omniture

Kincsem melantik CALLUM untuk reka bentuk kereta Hiper

Kincsem
2021-03-17 14:00 36

ZUG, Switzerland, 17 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Jenama digital baharu yang mewah, Kincsem, telah melantik CALLUM di bawah pimpinan Ian Callum CBE yang dinobatkan sebagai Pereka Kereta Terbaik Tahunan GQ baru-baru ini, untuk menghasilkan reka bentuk kereta hiper elektrik serba baharu.

Kincsem appoints CALLUM for Hyper-car design brief
Kincsem appoints CALLUM for Hyper-car design brief

Kincsem mengutamakan pendigitalan dalam setiap aspek tanpa sebarang kekangan. Visi pengasas berketurunan Hungary, Tibor Bak adalah untuk menggabungkan bakat terbaik di dunia dengan teknologi terkini bagi membangunkan produk berprestasi tinggi yang direka bentuk dengan indah. Bermula daripada kewangan, pembuatan yang tangkas dan reka bentuk A.I., jenama ini mempelopori penyepaduan digital dalam setiap aspek. Bak membawa bersama kesemua pengalaman dan kemahiran perindustrian yang luas untuk menginovasi perkongsian baharu dan belum dimanfaatkan serta kaedah untuk menghasilkan portfolio pelbagai produk jenama tersebut dan Hyper-GT ini merupakan pelancaran pertamanya.

"Kisah kuda Kincsem menjadi inspirasi di sebalik jenama ini; etos di sebalik latihannya telah menjadi perintis dan oleh sebab itu, pencapaiannya kekal tiada tandingan. Pendekatan perintis kami terhadap teknologi digital membolehkan kami mencipta tanpa kekangan dan menjadikan individu sebagai teras kepada proses reka bentuk. Pelanggan kami akan mengalami tahap personalisasi dinamik baharu buat julung kali," ulas Tibor Bak.

"Hyper-GT Kincsem yang direka bentuk oleh Ian Callum menggabungkan mod integrasi digital baharu ke dalam pembangunan, reka bentuk, pembuatan dan pemilikan. Keupayaan yang dihasilkan oleh era digital baharu yang diperkuat membolehkan kami membantu pelanggan memasuki 'keadaan aliran' yang disebut oleh atlet sebagai 'The Zone', menawarkan tahap personalisasi dan kawalan dinamik yang belum pernah tercapai sebelum ini." 

Kincsem ialah seekor kuda lumba Hungary yang terkenal di dunia yang tidak pernah ditewaskan dalam lebih 54 perlumbaan di sepanjang perkhidmatannya. Hyper-GT baharu ini meraikan legasinya dengan menghasilkan hanya 54 buah kenderaan mewah yang diperbuat di UK. Kenderaan ini menampilkan sebuah rangkaian kuasa hibrid berdasarkan F1 dengan keligatan tinggi revolusioner, dengan serahan yang bermula pada tahun 2023.

Menenggelamkan pilihan personalisasi pelanggan yang tersedia pada masa sekarang, Hyper-GT akan memperkenalkan pengalaman "Kejuruteraan Peribadi" baharu kepada setiap pemilik melalui sebuah kereta yang menggabungkan tindak balas pemandu dengan kemampuan pelepasan karbon sifar. Harganya masih belum disahkan tetapi akan bersaing dalam kedudukan tertinggi bagi kumpulan kereta-kereta mewah.

Pelantikan CALLUM merupakan yang pertama daripada beberapa perkongsian berprofil tinggi yang akan diumumkan dengan memanfaatkan reka bentuk, kejuruteraan dan bakat pengeluaran terbaik di seluruh dunia. Penyertaan CALLUM membawa salasilah yang tiada tandingan kepada projek tersebut yang akan dilancarkan sepenuhnya pada akhir tahun 2021 dan kereta baharu ini mewakili pemerkasaan dan garis panduan umum untuk pasukan reka bentuk.

"Dengan Kincsem, kami mempunyai keistimewaan luar biasa bukan sahaja untuk mencipta kereta yang cantik, malah menghasilkan suatu isyarat reka bentuk jenama mewah yang inovatif," kata Ian Callum yang mengetuai pasukan reka bentuk CALLUM.

"Adalah menyegarkan apabila Kincsem menyatakan bahawa tiada sebarang peraturan dan ini membolehkan kami bertanya 'Sekiranya kami boleh melakukan apa sahaja yang kami mahu, apakah yang patut kami lakukan?' Ia merupakan salah satu peluang yang paling menarik bagi setiap pereka bentuk. Pasukan CALLUM amat teruja untuk memulakan tugas."  

Etos Kincsem dalam penglibatan pelanggan yang tiada tandingan akan ditunjukkan pada pelbagai produk, perkhidmatan dan pengalaman yang diungkap dengan peredaran masa. Ini akan merangkumi pelancaran SUV berprestasi mewah yang menampilkan keupayaan pemanduan dan Kejuruteraan Peribadi yang sama seperti kereta Hyper-GT tersebut.

Nota kepada editor di sini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1456391/kincsem_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1456392/kincsem_2.jpg?p=medium600

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
press@kincsemmediasite.com 
+44 (0)7407 312818

 

Kincsem appoints CALLUM for Hyper-car design brief
Kincsem appoints CALLUM for Hyper-car design brief

 

Source: Kincsem
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Retail Transportation Contracts Financial Technology