omniture

Biopsi Cecair Tidak Invasif untuk Membantu Diagnosis Kanser Memperoleh Pensijilan CE

Datar Cancer Genetics
2021-03-11 13:17 35

LONDON, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Datar Cancer Genetics, peneraju global dalam diagnostik kanser tidak invasif, telah menerima Tanda Conformité Européenne (CE) untuk penyelesaian TruBlood yang inovatif, suatu paradigma baharu dalam pengesanan, diagnosis dan pengurusan kanser.

TruBlood ialah sejenis ujian berasaskan darah yang tidak invasif untuk penilaian diagnostik ke atas kes-kes penyakit yang disyaki sebagai kanser dan disyorkan untuk melakukan biopsi. Tanda CE tersebut mengesahkan bahawa TruBlood memenuhi syarat-syarat Arahan Peranti Perubatan Eropah. Datar Group mencadangkan untuk mengkomersialkan penyelesaian tersebut ke seluruh United Kingdom, Kesatuan Eropah dan wilayah lain yang mengiktiraf Tanda CE.

Penyelesaian TruBlood menilai kehadiran kluster kecil sel tumor yang beredar (C-ETACS) yang ditunjukkan oleh prevalen yang tinggi dalam darah pesakit kanser dan tidak boleh dikesan pada individu yang tidak menghidap kanser. Ujian ini akan sangat membantu individu yang memberitahu doktor mereka tentang ketumbuhan yang mencurigakan di payudara, paru-paru, prostat, usus besar, otak yang mungkin menandakan malignansi.

Sebahagian besar kes yang disyaki seperti itu, kebiasaannya hanya tumor yang tidak berbahaya dan tidak memerlukan biopsi konvensional invasif, sumber daya intensif yang selalunya menyakitkan dan berisiko. Ujian darah yang inovatif juga boleh membantu dalam diagnosis kes-kes yang tidak sesuai untuk dilakukan biopsi invasif atas pelbagai sebab seperti tumor yang berdekatan dengan organ penting atau saluran darah atau kepada pesakit yang turut mengalami morbiditi.

Datar Group berhasrat untuk menawarkan TruBlood sebagai penilaian diagnostik yang mesra pesakit dan berisiko rendah untuk laluan penjagaan klinikal bagi memberi keutamaan kepada pesakit yang dikesan dengan C-ETAC untuk biopsi dan mereka yang negatif C-ETAC boleh dipertimbangkan untuk penilaian kemudian atau menjalani langkah-langkah diagnostik alternatif.

TruBlood menandakan suatu peningkatan yang pantas dalam diagnostik kanser dan Datar Group meramalkan ujian tidak invasif ini akan memanfaatkan penyedia penjagaan kesihatan dan pesakit dengan menggabungkan kemajuan terkini dalam teknologi genomik dan biologi kanser untuk meningkatkan keselamatan dan keberkesanan. Kelebihan utama TruBlood ialah ia tidak invasif, pesakit tidak perlu dimasukkan ke hospital dan ia mempunyai kekhususan dan kepekaan yang cemerlang.

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Dr. Tim Crook, Pakar Onkologi Perubatan di Mid Essex Health Trust berkata, "TruBlood ialah satu penyelidikan inovatif yang memudahkan diagnosis pelbagai jenis kanser daripada sampel darah yang ringkas. Ia menggunakan analisis genomik canggih untuk mengenal pasti kanser dengan tahap ketepatan yang tinggi. TruBlood merupakan suatu kemajuan yang menarik dengan pelbagai kegunaan masa hadapan dalam diagnosis kanser."

Dr. Nick Plowman, Pakar Onkologi Perubatan di Hospital St. Bartholomew, London berkata, "Pengambilan kluster tumor daripada darah periferal adalah mirip kepada mikro-biopsi tumor yang tidak invasif. Agak mengejutkan, kluster sel tumor yang beredar (CTC) seperti itu berlaku walaupun pada peringkat awal kanser dan teknologi pemerkayaan yang dibangunkan oleh Datar Cancer Genetics telah meningkatkan kadar dan hasil pengesanan. Penilaian kluster sel kanser ini boleh memudahkan diagnosis sitopatologi (asal tisu). Ujian ini bukan sahaja mesra pesakit tetapi ia juga dapat mengikuti evolusi genomik kanser (serta keterusannya) semasa terapi."

Data awal yang diterbitkan untuk ujian TruBlood dalam Jurnal Kanser Antarabangsa (2019), menilai sampel darah daripada lebih 16,000 orang individu termasuk 5,000 orang pesakit kanser dan lebih 10,000 orang individu tanpa gejala kanser untuk menunjukkan C-ETAC sebagai petanda fungsi kanser organ yang kukuh. Kajian susulan dengan data penting yang diterbitkan pada tahun 2020 dalam jurnal 'Cancer Cytopathology' American Cancer Society menunjukkan cara suatu ujian darah tidak invasif (biopsi cecair) dapat membezakan dengan tepat antara tumor bukan kanser dan ketumbuhan kanser; kajian tersebut adalah berdasarkan projek kerjasama antarabangsa pelbagai institusi yang melibatkan lebih 30,000 orang peserta, termasuk kira-kira 9,000 kes kanser yang diketahui. Secara keseluruhan, pembangunan teknologi TruBlood adalah berdasarkan penilaian terhadap lebih 40,000 sampel darah dan tumor yang dinilai daripada kira-kira 22,000 orang pesakit kanser.

Tentang Datar Cancer Genetics 

Datar Cancer Genetics ialah sebuah syarikat penyelidikan kanser terkemuka yang mengkhusus dalam teknik tidak invasif untuk diagnosis, keputusan rawatan dan pengurusan kanser yang lebih baik. Pusat penyelidikan kanser canggih milik Syarikat ini ditauliahkan dengan ISO15189, CAP dan CLIA.

Penerbitan 

Tajuk: Circulating ensembles of tumor-associated cells: A redoubtable new systemic hallmark of cancer.
Jurnal: International Journal of Cancer; 146(12): 3485-3494.
DOI: https://doi.org/10.1002/ijc.32815

Tajuk: Evaluation of circulating tumor cell clusters for pan-cancer non-invasive diagnostic triaging. 
Jurnal: Cancer Cytopathol. 2020 Sep 30.
DOI: 10.1002/cncy.22366

Pautan Penerbitan Laman Web: - https://datarpgx.com/publications/

Laman Web datarpgx.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1086492/Datar_Cancer_Genetics_Logo.jpg?p=medium600

Source: Datar Cancer Genetics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services