omniture

Huawei Cadangkan Penghirisan Optik sebagai Asas bagi Rangkaian Angkutan Optik Generasi Seterusnya

Huawei
2021-03-26 16:35 995

SHENZHEN, China, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Richard Jin, Presiden Penghantaran dan Barisan Produk Akses Huawei, menyampaikan ucapan dasar yang bertema "Sambungan Pintar: Arteri Digital bagi Kembar Pintar Industri" di Persidangan Transformasi Digital Industri Huawei. Lebih penting lagi, ini merupakan kali pertama Huawei mencadangkan penghirisan optik sebagai asas bagi rangkaian angkutan optik generasi seterusnya. Penghirisan optik berasaskan Liquid OTN Huawei menjamin pengalaman perkhidmatan deterministik dan menyokong evolusi transformasi industri dalam tempoh jangka panjang, seraya menjadikannya ideal untuk penaiktarafan SDH dalam industri grid kuasa dan pengangkutan.

Tatkala perkhidmatan mempelbagai dalam industri grid kuasa dan pengangkutan, penaiktarafan digital menuntut lebar jalur yang lebih tinggi, kependaman lebih rendah dan keandalan lebih besar daripada penyelesaian rangkaian dan teknologi inovatif. Richard berkata: "Rangkaian optik merupakan mod komunikasi yang paling deterministik. Industri-industri dengan keperluan deterministik yang tinggi seperti grid kuasa dan pengangkutan, umumnya menggunakan teknologi SDH tradisional dengan pemetaan berbilang peringkat dan kepantasan yang terbatas. Oleh yang demikian, ia tidak dapat memenuhi keperluan perkhidmatan terbeza bagi transformasi digital. Sebaliknya, teknologi penghirisan optik yang berasaskan Liquid OTN menyediakan sambungan pintar dan merupakan pilihan yang jauh lebih baik."

Dunia hari ini mengalami pertumbuhan data yang pesat, namun data berkenaan hanya bernilai apabila ia mengalir. Bagi menjamin penghantaran data yang cekap, rangkaian angkutan optik perlu membina infrastruktur ICT yang stabil dan andal, yang mana China mempunyai sistem arus terus voltan ultra tinggi (UHVDC) kapasiti terpanjang dan tertinggi di dunia. Sistem ini terdiri daripada banyak peranti digital yang menghasilkan sejumlah besar data setiap hari, yang perlu dibawa dengan selamat ke pusat kawalan. Dengan penghirisan optik, lebar jalur tinggi gentian optik yang besar dibahagikan kepada hirisan terpisah yang berbeza dan perkhidmatan dapat menikmati saluran yang eksklusif. Ini dapat menghapuskan gangguan dan kesesakan rangkaian, lalu menyampaikan lebar jalur terbeza dan deterministik kepada perkhidmatan.

Huawei telah menerajui evousi teknologi angkutan optik sejak dua dekad yang lalu. Liquid OTN amat penting untuk menggalakkan pengkomersialan penghirisan optik kerana ia mewarisi pengasingan fizikal daripada SDH dan mencapai dua inovasi:

Pertama, ia memperkenalkan teknologi penkapsulan OSU untuk menggabungkan 3 lapisan menjadi 2 dan dibandingkan dengan SDH, ia dapat mengurangkan kependaman peranti sebanyak 30%.

Kedua, ia mempunyai seni bina tertumpu, menggabungkan teknologi SDH dan OTN bagi menyediakan hirisan butiran kecil dan jalur lebar ultra. Saiz hirisan boleh disesuaikan mengikut permintaan pada masa sebenar daripada 2 Mbit/s hingga 100 Gbit/s tanpa memberi kesan ke atas perkhidmatan.

Pada masa kini, OptiXtrans E6600 Huawei yang merupakan platform angkutan optik yang pertama dalam industri ini dengan teknologi penghirisan optik Liquid OTN, telahpun digunakan secara meluas dalam sektor tenaga, pengangkutan, kewangan, pendidikan dan kerajaan. OptiXtrans E6600 Huawei akan menyokong perkhidmatan yang terhubung dengan port Eternet pada grid kuasa dan rangkaian pengeluaran pengangkutan, yang memberi pengalaman deterministik sebenar berdasarkan pengasingan fizikal. Huawei akan terus menginovasikan teknologi penghirisan optik berasaskan Liquid OTN dan menerajui sambungan pintar menuju era deterministik.

Mulai 24 hingga 26 Mac, Huawei menganjurkan Persidangan Transformasi Digital Industri 2021 yang akan disiarkan secara web ke seluruh dunia. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi

https://e.huawei.com/en/events/industry-digital-transformation/2021

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news