omniture

"Suatu Kemenangan, Suatu Kejayaan Hebat" -- Perdana Menteri, Rowley Merasmikan Pembukaan Loji GTL NiQuan Energy Di Pointe a Pierre Di Trinidad Dan Tobago

NiQuan Energy
2021-03-10 20:38

POINTE-À-PIERRE, TRINIDAD dan TOBAGO, 10 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Loji Gas ke Cecair NiQuan Energy di Pointe-à-Pierre telah dirasmikan pembukaannnya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dr. Keith Rowley.

The Honourable Prime Minister Dr Keith Rowley opens the plant.
The Honourable Prime Minister Dr Keith Rowley opens the plant.

Loji ini mempunyai kapasiti papan nama sebanyak 2,400 tong sehari dan menghasilkan produk tenaga berprestasi tinggi, rendah pelepasan; Diesel Parafinik GTL dan Nafta GTL, daripada gas asli.

GTL NiQUAN ialah loji komersial yang pertama seumpamanya di hemisfera barat.

Berucap pada majlis pembukaan tersebut, Dr Rowley berkata: "Loji gas ke cecair ini merupakan satu contoh utama tentang kejayaan pembangunan produk negara ini dengan nilai tambah yang lebih tinggi dan berpotensi untuk dieksport yang terhasil melalui kerjasama antara sektor swasta, sektor perbankan dan Kerajaan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada NiQuan dan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini sehingga selesai. Saya berharap agar Niquan beroleh kejayaan cemerlang dalam operasinya pada masa akan datang kerana kejayaannya turut memberi manfaat kepada negara dan seluruh rakyat."

Encik Ainsley Gill, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NiQuan Energy berkata: "GTL mewakili tenaga bersih – sebagai penghubung tenaga kotor masa lalu dengan tenaga masa depan yang lebih bersih. Ia merupakan penghubung yang ingin dibina oleh setiap orang tetapi sebahagian besar daripadanya gagal atas pelbagai faktor. Dengan adanya loji ini, NiQuan Energy telah membina penghubung pertama dan banyak lagi penghubung akan dibina. Dan bukan sahaja di Trinidad dan Tobago serta di Amerika, malah di seluruh dunia. Produk tenaga bersih kami akan membawa perubahan. Itulah kepercayaan yang telah mendorong kami sejak dari hari pertama lagi. Ia merupakan janji yang akan kami tepati dan kami telah menepati janji kami di sini pada hari ini."

Loji ini telah mencapai kandungan tempatan yang luar biasa melebihi 90% dan dibiayai menggunakan sumber serantau. Ainsley Gill berkata: "Pada asalnya, kami memikirkan sebuah projek yang dibiayai di peringkat antarabangsa, namun kenyataannya, ia telah dibiayai di peringkat serantau dan kami yakin ini merupakan projek infrastruktur pertama bagi tenaga utama di Caribbean."

Latar belakang

Loji & Proses

GTL NiQUAN ialah loji komersial pertama seumpamanya di hemisfera barat dan merupakan salah sebuah daripada lima loji GTL komersial di dunia yang kini beroperasi secara eksklusif untuk pengeluaran produk GTL komersial dan menggunakan proses Suhu Rendah Fischer-Tropsch (Low Temperature Fischer-Tropsch, LTFT). 

Loji GTL ini memulakan operasi pada bulan Disember 2020 dan sedang meningkatkan pengeluaran hingga kapasiti papan nama sebanyak 2,400 tong Diesel Parafinik GTL dan Nafta GTL dengan nisbah 80:20 setiap hari.

Loji ini berada di Pointe-à-Pierre iaitu pantai barat Trinidad di Republik Trinidad dan Tobago dan terletak dalam perimeter kilang penapisan minyak Guaracara.

Loji GTL ini ialah sebuah kemudahan pengeluaran yang menggunakan gas asli dan mengubahnya menjadi produk tenaga berkualiti tinggi dengan pelepasan rendah.  Ia menggunakan teknologi Suhu Rendah Fischer-Tropsch (LTFT) yang terbukti secara komersial dalam sistem lapisan tetap.

Proses LTFT ialah suatu proses tiga peringkat.  Peringkat pertama terdiri daripada gabungan gas asli dengan stim dalam sebuah reformer untuk menghasilkan gas sintetik atau singas.  Pada peringkat kedua, singas ini dimasukkan ke dalam reaktor Fischer-Tropsch dan akan mengalami reaksi katalitik yang mengubahnya menjadi minyak mentah sintetik berlilin, atau 'syncrude'.  Pada peringkat akhir, 'syncrude' berlilin ini akan melalui penghidropecah dan dipecahkan kepada kuantiti produk yang diperlukan dengan cara yang serupa dengan penapisan minyak mentah dalam proses penapisan tradisional yang mengeluarkan pencemar dan kontaminan. 

Teknologi pemangkin Fischer-Tropsch yang penting untuk Loji GTL ini disediakan oleh Emerging Fuels Technology, Inc., pihak berkuasa terkemuka dalam teknologi GTL.

Bekalan stok suapan gas asli untuk Loji GTL telah diperoleh melalui Syarikat Tenaga Huluan Hiliran Trinidad dan Tobago, manakala Petrorin sebagai pembeli produk.

Loji GTL telah disiapkan dalam dua fasa dengan fasa pertama yang melibatkan pemeriksaan dan penilaian lengkap Loji GTL, bersama-sama dengan pembangunan skop yang terperinci yang diperlukan untuk melengkapkan Loji GTL dan bagi memulakan operasinya. Fasa kedua ialah fasa pelengkapan.

Fasa pertama telah disiapkan pada bulan Januari 2019 dan fasa kedua telah disiapkan pada suku keempat tahun 2020. Projek tersebut telah mencapai kadar kandungan tempatan melebihi 90% dan telah dibiayai di peringkat serantau.

Produk GTL

Produk GTL dicirikan oleh prestasi tinggi dan pelepasan rendah jika dibandingkan dengan produk yang dihasilkan daripada minyak mentah atau sumber tenaga lain yang setara.  Selain itu, ia juga terbiodegradasi dan mempunyai ketoksikan yang rendah yang memberi lebih manfaat berbanding produk yang diperbuat daripada minyak mentah. 

Diesel Parafinik GTL

Diesel Parafinik GTL ialah bahan api nyalaan pemampatan (EN15940) patuh spesifikasi yang bersih dan mempunyai dua ciri utama iaitu kandungan sulfur sifar dan kadar setana asas yang amat tinggi. Diesel Parafinik GTL menawarkan pengurangan yang ketara pada pelepasan sulfur dioksida dan Jirim Zarahan (Particulate Matter, "PM" yang juga dikenali sebagai "asap hitam"), menjadikannya pesaing pasaran premium dengan standard pelepasan yang ketat.

Diesel GTL boleh digunakan sebagai bahan api pengangkutan, stok suapan bahan kimia dan untuk kegunaan perindustrian yang lain.

GTL Nafta

GTL Nafta ialah stok suapan bahan kimia berparafin/stok adunan bahan api berparafin tinggi dan merupakan salah satu stok suapan cecair yang paling cekap untuk pemecahan etilena. Ia juga boleh digunakan sebagai komponen adunan gasolin.

NiQUAN GTL
NiQUAN GTL

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1452622/the_honourable_prime_minister_dr_keith_rowley_opens_the_plant.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1452623/niquan_gtl.jpg?p=medium600

 

Source: NiQuan Energy
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services