omniture

AVEVA dan OSIsoft Bergabung untuk Mengungkap Potensi Data bagi Memacu Peningkatan Prestasi Organisasi Perindustrian

AVEVA
2021-03-22 15:00 1333

Peneraju Pasaran Perisian Perindustrian Memperkenalkan 'Kecerdasan Prestasi' untuk mewujudkan Kepemimpinan Perisian dan Data Perindustrian 

LONDON dan SAN LEANDRO, California, 22 Mac 2021 /PRNewswire/ -- AVEVA, peneraju global dalam perisian dan kejuruteraan perindustrian, telah berpadu tenaga dengan OSIsoft untuk memenuhi keperluan syarikat perindustrian yang semakin meningkat terhadap pengurusan maklumat serta mempercepatkan transformasi digital mereka. Gabungan portfolio ini menyatukan pengurusan data bertaraf dunia OSIsoft dengan perisian perindustrian terkemuka AVEVA untuk melancarkan Kecerdasan Prestasi.

Memberi ketahanan dan ketangkasan operasi yang lebih tinggi, Kecerdasan Prestasi menghubungkan maklumat dan kecerdasan buatan (AI) dengan pemahaman manusia untuk membolehkan pembuatan keputusan yang lebih pantas dan lebih tepat yang membantu industri meningkatkan kelestarian. Dengan menggabungkan keupayaan Sistem PI OSIsoft yang dipercayai dengan perisian perindustrian AVEVA yang terkemuka, Kecerdasan Prestasi memberikan data yang lengkap, boleh dipercayai dan diperlukan, kepada individu-individu di sebalik proses penting untuk mengukur dan memahami keseluruhan kitaran hayat industri dengan lebih baik. Kecerdasan Prestasi akan memberi impak terbesar terhadap bidang-bidang yang merangkumi produktiviti, ketangkasan operasi dan kelestarian organisasi.

Pasaran data raya dan analitik global sedang berkembang pesat dan diunjurkan bernilai $274 bilion menjelang tahun 2022. Untuk kekal berdaya maju memerlukan pemahaman baharu tentang skop dan skala maklumat perindustrian bagi memanfaatkan data tersebut dengan berkesan. Pemahaman tentang maklumat perindustrian daripada pinggir hingga kepada pengurangan masa henti, kos pengeluaran dan penggunaan tenaga perusahaan – mengoptimumkan sumber dan memacu kelestarian. Gabungan portfolio perisian kami memacu transformasi digital kepada lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia dengan kecekapan operasi untuk memperkasakan orang ramai, industri dan komuniti.

Craig Hayman, Ketua Pegawai Eksekutif AVEVA berkata, "Kami bersama-sama sedang memberi definisi baharu kepada keupayaan perisian perindustrian. Melalui Kecerdasan Prestasi, kami boleh melihat dunia data daripada sudut baharu yang berani dan menginspirasi pemahaman yang lebih baik tentang rantaian nilai yang kompleks untuk meningkatkan prestasi dan memacu kelestarian. Gabungan impak AVEVA dan OSIsoft akan membolehkan pelanggan kami mengurus industri yang kompleks dengan lebih cekap. Keupayaan kami yang diperluas meningkatkan komitmen AVEVA untuk menyampaikan ketangkasan operasi yang mengubah peluang kepada nilai perniagaan buat para pelanggan kami."

Phil Aiken AM, Pengerusi AVEVA Group mengulas, "Prestasi dan pertumbuhan lestari AVEVA telah meletakkan asas yang membolehkan pengambilalihan peneraju pasaran seperti OSIsoft. Penawaran dan potensi keupayaan baharu daripada gabungan portfolio kami akan membantu menyampaikan strategi jangka panjang AVEVA untuk pertumbuhan dan kepemimpinan pasaran dalam pengurusan maklumat dan perisian perindustrian dengan mempercepat trajektori pertumbuhan yang kukuh serta terus membantu pelanggan dalam usaha pendigitalan mereka."

Turut mengulas tentang pengumuman hari ini, Jean-Pascal Tricoire, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengerusi Schneider Electric yang menyokong pemegang saham utama dan rakan kongsi pakatan AVEVA, berkata, "Gabungan AVEVA dan OSIsoft telah mewujudkan peneraju perisian dan data perindustrian. Melalui ekosistem yang diperluas dan portfolio yang lebih meluas dan mendalam, AVEVA memberi tahap kecekapan yang dipertingkatkan bagi menyokong transformasi digital dalam industri. Kami menyokong pendekatan agnostik AVEVA yang bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk menawarkan penyelesaian bersepadu yang meningkatkan prestasi dan ketangkasan operasi."

"Kami kagum dengan inovasi pelanggan kami – para individu yang mengendalikan industri yang penting dalam masyarakat –  yang menggunakan teknologi kami setiap hari untuk meningkatkan prestasi, melindungi kesihatan dan keselamatan, memastikan ia berterusan dan melancarkan urusan dunia," kata Pengasas OSIsoft , Dr. J. Patrick Kennedy. "Mereka telah menginspirasikan kami untuk bergabung tenaga dengan AVEVA supaya kami dapat mengembangkan skop dan meningkatkan nilai yang dapat kami bawakan ke dalam tugas penting mereka."

"Pengambilalihan ini merupakan satu pencapaian utama untuk AVEVA yang membolehkan pasukan kami memanfaatkan pengalaman kepemimpinan dan kepakaran domain Dr. J Patrick Kennedy yang luas. Kami berbesar hati untuk meneruskan perjalanan bersama-sama dengan Pat dalam tugas baharunya sebagai Pengerusi Emeritus. Dengan Kecerdasan Prestasi, kami berkeyakinan untuk menyatakan bahawa AVEVA sedang membuka laluan untuk menjadi peneraju perisian dan data perindustrian, meraikan permulaan fasa baharu yang menarik untuk pasaran perisian perindustrian," simpul Hayman.

Tentang AVEVA
AVEVA ialah peneraju global dalam perisian perindustrian yang mendorong transformasi digital agar organisasi perindustrian dapat menguruskan proses operasi yang kompleks. Melalui Kecerdasan Prestasi, AVEVA menghubungkan kuasa maklumat dan kecerdasan buatan (AI) dengan pemahaman manusia untuk membolehkan pembuatan keputusan yang lebih pantas dan lebih tepat yang membantu industri meningkatkan penyampaian dan kelestarian operasi. Platform data kami yang didayakan oleh awan, digabungkan dengan perisian yang merangkumi reka bentuk, kejuruteraan dan operasi, prestasi aset, pemantauan serta penyelesaian kawalan, memberikan nilai dan hasil perniagaan yang terbukti kepada lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia yang disokong oleh ekosistem perisian perindustrian terbesar termasuk 5,500 rakan kongsi dan 5,700 pembangun yang diperakui. AVEVA beribu pejabat di Cambridge, UK dengan lebih 6,000 orang pekerja di 90 buah lokasi di lebih 40 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.aveva.com

Copyright © 2021 AVEVA Solutions Limited. Hak Cipta Terpelihara. AVEVA Solutions Limited dimiliki oleh AVEVA Group plc. AVEVA, logo AVEVA dan nama produk AVEVA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar AVEVA Group plc atau anak syarikatnya di United Kingdom dan di negara-negara lain. Jenama dan nama produk lain adalah tanda dagangan syarikat masing- masing.

external.comms@aveva.com   

 

 

Source: AVEVA
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Joint ventures New products/services Data Analytics