omniture

Tayar Buatan Khas Techking Beroperasi Sepenuhnya di Australia, Benar-benar Diiktiraf oleh Rio Tinto dan XCMG

Techking Tires Limited
2021-03-26 05:22 199

KARRATHA, Australia, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Dilengkapi dengan tayar buatan khas Techking 23.5R25 ETD2S, jentera pengangkut berkualiti tinggi XC958 XCMG tiba di Karratha, Australia Barat pada pertengahan Januari lalu dan mula mengangkut bijih ke kapal-kapal kargo untuk pembeli Rio Tinto. Bagi mengumpul maklum balas pengguna mengenai tayar buatan khas Techking, kakitangan perniagaan cawangan Australia Techking Steve Coles mengadakan lawatan di tapak baru-baru ini ke Rio Tinto. 

Model tayar tersebut direka khas untuk jentera pengangkut berkualiti tinggi siri XC9 XCMG bagi melakukan tugas pengangkutan bijih. Dengan menerima pakai formula proprietari dan corak simbol berbentuk V, tayar buatan khas ini dapat meningkatkan prestasi dengan ketara bagi rintangan potong dan kekuatan keseluruhan sisi tayar, lantas dapat mencapai kitaran hayat yang lebih panjang di bawah keadaan kerja khas. Allen Zhuo, jurutera perkhidmatan lapangan XCMG memberitahu Steve bahawa "Tayar Techking dan jentera pengangkut XCMG telah digunakan untuk Rio Tinto dan berfungsi dengan baik ketika ini."

Penyerahan tayar tersuai untuk jentera pengangkut XCMG merupakan kali kedua untuk Techking menyediakan perkhidmatan tayar disesuaikan kepada dua syarikat gergasi antarabangsa, yang sebelumnya merupakan penyelesaian tayar buatan khas untuk perata. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting yang dibuat terhadap matlamat Techking untuk menjadi pembekal penyelesaian tayar global yang terkemuka untuk jentera perlombongan besar.

Semasa Steve melawat Rio Tinto, satu laporan ujian dengan keputusan yang memuaskan telah diterima berhubung dengan tayar 27.00R49 SUPER ROCK. Tayar berkenaan disesuaikan untuk lori pembuang tegar Komatsu 785 yang beroperasi di lombong tembaga Rio Tinto di Mongolia. Menurut laporan jurutera perkhidmatan lapangan Techking, "didapati daripada data penjejakan pada bulan Mac bahawa tayar 27.00R49 SUPER ROCK telah mencapai hayat perkhidmatan purata selama 4,201 jam setakat ini dan boleh melangkaui jangkaan Rio Tinto dengan mencapai anggaran hayat perkhidmatan selama 10,406 jam."

 

Source: Techking Tires Limited
Keywords: Auto Mining Mining/Metals Transportation New products/services