omniture

Adani Green Energy memperoleh USD 1.35 bilion dalam salah satu perjanjian pembiayaan projek terbesar di Asia

Adani Green Energy Ltd
2021-03-19 17:41 236

AHMEDABAD, India, 19 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Adani Green Energy Limited (AGEL) memperoleh pakej pinjaman bernilai USD 1.35 bilion untuk portfolio aset boleh diperbaharui yang sedang dalam pembinaan melalui perjanjian muktamad yang ditandatangani dengan sekumpulan pemberi pinjaman antarabangsa terkemuka. Kemudahan pembiayaan projek pusingan ini akan membiayai permulaan portfolio hibrid 1.69 GW bagi projek solar dan angin boleh diperbaharui untuk disediakan di empat SPV di Rajasthan, India. 

Menurut perjanjian tersebut, 12 buah bank antarabangsa - Standard Chartered Bank, Intesa Sanpaolo S.p.A, MUFG Bank, Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Coöperatieve Rabobank U.A., DBS Bank Ltd., Mizuho Bank, Ltd., BNP Paribas, Barclays Bank PLC, Deutsche Bank AG, Siemens Bank GmbH dan ING Bank N.V komited terhadap kemudahan ini yang akan menjadi pinjaman pertama untuk projek hibrid hijau yang diperakui di India. Sumber kecairan baharu ini mengukuhkan strategi AGEL untuk membiayai aset dalam pembinaan ini sepenuhnya dan merealisasikan visinya untuk meningkatkan kapasiti kepada 25 GW menjelang tahun 2025. 

Kemudahan ini merupakan unsur penting dalam pelan pengurusan modal keseluruhan AGEL dan menjadi kunci kepada pembiayaan penuh untuk aspirasi pertumbuhannya. Perjanjian muktamad ini menetapkan rangka kerja pembiayaan yang merangkumi prinsip dan prosedur yang dipersetujui dan AGEL akan berurusan dengan para pembiaya untuk meningkatkan pembiayaan dengan cekap dan pantas bagi kesemua projek seterusnya mengikut parameter ambang yang dipersetujui.

Kemudahan ini menggariskan falsafah keseluruhan pembangunan syarikat-syarikat portfolio Adani yang dilaksanakan melalui rangka kerja kecemerlangan projek yang dibangunkan secara dalaman yang komited untuk mematuhi prinsip khatulistiwa dan standard usaha wajar tertinggi yang merangkumi kesemua standard antarabangsa dalam aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Mengulas tentang perkembangan ini, Encik Vneet Jaain, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif AGEL berkata, "Kami melihat ini sebagai satu lagi pengesahan terhadap keupayaan pelaksanaan kami dalam bidang aset boleh diperbaharui. Kami komited untuk menghasilkan elektron hijau yang paling murah serta kadar dan skala yang kami laksanakan menjadikan kami lebih ke hadapan dalam bidang ini. Kami percaya bahawa mewujudkan sumber pendanaan yang pelbagai dan kukuh adalah amat penting kepada visi AGEL untuk menjadi syarikat aset boleh diperbaharui yang terbesar di dunia. Bank-bank yang telah komited dengan transaksi strategik ini merupakan rakan kongsi utama kami dalam memastikan akses yang lancar kepada modal global untuk asas portfolio aset boleh diperbaharui kami. Kemudahan ini juga akan memastikan keperluan pengitaran semula modal bank dan menjadikan modal yang sama tersedia untuk projek-projek AGEL yang seterusnya. Pusingan kemudahan ini akan membantu AGEL dalam mencapai matlamatnya untuk memperoleh portfolio berkapasiti 25 GW menjelang tahun 2025. Malah ia meletakkan AGEL pada kedudukan yang baik untuk mencapai pertumbuhan dalam sektor aset boleh diperbaharui yang menarik di India." 

Setiap rakan kongsi pemberi pinjaman yang menandatangani kemudahan ini memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Standard Chartered Bank telah bertindak sebagai ketua penaja jamin, Mandated Lead Arranger, Bookrunner (MLAB), penasihat usaha wajar alam sekitar, bank dokumentasi bersama dan penyelaras pinjaman hijau bersama untuk kemudahan tersebut. Begitu juga dengan MUFG Bank yang memainkan peranan sebagai MLAB, bank teknikal dan penyelaras pinjaman hijau bersama. Seterusnya, BNP Paribas bertindak sebagai MLAB, dokumentasi bersama DBS Bank Ltd. bertindak sebagai MLAB, bank akaun dan Mizuho sebagai MLAB, bank pemodelan kewangan. Intesa Sanpaolo S.p.A, Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Coöperatieve Rabobank U.A, Barclays Bank PLC, Deutsche Bank AG, Siemens Bank GmbH dan ING Bank N.V. bertindak sebagai MLAB untuk kemudahan ini.

Manakala rakan kongsi lain seperti Latham & Watkins LLP dan Luthra & Luthra bertindak sebagai penasihat peminjam, sementara Linklaters dan Cyril Amarchand Mangaldas bertindak sebagai penasihat pemberi pinjaman. Tractebel Engineering Private Limited bertindak sebagai penasihat teknikal pemberi pinjaman, UL bertindak sebagai perunding penilaian hasil tenaga pemberi pinjaman, ERM bertindak sebagai perunding alam sekitar & sosial pemberi pinjaman, Arcadis bertindak sebagai perunding usaha wajar alam sekitar & sosial pemberi pinjaman, Deloitte bertindak sebagai perunding audit model kewangan, Marsh bertindak sebagai ejen insurans pemberi pinjaman dan KPMG bertindak sebagai penyedia jaminan bebas untuk Pinjaman Hijau.

Tentang Adani Green Energy Limited 

Adani Green Energy Limited ("AGEL"), sebahagian daripada Adani Group yang berpangkalan di India, mempunyai salah satu portfolio aset boleh diperbaharui global terbesar dengan projek yang sedang beroperasi, dalam pembinaan dan telah dianugerahkan berkapasiti lebih 14,815 MW yang disediakan untuk rakan niaga gred pelaburan. Syarikat ini membangun, membina, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara projek-projek ladang solar dan angin terkait grid yang berskala utiliti. Pelanggan utama AGEL termasuk National Thermal Power Corporation ("NTPC") dan Solar Energy Corporation of India ("SECI") serta pelbagai syarikat pengedaran elektrik negeri. Disenaraikan pada tahun 2018, AGEL kini merupakan sebuah syarikat modal pasaran bernilai USD 25.03 bilion yang membantu India mencapai matlamat COP21. Pada tahun kewangan ini, Mercom Capital, kumpulan pemikir yang berpangkalan di AS telah meletakkan Adani Group sebagai pemilik aset penjanaan kuasa solar #1 global. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.adanigreenenergy.com

Untuk pertanyaan media:
Roy Paul
roy.paul@adani.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1459130/Adani_Renewables_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Adani Green Energy Ltd
Related Stocks:
Bombay:ADANIGREEN.BO India:ADANIGREEN.NS
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities Financing agreements Venture Capital