omniture

ASIA'S 50 BEST RESTAURANTS Menganugerahkan Inedit Damm Chefs' Choice Award kepada Chef Mingoo Kang dari Mingles, Seoul

ASIA’S 50 BEST RESTAURANTS
2021-03-11 16:00 40

SEOUL, Korea Selatan, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Asia's 50 Best Restaurants telah mengumumkan Mingoo Kang dari Mingles di Seoul, Korea Selatan sebagai penerima anugerah Inedit Damm Chefs' Choice Award untuk tahun 2021. Kejayaan beliau adalah hasil undian rakan-rakan chef untuk senarai Asia's 50 Best Restaurants dan anugerah tersebut mengiktiraf sumbangan Chef Kang dalam bidang kulinari Asia.

 

Asia’s 50 Best Restaurants has announced that Mingoo Kang of Mingles in Seoul, South Korea, is the 2021 recipient of the Inedit Damm Chefs’ Choice Award.
Asia’s 50 Best Restaurants has announced that Mingoo Kang of Mingles in Seoul, South Korea, is the 2021 recipient of the Inedit Damm Chefs’ Choice Award.

Kang dihormati oleh para ahli gastronomi terkenal di Asia kerana usaha gigih beliau memperluas kepelbagaian masakan Korea sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Restoran utama beliau, Mingles telah muncul buat pertama kali dalam senarai Asia's 50 Best Restaurants pada tahun 2016 dengan menduduki tempat ke-15. Selain menerima anugerah Highest New Entry, ia juga dinobatkan sebagai Restoran Terbaik di Korea selama lima tahun berturut-turut.

Memanfaatkan warisan kulinari beliau, Kang menggunakan jang (gabungan tiga jenis sos penapaian tradisional Korea) dan herba tempatan bermusim untuk menghasilkan citarasa asli masakan Korea. Walaupun menu tujuh hidangan yang diilhamkan oleh Mingles mengagungkan citarasa hansik (masakan Korea) tradisional, ia juga mempamerkan kepakaran teknikal, bakat kreatif dan pengalaman antarabangsa Kang. Pada bulan Julai 2020 yang lalu, Kang telah membawa pendekatan inovatifnya dalam masakan Korea ke luar negara buat pertama kali melalui pembukaan Hansik Goo di Hong Kong.

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Melalui anugerah Inedit Damm Chefs' Choice Award, rakan-rakan seangkatan Chef Mingoo Kang telah menunjukkan rasa hormat mereka terhadap bakat dan kesenian serta kemampuan beliau memupuk budaya kulinari Korea di peringkat antarabangsa."

Kang yang menjadi inovator kepada kemajuan masakan Korea yang baharu, merupakan graduan Universiti Kyonggi sebelum menjalani latihan di Ritz-Carlton di Florida. Berdedikasi untuk belajar tentang masakan antarabangsa, beliau terus mengasah kemahiran kulinarinya di bawah bimbingan pakar masakan dari Basque, Martín Berasategui dan kemudiannya, menyertai Nobu di Miami dan Bahamas sebagai ketua chef termuda di restoran tersebut.

Ketika menerima anugerah tersebut, Kang menyatakan: "Saya amat bersyukur menerima anugerah Inedit Damm Chefs' Choice Award ini. Anugerah ini adalah amat istimewa kerana ia diundi oleh chef-chef lain yang berkongsi minat dengan saya tentang kecemerlangan."

Majlis anugerah tahunan Asia's 50 Best Restaurants ini akan disiarkan pada hari Khamis, 25 Mac, bermula dari jam 4.30 petang (HK/SG; 5.30 petang JPN) kepada penonton global melalui Facebook Asia's 50 Best Restaurants, saluran YouTube 50 Best Restaurants TV dan Zoom.

Sila hubungi:  CatchOn, A Finn Partners Company
E-mel: asias50best@finnpartners.com
Telefon: +852 2566 8988

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1453598/asia_50_best_restaurants.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1441574/Asias50Best_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: ASIA’S 50 BEST RESTAURANTS
Keywords: Food/Beverages Publishing/Information Service Restaurants Retail Awards Survey, Polls & Research