omniture

GenScript terima "Anugerah Organisasi Penyelidikan Kontrak Terbaik" dalam Upacara Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Biopemprosesan Asia-Pasifik Tahunan ke-4 2021

GenScript Biotech Singapore Pte Ltd
2021-03-18 11:17 220

SINGAPURA, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation ("GenScript", Kod Saham: 1548.HK) menerima "Anugerah Organisasi Penyelidikan Kontrak Terbaik" dalam Upacara Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Biopemprosesan Asia Pasifik Tahunan ke-4 2021 yang diadakan pada 16 Mac 2021.

Anugerah ini menyusuli segmen CDMO GenScript, pengiktirafan GenScript Probio di Anugerah Kecemerlangan Biopemprosesan Korea pada tahun 2020 bagi "Kecemerlangan Biopemprosesan dalam Perkhidmatan CDMO".

En. Johnson Wang, Presiden GenScript Asia Pacific Division memberikan ucapan semasa Anugerah Biopemprosesan Asia Pasifik Ke-4
En. Johnson Wang, Presiden GenScript Asia Pacific Division memberikan ucapan semasa Anugerah Biopemprosesan Asia Pasifik Ke-4

Anugerah Kecemerlangan Biopemprosesan Asia-Pasifik bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pakar, organisasi dan teknologi biopemprosesan luar biasa, yang memudahkan kecemerlangan pembuatan bio pada kelajuan yang dipertingkat, kos yang dikurangkan dan kualiti unggul. GenScript diiktiraf kerana menyediakan perkhidmatan CRO yang cemerlang dengan keupayaan teknikal yang mantap serta kos yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.

GenScript ialah penyedia perkhidmatan dan produk penyelidikan serta aplikasi sains hayat terkemuka global dengan keupayaan yang terbaik dalam kelas merangkumi sintesis gen, biologi molekul, sintesis peptida, antibodi tersuai, ekspresi protein, perkhidmatan kejuruteraan antibodi dan protein serta farmakologi in-vitro dan in-vivo. Memanfaatkan teknologi dan pengetahuan proprietari Kumpulan berkenaan, GenScript mewujudkan platform utama termasuk platform organisasi penyelidikan kontrak ("CRO") bagi menyediakan penyelesaian sehenti untuk komuniti penyelidikan global.

"Kami berbesar hati kerana memenangi anugerah berprestij ini untuk organisasi penyelidikan kontrak terbaik, diiktiraf oleh industri dalam kategori ini merupakan bukti sebenar kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh GenScript," kata En. Johnson Wang, Presiden GenScript Bahagian Asia Pasifik. "Satu komitmen untuk menjalin beberapa perkongsian bersama pelanggan kami bagi menjamin kualiti perkhidmatan kami dan tekal melangkaui jangkaan mereka merupakan satu nilai asas untuk pasukan global kami yang berkemahiran tinggi. Salah satu contohnya ialah kit cPass™ yang mana kami berkolaborasi dengan Prof Wang Linfa daripada Duke-NUS Medical School Singapura dan hab Pembangunan Diagnostik A*Star bagi melancarkan kit yang pertama di dunia yang dapat mengesan antibodi peneutralan fungsian. Kami akan terus menyediakan dan membawakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada komuniti penyelidikan di rantau Asia Pasifik dan juga seluruh pelosok dunia."

Latar Belakang GenScript Biotech Corporation

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah kumpulan bioteknologi global. Berdasarkan teknologi sintesis gen terkemukanya, GenScript telah membangunkan empat platform utama termasuk platform terapi sel global, platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak biologik (CDMO), platform organisasi penyelidikan kontrak (CRO) dan platform produk sintesis industri.

GenScript ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript mencakupi lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan entiti sah yang terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript menyediakan produk dan perkhidmatan premium, mudah dan andal untuk lebih 100,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut kunjungi http://www.genscript.com.

Source: GenScript Biotech Singapore Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Awards