Selepas setahun mengalami cabaran yang luar biasa, koleksi baharu ini meraikan wira yang tidak didendang
HONG KONG, 16 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Untuk menyokong pemulihan sektor hospitaliti, Asia's 50 Best Restaurants – dengan kerjasama S.Pellegrino and Acqua Panna – mengumumkan "Essence of Asia", suatu koleksi restoran yang tidak dinilai mengikut kedudukan bagi mewakili semangat gastronomi Asia.
William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Bagi pihak pasukan 50 Best, kami berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi Essence of Asia ini. Pada ketika restoran memerlukan sokongan kami, koleksi ini menawarkan panduan yang tidak ternilai untuk beberapa pengalaman menjamu selera yang paling asli dan pelbagai di Asia kepada para pelancong dan gourmet. Mencerminkan bidang gastronomi yang luas di rantau ini, ia terdiri daripada pelbagai perniagaan yang merangkumi penjual jalanan, institusi yang tidak lapuk ditelan zaman, perniagaan dermawan dan pendatang baharu."
Koleksi ini terdiri daripada perniagaan di 49 buah bandar merentasi 20 buah negara dan wilayah yang merangkumi Pakistan hingga ke Jepun. Restoran-restoran ini memberi penghormatan kepada tradisi kulinari, mencipta semula masakan asli dan memberi nafas baharu kepada resipi turun-temurun di samping memainkan peranan penting dalam komuniti mereka.
Koleksi Essence of Asia dibuat berdasarkan cadangan daripada cef-cef Asia's 50 Best Restaurants 2020 dan 2021, 50 Best's Academy Chairs serta gourmet yang dipercayai di rantau ini.
Disusun mengikut negara, koleksi Essence of Asia ini tidak dinilai mengikut kedudukan demi meraikan keunikan setiap restoran. Untuk set lengkap restoran yang membentuk koleksi Essence of Asia, sila klik di sini atau akses video di sini.
Perbincangan berkenaan Essence of Asia diteruskan dengan #50BestTalks, satu siri wawancara eksklusif dalam talian yang menampilkan beberapa cef terkemuka dan pemimpin pemikir di rantau ini. Dengan dua janji temu di laman Facebook Asia's 50 Best Restaurants, #50BestTalks akan menyaksikan cef terkenal, Gaggan Anand dan Margarita Forés melakukan penjelajahan kulinari di bandar masing-masing – Bangkok dan Manila – untuk mengunjungi restoran Essence of Asia dan memberikan gambaran unik tentang pekerjaan mereka dan kisah menarik di sebalik hidangan istimewa mereka kepada para penonton. Sila tonton pada jam 16:00 waktu Singapura/HK pada hari Khamis, 18 Mac dan hari Sabtu, 20 Mac untuk mengikuti aksi tersebut secara langsung.
Pemilihan yang tidak dinilai mengikut kedudukan ini melengkapkan edisi kesembilan senarai Asia's 50 Best Restaurants yang ditaja oleh S.Pellegrino and Acqua Panna, yang akan disiarkan pada hari Khamis, 25 Mac, bermula dari jam 4:30 petang (HK/SG; 5:30 petang JPN) melalui Facebook Asia's 50 Best Restaurants, saluran YouTube 50 Best Restaurants TV dan Zoom.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1455248/essence_of_asia.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1455247/Essence_of_Asia_Logo.jpg?p=medium600
Sila hubungi:
CatchOn, A Finn Partners Company
E-mel: asias50best@finnpartners.com
Telefon: +852 2566 8988