omniture

KVD Beauty Mengumumkan Miryam Lumpini sebagai Pengarah Kesenian Tatu Global Baharu, Mengungkap Fasa Ikonik Seterusnya agar Jenama tersebut Mempengaruhi Industri Alat Solek

KVD Beauty
2021-03-10 22:44

SAN FRANCISCO, 10 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Dengan semangat yang menongkah arus dan tidak kenal erti gentar, KVD telah menggegarkan industri pada tahun 2008 dengan pendekatannya dalam bidang kecantikan yang di luar kebiasaan. Jika bertatu dilabel sebagai 'orang asing', jenama tersebut mencabar arus semasa dan menanamkan tanda peribadi ini ke dalam DNAnya, menggalakkan tindakan tersebut sebagai suatu bentuk seni ekspresi diri yang artistik. Pada hari ini, jenama tersebut memulakan fasa seterusnya yang kini dikenali sebagai KVD Beauty, melancarkan imej jenama yang segar dan misi yang lebih bertenaga dengan memperkenalkan artis-artis baharunya.


Nama baharu KVD Beauty akan mengekalkan parap legasinya tetapi ia membawa makna yang berbeza apabila jenama tersebut bergerak ke dalam fasa baharu. KVD kini bererti Kara, Veritas, Decora—dalam bahasa Latin yang bermaksud Nilai, Kebenaran, Kecantikan.

KVD Beauty memberikan alat untuk anda menghidupkan kecantikan yang sebenar: Dengan alat solek yang berprestasi dan berpigmen tinggi, ia menampilkan kreativiti ekspresi diri yang tiada batasan. Jenama ini percaya kepada nilai-nilai seperti menghargai orang asing, kesenian tanpa batasan, meraikan ekspresi individu dan peduli pada dunia. Menghormati planet ini dan penghuninya juga merupakan sesuatu yang amat penting. KVD dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan, bebas daripada kekejaman haiwan secara 100% dan komited untuk menjadi lebih lestari dengan cabaran untuk menggunakan pembungkusan boleh dikitar semula, bahan kitar semula pasca pengguna dan kompak isian semula.

Kedudukan jenama yang diperkemas ini mencerminkan imejan kempen baharu KVD Beauty yang dapat disaksikan pada laman webnya dan saluran media sosial dengan pelancaran tambahan dalam bahan pemasaran, pelancaran produk dan banyak lagi. Pembungkusan produk yang dikemas kini juga akan dilancarkan agar sejajar dengan penampilan baharu ini. Walaupun jenama itu sendiri akan mempunyai penampilan dan citarasa baharu yang segar, produk sedia ada yang paling laris dan digemari seperti celak mata, Tattoo Liner, Lolita Everlasting Liquid Lipstick dan Lock-It Foundation yang mempunyai peminat tegar, kesemuanya akan kekal sebagai produk berprestasi tinggi dengan formula yang sama.

Dengan kedudukan jenama baharu yang mewah, KVD Beauty mengumumkan Pengarah Kesenian Tatu Global pertamanya, Miryam Lumpini. Kini dikenali sebagai 'selebriti wanita' dalam seni tatu di Los Angeles, Lumpini membesar dalam suasana desa di Sweden dan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk meneruskan minat beliau dalam seni tatu yang akhirnya beliau hasilkan pada selebriti berprofil tinggi seperti Jhené Aiko, Keke Palmer, Kehlani dan ramai lagi. Lumpini akan bertugas sebagai pakar seni tatu dalaman jenama ini yang menyokong inisiatif kreatif melalui pembangunan reka bentuk berilhamkan tatu untuk pemasaran dan produk serta mencipta kandungan seni pada alat solek.


"Bekerjasama dengan KVD Beauty telah menjadikan impian saya suatu kenyataan," kata Lumpini. "Saya telah menjadi pengikut jenama ini sejak awal lagi—ia menjadikan budaya tatu lebih diterima dan menggalakkan komuniti untuk melihatnya sebagai satu bentuk ekspresi diri. Terdapat stigma yang dikaitkan dengan budaya tatu dan anda dilihat sebagai pemberontak sekiranya anda mempunyai tatu. KVD Beauty mengiktiraf ia sebagai satu bentuk seni dan menghargai komuniti artis seperti saya yang sering diabaikan dalam industri kecantikan."

Sebagai tambahan kepada bakat ini, jenama tersebut turut memperkenalkan barisan jurusolek global bertaraf dunia seperti Christian Schild (Jerman), Fanny Maurer (Perancis), Sandra Saenz (A.S.) dan Anthony Nguyen (A.S.). Kumpulan artis yang terpilih ini akan memanfaatkan pelbagai platform untuk berkongsi kemahiran mereka dengan para pelanggan dan media. Setiap artis akan bekerjasama rapat dengan jenama ini untuk ditampilkan dalam akhbar, sesi fotografi dan editorial, mengajar dalam kelas pakar global, mencipta kandungan eksklusif pada saluran media sosial jenama dan banyak lagi.


Anthony Nguyen (A.S.): "Alat solek telah menjadi saluran kreatif saya untuk bercerita dan dengan kepelbagaian produk KVD Beauty, ia tidak akan ada penghujungnya. Saya amat teruja dapat bekerjasama dengan KVD Beauty sebagai Duta Kesenian Veritas Global pada tahun ini dan tidak sabar untuk berkongsi serta mencipta karya seni dengan anda semua!"

Strategi jenama dan pemasaran baharu ini diterajui oleh dua veteran industri kecantikan, Sarah Koch, Naib Presiden Kanan merangkap Pengurus Besar Kendo Brands dan Tara Loftis, Naib Presiden Pemasaran dan Perhubungan Awam Global Kendo Brands. Pengalaman Loftis selama lebih 15 tahun dalam pemasaran strategik telah membantu membangun dan mengembangkan jenama ikonik dalam portfolio Kendo Brands serta Too Faced yang menjadi kegemaran dalam industri kecantikan. Sarah Koch telah menghabiskan selama lebih 15 tahun daripada kerjaya peruncitannya dalam bidang kecantikan dengan mengkhusus dalam pembinaan jenama dan inkubasi di Kendo Brands dan Sephora, Amerika Utara. Beliau telah diiktiraf melalui usaha pembinaan semula jenama Kendo yang lain, OLEHENRIKSEN dan kini menyelia keseluruhan pengurusan jenama global strategik KVD Beauty dan Bite Beauty sebagai tambahan kepada OLEHENRIKSEN di Kendo Brands.

"KVD Beauty mempunyai sejarah hampir 13 tahun dalam mencipta produk terlaris yang memenangi anugerah dan luar biasa—kini tiba masanya untuk kami hidupkan semula jenama dan berhubung kembali dengan pengguna dengan penuh ketulusan. Ini merupakan permulaan kepada suatu fasa penting dan penting bagi kami untuk mereka suatu pelan pemasaran terbaik di samping menyelaraskannya dengan bakat seni terbaik yang mencerminkan dan menghormati warisan jenama kami di bidang tatu dan solekan," kata Loftis.

"Oleh kerana pengguna dan industri kecantikan kami sentiasa berkembang, begitu juga dengan warisan KVD Beauty," kata Koch. "Imejan kempen dan lambang yang dikemas kini mencerminkan fasa baharu jenama ini, dengan perjuangan seni kami yang tiada batasan, meraikan individu dan menjaga planet ini. Kami tidak sabar untuk berkongsi imejan, artis dan produk baharu kami dengan dunia."

Untuk maklumat lanjut, sila layari kvdbeauty.com dan berhubung dengan kami di @KVDBeauty di Instagram, TikTok, YouTube, Twitter dan Facebook.

TENTANG KVD BEAUTY:

KVD Beauty bererti Kara, Veritas, DecoraNilai, Kebenaran, Kecantikan—kerana kebenaran anda sangat bernilai dan cantik. Kami mencipta alat solek berprestasi tinggi dan berpigmen tinggi yang diilhamkan oleh seni tatu seperti Tattoo Liner kami yang memenangi anugerah dan berada pada kedudukan #1. Dengan pigmen seperti dakwat yang tahan lama dan berketepatan jarum tajam, ia merupakan ciri unik celak mata cecair yang tiada tandingan. Namun, keutamaan kami adalah lebih daripada sekadar prestasi: Alat solek kami dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada kekejaman haiwan secara 100%, kami mengambil berat tentang planet ini dan kami memperjuangkan semua bentuk seni—bukan sekadar alat solek. Kami menghargai individu melalui ekspresi diri yang artistik dan kreativiti yang tiada batasan. Dan yang paling penting, kami memberi anda alat untuk menghidupkan kecantikan sebenar anda.

TENTANG KENDO

KENDO BRANDS mengendalikan dan memiliki sepenuhnya KVD BEAUTY. KENDO ialah sebuah syarikat inkubator jenama kecantikan inovatif yang mencipta dan memperoleh jenama kecantikan dan mengubahnya menjadi kuasa global: FENTY Beauty by Rihanna, OLEHENRIKSEN Skincare, Marc Jacobs Beauty, Bite Beauty, Lip Lab Stores dan KVD Beauty. Pejabat-pejabat KENDO terletak di San Francisco, Paris, Dubai, London, São Paulo, Sydney dan Singapura.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1451767/kvd_beauty_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1451765/kvd_beauty_2.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1451764/kvd_beauty_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1451766/KVD_Beauty_Logo.jpg?p=medium600  

Source: KVD Beauty
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements