omniture

Hospital Apollo di India menjadi Hospital Asia pertama yang menjalankan empat prosedur MitraClip berturut-turut dalam masa sehari

Apollo Hospitals
2021-03-17 19:53 69

CHENNAI, India, 17 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Kumpulan Hospital Apollo, salah satu kumpulan penjagaan kesihatan di Asia yang terbesar dan paling dipercayai, mencatatkan pencapaian rekod dengan kejayaannya menyelesaikan empat prosedur MitraClip berturut-turut dalam masa satu hari. Implan MitraClip dijalankan pada empat orang pesakit yang mengalami kegagalan jantung yang teruk pada hari yang sama.  Rekod ini mengatasi rekod Jepun yang menjalankan prosedur MitraClip pada tiga orang pesakit dalam masa sehari.

Apollo Hospitals, India becomes the first Asian Hospital to perform four consecutive MitraClip procedures in a day
Apollo Hospitals, India becomes the first Asian Hospital to perform four consecutive MitraClip procedures in a day

Dr Sai Satish, Pakar Kardiologi Intervensi Kanan, Hospital Apollo di Chennai yang menjalankan keempat-empat prosedur tersebut. Kaedah invasif minimum yang digunakan untuk implan MitraClip membolehkan pemulihan injap mitral yang bocor tanpa melalui pembedahan jantung secara terbuka dan ini merupakan penyelamat kepada pesakit yang berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan. Keempat-empat pesakit, yang tertua berusia 87 tahun, pulang ke rumah dalam masa 3 hari dan kini menjalani kehidupan dengan baik.

Dr Prathap C Reddy, Pengerusi, Kumpulan Hospital Apollo berkata, "Ia amat membanggakan apabila Hospital Apollo terpilih antara beberapa buah hospital yang diiktiraf di India untuk melaksanakan prosedur MitraClip dan menyaksikan pakar bedah kami mencapai kejayaan pertama seperti ini di benua Asia."

Cik Suneeta Reddy, Pengarah Urusan Kumpulan Hospital Apollo  berkata, "Bagi mengekalkan inisiatif terkemuka industri dalam membawakan teknologi terbaik dan terkini di bidang perubatan untuk manfaat pesakit di India, kami memperkenalkan MitraClip sebagai rawatan kepada pesakit yang mengalami kebocoran injap mitral, satu keadaan yang mempunyai kaedah rawatan yang terlalu sedikit, terutama untuk warga emas berusia 80-an."

Dr. Sai Satish, Pakar Kardiologi Intervensi Kanan Hospital Apollo berkata,"Kini, kami telah menjalankan prosedur MitraClip selama kira-kira tiga tahun. Keyakinan yang diperoleh melalui pengalaman kami yang luas membolehkan kami melaksanakan implan MitraClip berturut-turut pada empat pesakit yang teruk dalam hanya satu hari."

Dr. Sai Satish telah mengetuai prosedur pembedahan injap mitral secara konsisten dengan jumlah implan MitraClip tertinggi di India dan telah menjalankan prosedur terhadap lebih 60% kes di India sejak ia diperkenalkan di negara tersebut.

Hospital Apollo juga sedang membangunkan Projek Echo Connect untuk membantu pesakit yang mengalami kebocoran injap mitral di seluruh negara dengan ekokardiografi yang dijalankan setempat dan merujuk kepada pusat apeks jantung di Apollo Chennai untuk prosedur MitraClip yang menyelamatkan nyawa. Hospital Apollo menerajui ketersediaan MitraClip apabila ia menjadi standard penjagaan pesakit yang mengalami kegagalan jantung yang tidak menunjukkan peningkatan melalui pengambilan ubat-ubatan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: saurabh_bose@apollohospitals.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1457169/apollo_hospitals_mitraclip.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1310950/Apollo_Hospitals_Logo.jpg?p=medium600

Source: Apollo Hospitals
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Asian-related news Feature News Releases