omniture

Microland akan menampung kos vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerja dan keluarga terdekat mereka

Microland
2021-03-10 18:35 100

BENGALURU, India, ATLANTA dan LONDON, 10 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Microland, sebuah syarikat transformasi digital global, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menjadi penaja jaminan bagi kos vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerjanya dan keluarga terdekat mereka. Pekerja yang layak akan menerima pembayaran semula kos vaksinasi di bawah Polisi Insurans Perubatan Microland. Ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat yang berterusan dalam menyokong keselamatan dan kesejahteraan para pekerjanya serta ahli keluarga mereka.

Sepanjang 12 bulan yang lalu, syarikat telah mengambil langkah pencegahan sewajarnya untuk meminimumkan kesan pandemik terhadap kesihatan dan keselamatan para pekerja. Rangka kerja kesihatan dan keselamatan ini merangkumi pelaksanaan yang pantas terhadap amalan dan infrastruktur Bekerja Dari Rumah (Work From Home, WFH), menyokong ahli keluarga yang menghidap COVID-19, memastikan akses kepada kemudahan perubatan kecemasan dan mengekalkan pendekatan berwaspada terhadap program Kembali ke Pejabat (Back To Office, BTO).

Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial, Microland sentiasa memantau garis panduan yang disediakan oleh pentadbiran tempatan dan telah menubuhkan pasukan petugas COVID-19 yang memastikan pematuhan kepada badan penasihat sambil menjamin standard tertinggi dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggannya. Sebaik sahaja sekatan pergerakan dilaksanakan pada tahun lalu, Microland telah beralih kepada model WFH secara 100% dalam masa yang amat singkat iaitu 10 hari dan memastikan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan perhubungan bagi setiap pelanggannya di seluruh dunia tidak terjejas.

Srinivasan TR, Ketua Pegawai Sumber Manusia Microland menyatakan "Pandemik COVID-19 telah menunjukkan kepada kita cara untuk melaksanakan proses yang memastikan komitmen paling tinggi dalam penjagaan kesihatan para pekerja sambil mengekalkan operasi pelanggan yang berkualiti tinggi dan konsisten. Walaupun syarikat-syarikat serta dasar mereka sedang mengalami ujian tegasan akibat pandemik ini, saya juga percaya bahawa perubahan yang didorong oleh pandemik ini akan menghasilkan amalan di tempat kerja yang lebih baik dan meningkatkan program penglibatan pekerja. Keputusan kami untuk menjadi penaja jaminan bagi kos vaksinasi adalah bermatlamat untuk melindungi kesihatan para pekerja dan keluarga terdekat mereka serta mewujudkan hubungan pekerja yang lebih bermakna. Ia adalah cara kami memberitahu mereka bahawa 'Kami Peduli'."

Tentang Microland
Penyampaian digital Microland dan "Merealisasikan Digital" ("Making Digital Happen") membolehkan teknologi melakukan lebih banyak serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan pihak perusahaan untuk menggunakan infrastruktur NextGen Digital. Kami mengaktifkannya dengan menggunakan kepakaran kami di Pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian— memastikan tahap kecemerlangan dapat diramalkan, boleh dipercayai dan stabil.

Dalam dunia yang terkesan dengan COVID, Microland akan memastikan digital diguna pakai oleh perniagaan dengan fokus utama pada perkhidmatan yang lebih relevan dengan pelanggan dan prospek kami berbanding sebelumnya. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru India, Microland mempunyai lebih 4,500 orang pakar digital di seluruh pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Microland baru-baru ini diiktiraf sebagai Peneraju dalam Gartner Magic Quadrant 2020 untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus.*

Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/  

Sumber(*) : Gartner, Magic Quadrant for Managed Network Services, Ted Corbett et al., 09 Nov 2020
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau sebutan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, yang berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Logo : https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Microland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Feature News Releases New products/services