omniture

Bencana pergigian: Setahun setelah sekatan pergerakan yang pertama, doktor gigi di seluruh dunia berhadapan dengan kesihatan oral orang ramai akibat pandemik COVID-19: insiden kerosakan gigi yang lebih tinggi dan penyakit gusi yang lebih serius

FDI World Dental Federation
2021-03-18 15:00 42

 

Perubahan rutin: pesakit tidak memberus gigi dua kali sehari, memakan makanan ringan antara waktu makan utama di rumah dan tidak berjumpa dengan doktor pergigian 

GENEVA, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Menjelang Hari Kesihatan Oral Sedunia (World Oral Health Day, WOHD) pada hari Sabtu 20 Mac dan setelah setahun berlakunya pandemik ini, anggota dan ahli majlis FDI menyatakan bahawa mereka menyaksikan bencana kesihatan gigi dan gusi disebabkan virus ini buat kali pertama, akibat perubahan dalam amalan pergigian di seluruh dunia.

"Mari kita namakan ia sebagai—bencana pergigian," kata Dr. Gerhard Konrad Seeberger, Presiden Persekutuan Pergigian Sedunia FDI . "Sekatan pergerakan sudah pastinya menjadi penyebab dalam kemerosotan kesihatan oral tetapi ia tidak memberi gambaran secara keseluruhan."

Semasa gelombang pertama pandemik COVID-19, amalan kesihatan pergigian di seluruh dunia terpaksa dihentikan. Selama dua hingga tiga bulan, semua janji temu pergigian perlu ditangguhkan atau dibatalkan kecuali untuk rawatan kecemasan segera. Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan bahawa perkhidmatan kesihatan oral merupakan antara perkhidmatan kesihatan yang paling terjejas disebabkan pandemik COVID-19, dengan 77 peratus negara melaporkan gangguan sebahagian atau sepenuhnya.

- Rujuk silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

Antara gelombang pertama dan kedua, amalan kesihatan pergigian di kebanyakan negara dapat beroperasi semula. Doktor pergigian sentiasa mematuhi protokol pencegahan dan kawalan jangkitan yang amat ketat dan juga telah menyemak semula langkah-langkah kebersihan yang dimandatkan oleh kerajaan semasa pandemik COVID-19. Di samping itu, satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa para profesional kesihatan oral mempunyai kadar jangkitan SARS-CoV-2 yang jauh lebih rendah berbanding pekerja penjagaan kesihatan yang lain di kebanyakan bahagian di dunia.

Namun, ramai pesakit yang masih mengelak daripada melakukan pemeriksaan rutin dan hanya bertemu dengan doktor pergigian apabila mereka mengalami kesakitan yang melampau. Ramai pesakit yang mengalami kerosakan gigi yang serius dan komplikasi yang berkaitan termasuk jangkitan yang menjadikan rawatan lebih kompleks.

Kini, doktor pergigian berhadapan dengan masalah akibat gangguan penjagaan pergigian dan rawatan selama setahun. Profesor Paulo Melo seorang Ahli Majlis FDI yang mengajar dan mengamalkan pergigian di Porto, Portugal telah menyaksikan sedozen pesakit berisiko tinggi yang takut dijangkiti COVID-19 dan menangguhkan janji temu mereka. Pesakit berisiko tinggi digalakkan untuk melakukan pemeriksaan gigi setiap tiga hingga enam bulan. Sebaliknya, ramai pesakit telah menunggu selama sembilan bulan hingga setahun atau lebih untuk janji temu. Ramai pesakit yang melaporkan mengalami sakit gigi dan komplikasi yang teruk yang membawa kepada pencabutan gigi atau rawatan endodontik.

"Semasa pandemik, pesakit berisiko tinggi cenderung mengalami lebih daripada satu masalah dan sering mengalami tiga atau empat masalah pada masa yang sama kerana tiada pemeriksaan gigi dilakukan dalam tempoh yang lama," kata Melo. "Masalah yang biasanya dialami adalah seperti lesi karies dan penyakit gusi."

"Karies gigi yang boleh dirawat dengan pemulihan ringkas kini telah sampai pada tahap periodontitis apeks dan abses yang memerlukan rawatan yang lebih canggih," kata Dr. Vanishree MK seorang Profesor di Public Health Dentistry yang berpangkalan di Bangalore, India. "Pesakit perlu mengenepikan perasaan takut mereka dan tidak menangguh rawatan pergigian rutin yang penting."

"Salah satu akibat pandemik yang ketara ialah masalah kesihatan oral yang tidak dianggap penting semasa berlakunya pandemik ini yang akhirnya menjadi amat penting apabila terpaksa menunggu hingga dua bulan bagi mendapatkan rawatan," kata Dr. Maria Fernanda Atuesta Mondragon, Presiden Persekutuan Pergigian Colombia dan Ahli Majlis FDI. "Kami telah melihat beberapa orang pesakit yang menjalani rawatan ortodontik akibat kehilangan ruang gigi yang dicipta supaya gigi mereka dapat diselaraskan, sementara pesakit yang lain mengalami masalah periodontal yang ketara."

"Golongan remaja kebiasaannya mengalami karies gigi dan saya telah melihat tahap kerosakan gigi yang semakin meningkat dalam kumpulan umur ini," kata Dr. Nahawand Abdulrahman Thabet pengamal kesihatan pergigian di Kaherah, Mesir dan merupakan Ahli Majlis FDI. "Seorang pesakit saya yang berusia 15 tahun telah mengakui bahawa dia memakan makanan ringan yang lebih banyak ketika terkurung di rumah sejak sekolahnya ditutup. Saya membayangkan ribuan kanak-kanak seusianya berada dalam situasi yang sama."

Larangan pergerakan yang berulang serta arahan sekatan pergerakan terhadap orang ramai dan bekerja di rumah sewaktu pandemik ini telah menyumbang kepada perubahan tabiat dan tingkah laku harian yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan oral orang ramai.

Menjadikan tabiat penjagaan oral yang baik seperti memberus gigi pada waktu siang dan malam adalah penting menurut kajian penyelidikan global1 yang dijalankan oleh Unilever mendapati bahawa kanak-kanak meniru tingkah laku ibu bapa yang menjejaskan kesihatan mereka sendiri. Kanak-kanak adalah tujuh kali lebih cenderung untuk tidak memberus gigi jika ibu bapa mereka tidak memberus gigi pada waktu siang dan malam. Doktor pergigian yang ditinjau bersetuju bahawa perubahan dalam tabiat penjagaan oral kanak-kanak berpunca daripada perubahan rutin ibu bapa. Walaupun menghadapi cabaran yang berterusan akibat pandemik, namun adalah penting bagi ibu bapa untuk mengutamakan rutin penjagaan oral mereka serta anak-anak mereka.

Dr. Seeberger menekankan bahawa "Orang ramai tidak perlu takut untuk bertemu dengan doktor pergigian. Melindungi kesihatan oral adalah amat penting bagi memastikan kesihatan umum, kesejahteraan dan kualiti hidup yang baik."

Maklumat lanjut: Protect your oral health during the COVID-19 pandemic (Lembaran fakta)

Tentang Hari Kesihatan Oral Sedunia
Disambut setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh Persekutuan Pergigian Sedunia FDI untuk meningkatkan kesedaran global tentang pencegahan dan kawalan penyakit oral. www.worldoralhealthday.org; https://www.instagram.com/worldoralhealthday/ #WOHD21 #MouthProud

Rakan Kongsi Global WOHD: Unilever; Penyokong WOHD: Wrigley Oral Healthcare Program, 3M, Planmeca

Tentang FDI Persekutuan Pergigian Sedunia
Persekutuan Pergigian Sedunia FDI berfungsi sebagai badan perwakilan utama untuk lebih 1 juta doktor pergigian di seluruh dunia. Keahliannya terdiri daripada 200 ahli persatuan kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara. FDI mempunyai visi untuk memimpin dunia bagi mencapai kesihatan oral yang optimum. www.fdiworlddental.org/; facebook.com/FDIWorldDentalFederation; twitter.com/FDIWorldDental; linkedin.com/company/fdiworlddentalfederation

Hubungan media:
Michael Kessler
Perhubungan Media FDI
Telefon Bimbit: + 34 655 792 699
E-mel: michael.kessler@intoon-media.com

_______________________________ 

1 Unilever Global Research Summary Report 2021: Attitudes, Behaviours and Experiences of Oral Health During the COVID-19 Pandemic was conducted in November-December 2020 with 6,734 parents in 8 countries: Bangladesh, Egypt, France, India, Indonesia, Italy, Ghana, and Vietnam (tersedia pada 19 March 2021).

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Infectious Disease Control Survey, Polls & Research