omniture

Global Energy Prize 2021 - mencatatkan rekod baharu bagi negara-negara yang mengambil bahagian

The Global Energy Association
2021-03-22 20:00

MOSCOW, 22 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Global Energy Prize telah melengkapkan pusingan pencalonan 2020/2021 dan menetapkan rekod baharu walaupun berdepan situasi pandemik. 

Senarai pencalonan yang panjang ini datangnya daripada tiga puluh enam buah negara, tiga kali ganda bilangan pada tahun 2019 (12 buah negara) dan hampir dua kali ganda bilangan pada tahun 2020 (20 buah negara)  Senarai ini merangkumi ahli akademik dari Amerika Utara dan Eropah Barat, malahan buat kali pertama, turut menerima pencalonan dari negara-negara seperti Algeria, Burkina Faso, Cameroon, Mesir, Ghana, Gambia, Hungary, Jordan, Latvia, Madagascar, Mexico, Nigeria, Togo, Uruguay dan Zimbabwe. Peraturan yang ketat dan standard akademik yang tertinggi amat ditekankan. 

Buat kali pertama dalam sejarah penganugerahan ini, terdapatnya empat orang calon wanita – dari India, Kazakhstan, Amerika Syarikat dan Zimbabwe. 

Penganugerahan yang diperluas dari segi geografi ini turut dipertingkatkan dari segi prestij, yang dijayakan dengan kerjasama World Energy Council di London serta promosi yang aktif untuk agenda pembangunan lestari PBB. 

Terdapat juga ahli Lembaga Pemegang Amanah antarabangsa yang ditambah – termasuk Pengarah Kehormat Association of Power Utilities Afrika, Abel Didier Tella, serta mantan Presiden Uruguay, Julio Maria Sanguinetti Coirolo dan pengasas kumpulan Influence London-Brussels, Peter Wilding

Daripada 106 pencalonan, 34 pencalonan dikhususkan kepada tenaga konvensional, 45 untuk tenaga bukan konvensional dan 27 untuk cara baharu tentang penggunaan tenaga, termasuk satu subkategori "pengurusan". Ia selaras dengan trend tenaga global dan ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa tentang lonjakan dalam sumber tenaga boleh diperbaharui di negara-negara kaya dan peningkatan permintaan bahan api fosil di rantau Asia Pasifik. 

Pakar bebas akan mempertimbangkan calon dengan kriteria yang merangkumi "kebaharuan" serta nilai saintifik dan praktikal. Senarai pendek 15 orang calon akan dibuat berdasarkan mereka yang menerima mata tertinggi secara purata dalam setiap kategori. 

Senarai pendek ini akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Antarabangsa - 20 orang ahli akademik dari 14 buah negara. Pada tahun ini, ahli jawatankuasa akan bertemu semasa Forum Minyak dan Gas Tatarstan di Kazan (6-7 September). Penganugerahan ini akan dilaksanakan semasa Minggu Forum Tenaga Antarabangsa Rusia di Moscow pada musim luruh tahun 2021. 

Penganugerahan tahun 2020 (yang tertangguh oleh pandemik) akan diadakan bersempena dengan Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg(2-5 Jun), dianjurkan oleh Roscongress Foundation.

Global Energy Association ialah sebuah organisasi bukan komersial yang beribu pejabat di Moscow. Ahli Persatuan ini termasuk Gazprom, Surgutneftegas dan Rosseti FGC UES. 

Source: The Global Energy Association
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards