan kini merupakan versi vintaj yang digemari para peminat jahitan di serata dunia.

Mesin jahit SINGER® untuk kegunaan rumah dan industri mempunyai peranan yang menyokong sepanjang sejarah dunia — dari menjahit keperluan ketenteraan pada abad ke-19 hingga ke payung terjun dan pembalut luka sewaktu konflik dunia, penggunaan komersial yang tidak terkira banyaknya, dan kini usaha sedang dilakukan bagi pengeluaran besar-besaran PPE bagi menghadapi pandemik global pada tahun 2020-2021. Syarikat di sebalik jenama ikonik ini juga telah menyumbang ribuan mesin jahit pada tahun lepas untuk membolehkan dunia menghasilkan lebih banyak pelitup muka sambil menggalakkan pendapatan daripada hasil jahitan di rumah serta hobi.

Sama seperti ketika mesin jahitnya membantu dunia sewaktu pandemik Selesema Sepanyol (Spanish Flu), mesin jahit SINGER® kini digunakan untuk menjahit pelitup muka yang tidak terkira banyaknya untuk menenangkan fikiran kita semasa pandemik COVID-19. Mengiktiraf inisiatif global dan pencapaian-pencapaian lain ini adalah amat bermakna bagi pihak pengurusan, pekerja serta vendor. Kesungguhan itu telah mengilhamkan pelancaran mesin besi tuang 15 kelas Edisi Terhad dalam versi hitam dan merah sempena Vintaj Ulang Tahun ke-170.   

SVP Worldwide, syarikat di sebalik jenama SINGER® ini telah menjadi sinonim dengan keupayaannya dalam memodenkan jahitan secara konsisten dan sentiasa berada satu langkah ke hadapan dalam memenuhi keperluan pengguna dan komersial serta meneraju industri jahitan sebagai perintis bagi pelbagai hasil ciptaan — dari paten mesin jahit pada tahun 1851 hingga ke mesin bebas tangan yang pertama, mesin elektrik, mesin boleh diprogramkan, dan kini merintis masa hadapan dengan mesin jahit yang dilengkapi kecerdasan buatan.

Jenama ini perlu mencorakkan laluannya untuk masa depan bagi seluruh industri jahitan dan bukan hanya untuk kegemilangannya semata-mata. Dean Brindle, Ketua Pegawai Pemasaran SVP Worldwide menyatakan bahawa jenama SINGER® akan terus menghasilkan inovasi dalam landskap jahitan dan seni sambil meraikan kewujudannya sejak sekian lama.

TENTANG SINGER®
Jenama SINGER® sinonim dengan bidang jahitan selama 170 tahun. Dari paten Isaac Singer untuk mesin jahit pengguna yang pertama pada tahun 1851 hingga ke ekosistem jahitan berasaskan awan yang pertama di dunia pada tahun 2015, semangat reka bentuk praktikal dan inovasi kreatif yang mendefinisikan jenama ini sejak dari awal penubuhannya kekal sehingga kini.

 

Source: SINGER
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail