omniture

Kewarganegaraan melalui Pelaburan yang Membiayai Pembangunan Hartanah Akan Memperkukuh Tawaran Pelancongan Dominica

CS Global Partners
2021-03-24 21:50 3345

LONDON, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Semasa taklimat akhbar kabinet pada minggu lalu, Menteri Pelancongan Komanwel Dominica memberikan maklumat terkini tentang beberapa pembangunan hartanah yang sedang dalam pembinaan di pulau tersebut. Menurut Menteri Denise Charles, kedua-dua Anichi Hotel & Spa dan Tranquility Beach dijadualkan akan disiapkan pada bulan Disember 2022 dan disusuli dengan pengembangan di Jungle Bay serta Secret Bay yang dijadualkan pada bulan Oktober 2021 dan 2023. Tiga kemudahan penginapan yang lain dijangka akan dibina kemudian pada tahun ini. Secara keseluruhan, kos pembinaan untuk ketujuh-tujuh pembangunan tersebut berjumlah $950 juta – diperoleh terutamanya daripada Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan.

Oleh kerana industri pelancongan merupakan pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi Dominica, kerajaan terus komited untuk meningkatkan penawarannya dalam pelbagai cara. Charles menekankan bahawa projek hartanah ini sangat penting untuk mencipta peluang pekerjaan. Inisiatif ini telah menggaji seramai 470 orang semasa dalam fasa pembinaan dan akan mewujudkan 791 peluang pekerjaan tetap sebaik sahaja pembinaannya selesai.

"Pembinaan kemudahan penginapan merupakan suatu aktiviti penting yang memberi kesan langsung kepada pertumbuhan dan peluang pekerjaan. Projek pembinaan terbaharu ini berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan jangka pendek semasa pembinaan untuk pelbagai set dan tahap kemahiran," kata Charles. "Setelah pembinaan selesai, pekerjaan jangka panjang diwujudkan bagi menggaji kakitangan kemudahan ini dalam pelbagai bidang. Ketika inilah rakyat Dominica mendapat manfaat yang paling besar kerana ia memberi kesan positif terhadap mata pencarian ramai orang."

Seiring dengan pertumbuhan sektor ekopelancongan Dominica, hotel-hotel terkenal di peringkat antarabangsa berpusu-pusu masuk ke pulau ini untuk memulakan operasi di negara yang diisytiharkan sebagai "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Semula Jadi Caribbean). Daripada Marriott hingga kepada Hilton dan Kempinski serta resort butik dan vila-vila yang unik, produk pelancongan Dominica adalah sesuatu yang mengagumkan.

Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan Dominica adalah penting kepada pembangunan pulau ini. Ditubuhkan pada tahun 1993, Dominica telah mengalu-alukan pelabur asing dan keluarga mereka untuk menjadi warganegara negara ini dengan melabur sekali sama ada dalam sebuah dana kerajaan atau pilihan hartanah yang telah diluluskan terlebih dahulu. Setelah menjalani pemeriksaan keselamatan yang diperlukan, pemohon yang layak memperoleh kewarganegaraan negara ini dengan akses tanpa visa ke lebih 140 buah negara dan wilayah. Mereka juga memperoleh hak untuk hidup, bekerja dan belajar di Dominica serta boleh mewariskan kewarganegaraan bagi mewujudkan warisan masa hadapan.

Dominica tidak hanya menarik pelabur kaya untuk menyumbang kepada pembangunan negara ini malah visa Work in Nature (Bekerja dalam Alam Semula Jadi) yang dilancarkan baru-baru ini membolehkan pekerja jarak jauh datang dan tinggal di pulau itu hingga selama 18 bulan untuk mendapatkan segala pengalaman yang ditawarkan oleh Pulau Semula Jadi ini.

Sila hubungi: +447867942505, pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel