omniture

Via mengambil alih Remix untuk mewujudkan penyelesaian TransitTech serba lengkap yang pertama bagi bandar-bandar dan agensi transit

Via
2021-03-10 21:41 3

 

Pengambilalihan yang menyatukan peneraju dua kategori untuk mewujudkan platform teknologi lengkap yang mendayakan kesaksamaan, akses dan pengangkutan yang cekap kepada komuniti di seluruh dunia. 

NEW YORK, 10 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Via, sebuah syarikat yang menerajui Teknologi Transit (TransitTech), hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Remix, sebuah platform pemetaan kolaboratif perdana untuk merancang pengangkutan dan membuat keputusan. Pengambilalihan ini menyatukan penyelesaian teknologi bertaraf dunia untuk menyokong sepenuhnya komuniti pengangkutan pelbagai mod dari segi perancangan, penjadualan, operasi atas permintaan, transit laluan tetap, paratransit dan bas-bas sekolah.


Remix ditubuhkan pada tahun 2014 di San Francisco, California sebagai sebuah platform perancangan transit yang mudah digunakan. Syarikat ini memperoleh pelaburan daripada Sequoia, Y Combinator dan Energy Impact Partners untuk berkembang dengan cepat dan menyediakan teknologi kolaboratif bagi merancang transit awam, menguruskan mobiliti bersama dan mereka bentuk rangkaian laluan yang lebih selamat. Hari ini, Remix bekerjasama dengan lebih 350 entiti kerajaan tempatan di 22 buah negara di lima benua dan telah mereka cipta ratusan sistem pengangkutan bandar bagi meningkatkan kehidupan lebih 240 juta penduduk di seluruh dunia.

Via mempelopori kategori TransitTech dengan menyediakan infrastruktur digital untuk sistem mobiliti awam yang mengoptimumkan rangkaian pengangkutan dinamik, bas, kenderaan yang boleh diakses menggunakan kerusi roda, bas sekolah dan kenderaan autonomi untuk memenuhi keperluan bandar-bandar besar dan komuniti yang lebih kecil di seluruh dunia. Syarikat ini bekerjasama dengan lebih 200 rangkaian rakan kongsi di 24 buah negara untuk menyediakan penyelesaian transit yang cekap, boleh diakses dan menjimatkan kos. Pengambilalihan ini menyatukan keupayaan sebagai pelengkap untuk membantu pasukan perancang pengangkutan, inovasi dan operasi bertindak balas terhadap pertukaran permintaan yang sering terjadi dalam situasi sebenar. Via dan Remix secara bersama-sama, dapat membantu bandar-bandar dan agensi menggunakan teknologi yang fleksibel, berdaya tahan dan responsif.

"Kami sentiasa memandang tinggi terhadap produk Remix dan gembira dapat bekerjasama dengan Tiffany, Dan serta pasukan mereka yang luar biasa," kata Pengasas Bersama Via, Daniel Ramot dan Oren Shoval. "Kami berkongsi visi yang sama untuk saling bekerjasama dengan rakan kongsi kami bagi mewujudkan sistem transit yang saksama, boleh diakses dan cekap untuk para penumpang dan pengguna di bandar. Kami mempunyai rancangan besar bersama untuk melabur dan memperluas rangkaian produk Remix bagi menawarkan keupayaan yang dipertingkatkan dari segi perancangan dan operasi serta penjadualan bas."

Ketua Pegawai Eksekutif Remix dan Pengasas bersama Tiffany Chu berkata, "Misi Remix adalah untuk mewujudkan lebih banyak bandar yang berdaya maju dengan memperluas akses di dalamnya. Kami teruja dapat bergabung dengan Via, sebuah syarikat yang turut memberi tumpuan kepada kemajuan pengangkutan dengan memperbanyakkan pilihan pengangkutan yang tersedia kepada komuniti dan memperkasakan bandar-bandar dengan teknologi terbaik untuk membuat keputusan berasaskan data. Pengambilalihan ini menandakan era baharu buat para pelanggan, rakan kongsi dan pasukan kami."

Pengambilalihan ini juga merupakan suatu pencapaian penting bagi komuniti pengangkutan dengan kombinasi keupayaan utama yang menyediakan bandar dan agensi dengan satu set penyelesaian TransitTech yang fleksibel bagi memenuhi keperluan mereka yang semakin meningkat.

Tentang Via:
Ditubuhkan pada tahun 2012, Via mempelopori kategori TransitTech dengan menggunakan teknologi baharu untuk memperkasakan sistem mobiliti awam, mengoptimumkan rangkaian pengangkutan dinamik, bas, kenderaan yang boleh diakses dengan kerusi roda, bas sekolah dan kenderaan autonomi di seluruh dunia. Dengan membina rangkaian pengangkutan yang paling cekap, saksama dan lestari di dunia untuk semua penunggang — termasuk mereka yang mempunyai mobiliti terhad, mereka yang tiada telefon pintar dan populasi yang tidak menggunakan khidmat perbankan — Via bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk mengurangkan kos transit awam dan menyediakan pilihan yang boleh diakses yang setanding dengan kemudahan kereta peribadi dengan impak alam sekitar yang lebih rendah. Dalam sektor pengangkutan dan teknologi, Via merupakan peneraju pasaran yang berwawasan yang menggabungkan inovasi perisian dengan reka bentuk perkhidmatan yang canggih serta kepakaran operasi untuk memperbaiki sistem pengangkutan dunia, dengan lebih 200 rakan kongsi global di lima benua dan banyak lagi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1453082/via_remix_deployment_map.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/944105/Via_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Via
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Acquisitions, mergers, takeovers