BOSTON, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Amazfit, jenama global bagi pasaran peranti boleh pakai mengumumkan satu perkongsian bersama Spartan®, jenama sukan ketahanan dan kesejahteraan yang terkemuka di dunia bagi menguji Jam Tangan Pintar T-Rex Pro baharunya di Perlumbaan Laluan Berhalang di seluruh AS dan Eropah. Sebagai sebahagian daripada perkongsian tersebut, Amazfit menjadi Rakan Kongsi Rasmi Spartan Race US dan Rakan Perwakilan perlumbaan laluan berhalang Spartan Sprint™ akan datang oleh Spartan di Palm Beaches, Florida dan akan diaktifkan di beberapa acara di seluruh dunia.
"Dengan air, lumpur, api dan kawat duri, balapan lumba Spartan menguji ketahanan para atlet - mereka memerlukan Jam Tangan Pintar yang mampu bertahan terhadap elemen-elemen tersebut dan dalam masa yang sama mengukur prestasi mereka," kata Naib Presiden Perkongsian Global Spartan, Ian Lawson. "Sifat tahan lasak gred ketenteraan Amazfit T-Rex Pro menjadikannya peranti boleh pakai yang sempurna untuk komuniti Spartan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan jenama yang mampu bertahan terhadap cabaran sekali gus berkongsi misi kami untuk mengubah kehidupan."
Dicipta untuk membantu meneroka Naluri, Amazfit T-Rex Pro telah melepasi 15 ujian gred ketenteraan dan mampu bertahan dengan kebanyakan keadaan melampau dan cabaran, menjadikannya rakan kongsi yang sempurna untuk gaya hidup aktif Spartan. Fungsi-fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasannya yang komprehensif termasuk pelbagai mod sukan luar yang popular untuk aktiviti kembara, menjadikannya lebih mudah untuk kekal cergas dan sihat serta keluar daripada zon selesa anda. Menyokong pelumba bagi menyelesaikan cabaran Spartan, fungsian jam tangan pintar ini juga termasuk tahan air 10 ATM, sistem pengukuran ketepuan oksigen darah, empat sistem satelit navigasi global, altimeter barometrik dan lebih daripada 100 mod sukan.
"Siri Amazfit T-Rex bertujuan untuk membantu orang ramai mengekspresikan gaya mereka, menunjukkan personaliti mereka, menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan menerobos sempadan diri mereka ke tahap ekstrem baharu," kata Naib Presiden Amazfit, Bin Fan. "Pengguna siri Amazfit T-Rex merupakan peminat sukan luar yang aktif yang bekerja keras dan tidak pernah berhenti belajar, sama seperti kesemua komuniti Spartan di seluruh dunia. Atlet kolektif kami saling mendorong antara satu sama lain untuk menjadi versi diri mereka yang terbaik melalui keakraban persahabatan dan persaingan, dan kami tidak sabar-sabar untuk melihat T-Rex Pro menyokong matlamat kesejahteraan Komuniti Spartan di dalam dan luar balapan lumba."
Perkongsian bermula pada 27 Mac di Las Vegas Spartan Race dan akan ditonjolkan pada 24 April di Palm Beaches Spartan Sprint 5K Weekend yang dibawakan oleh Amazfit. Ia akan diteruskan sepanjang tahun 2021 semasa musim perlumbaan AS dan EMEA Spartan. Untuk maklumat lanjut kunjungi laman sesawang rasmi Amazfit dan Spartan.
LATAR BELAKANG AMAZFIT
Ditubuhkan pada tahun 2015, Amazfit menawarkan jam tangan dan tali jam pintar bermula daripada kegunaan harian sehinggalah kegunaan sukan luar serta peranti pintar untuk sukan dan kesihatan seperti fon telinga nirwayar TWS, sawat injak pintar dan penimbang pintar. Pada masa kini, produk Amazfit memasuki pasaran lebih daripada 90 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Pada tahun 2020, Amazfit mempunyai bahagian terbesar bagi pasaran jam tangan dewasa di Sepanyol dan Indonesia.
LATAR BELAKANG SPARTAN
Spartan mencipta pengalaman, produk dan kandungan transformasi untuk membantu orang ramai, syarikat dan pasukan meruntuhkan sempadan dan mengembangkan apa yang diyakini dapat dilaksanakan. Jenama ini menggabungkan acara global besar-besaran dengan platform kandungan dan komuniti digital yang meriah. Dengan 250 acara merentas lebih daripada 40 negara di enam benua, Spartan merupakan jenama sukan ketahanan dan kesihatan yang terkemuka di dunia. Kunjungi spartan.com untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.