omniture

Huawei: Terokai KEMUNCAK Dunia Pintar, Menggunakan Kembar Pintar sebagai Seni Bina Rujukan

-- Huawei Persembahkan Penyelesaian dan Amalan Terkini dalam Lima Senario Dinaik Taraf Pintar
Huawei
2021-03-26 16:51 1064

SHENZHEN, China, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Transformasi Digital Industri 2021, Huawei mengetengahkan mengenai seni bina Kembar Pintar bagi mendemonstasikan penyelesaian dan amalan terkini dalam lima bidang utama — Kampus amat cekap, Awan pintar, Kuasa mesra alam, Pusat data tertumpu hiper dan Penyelesaian rangkaian penentu tunda masa. Bidang-bidang ini meletakkan asa untuk membina dunia pintar yang memberi penaiktarafan pintar kepada kerajaan dan perusahaan.

 

Pada tahun 2020, Huawei melancarkan Kembar Pintar, iaitu seni bina rujukan pertama dalam industri ini untuk penaiktarafan pintar kerajaan dan perusahaan. Syarikat berkenaan memanfaatkan Kembar Pintar untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi, menyediakan penyelesaian berasaskan senario yang dapat memenuhi keperluan yang pelbagai. Setakat ini, penyelesaian tersebut diaplikasi dalam lebih daripada 600 projek.

David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga, Huawei, mengulas dalam ucapan dasar beliau: "Dengan Kembar Pintar sebagai seni bina rujukan, kami menyediakan pelanggan dengan penyelesaian berasaskan senario yang terdiri daripada Kampus amat cekap, Awan pintar, Kuasa mesra alam, Pusat data tertumpu hiper dan Penyelesaian rangkaian penentu tunda masa. Perkataan yang dapat mewakili ciri-ciri penting bagi kelima-lima penyelesaian tersebut dapat membentuk perkataan 'HEIGHT' (KEMUNCAK). Berdasarkan konsep ini, Huawei akan menyediakan produk dan penyelesaian terbaik kepada perusahaan di seluruh dunia untuk melaksanakan penyelesaian pintar dan meneroka KEMUNCAK baharu dunia pintar bersama-sama."

1. Awan Pintar. Hab pintar yang mewakili "otak" dan sistem membuat keputusan Kembar Pintar dan infrastruktur awan membentuk teras bagi hab pintar.

HUAWEI CLOUD mengintegrasikan AI ke dalam sistem sokongan perusahaan tradisional dan lebih penting lagi, proses perkhidmatan utama di samping turut menawarkan perkhidmatan sebagai teras untuk penaiktarafan pintar kerajaan dan perusahaan melalui penyelesaian seperti Platform Bekas Berbilang Awan (MCP), FusionInsight dan platform pembangunan AI sehenti ModelArts. Ini dapat memudahkan dan mengautomasikan pembangunan mahupun pengurusan menggunakan AI dalam seluruh kitaran hayat aplikasi, lantas membantu rakan kongsi dan pembangun membangunkan aplikasi pintar dengan cepat.

Jacqueline Shi, Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Awan & AI Huawei dan Presiden Jabatan Pemasaran Awan & AI, Huawei Cloud & AI BG menyatakan bahawa: "Kami percaya, dalam ekonomi digital, awan bukan lagi hanya mengenai penyediaan sumber. Sebaliknya, ia merupakan platform bertumpu aplikasi yang akan membantu perusahaan menaik taraf dengan pintar dan mencapai kekuatan kompetitif teras menggunakan seni bina rujukan Kembar Pintar."

2. Pusat Data Tertumpu Hiper: asas bagi hab pintar

Pusat data tertumpu hiper dengan storan kilat penuh dan semua rangkaian Eternet perlu mencapai storan cekap dan penghantaran tak hilang bagi sejumlah besar data. Penyelesaian Pusat Data Tertumpu Hiper Huawei termasuk OceanStor and CloudFabric 3.0 serta DC OptiX 2.0.

"Data adalah amat berharga dalam abad ke-21. Sekiranya anda dapat melombong sepenuhnya nilai data, anda akan mempunyai lebih banyak inisiatif dalam persaingan pada masa akan datang. Huawei akan terus membangunkan penyelesaian rangkaian pusat data tertumpu hiper. Dengan kolaborasi storan dan rangkaian yang mendalam, ia akan membantu pelanggan membina hab pintar yang hebat dan memperkasa transformasi digital perusahaan," kata Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data, Huawei.

Dr. Peter Zhou, Presiden Barisan Produk IT, Huawei, mengulas: "OceanStor Dorado Huawei mempunyai seni bina saling hubung sepenuhnya. Seni bina ini membolehkan sistem untuk kekal beroperasi walaupun tujuh daripada lapan pengawal gagal beroperasi. Berserta penyelesaian pemulihan bencana aktif-aktif, ia dapat mencapai keandalan 99.99999% untuk data pengeluaran misi-kritikal. Di samping itu, storan kilat penuh OceanStor Dorado membantu membina pusat data kilat penuh yang menjimatkan tenaga. Bagi menyerlahkan potensi tanpa batasan yang ditawarkan oleh sejumlah besar data tak berstruktur HPC/HPDA dan data raya, storan repositori data generasi seterusnya OceanStor Pacific Huawei memberi pengembangan kapasiti super sehingga 4096 nod, ketumpatan prestasi 60% lebih tinggi dan 2.6 kali ganda ketumpatan kapasiti yang lebih tinggi berbanding industri selain beban kerja hibrid dan keupayaan antara kerja berbilang protokol."

Huawei turut melancarkan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Tertumpu Hiper CloudFabric 3.0, termasuk CloudEngine dan iMaster NCE sebagai komponen teras. Penyelesaian berkenaan merupakan yang pertama mencapai keupayaan rangkaian pemanduan berautonomi tahap-3 dalam industri ini. Dengan menyediakan penggunaan dan operasi pintar hujung-ke-hujung, OPEX dapat dikurangkan sebanyak 30%. Penyelesaian berkenaan juga dapat membina semua rangkaian pengkomputeran dan storan Eternet dengan kehilangan paket sifar, lalu membantu mengoptimumkan sepenuhnya prestasi pengkomputeran sebanyak 100%."

Penyelesaian DC OptiX 2.0 Huawei menyediakan saling hubung optik penuh jalur lebar ultra, mudah dan pintar untuk DC. Penyelesaian berkenaan juga berjaya digunakan oleh pelanggan ISP Filipina, Converge. Ronald Brusola, Ketua Pegawai Teknologi Converge, berkata, "Dengan bekerjasama bersama Huawei, kami dapat mempelajari mengenai kepimpinan Huawei dalam bidang DCI. Melalui penyelesaian DC OptiX 2.0 Huawei, kami yakin dan dapat memastikan bahawa Converge akan berkembang lebih maju dalam bidang IDC bagi menyediakan pasaran Filipina dengan perkhidmatan yang benar-benar layak diterima oleh mereka."

3. Sambungan pintar merupakan badan untuk Kembar Pintar, menghubungkan hab pintar dan interaksi pintar

Bagi memenuhi pelbagai keperluan untuk senario sambungan, Huawei membangunkan pelbagai inovasi untuk gentian optik dan platform teknologi IP, serta membina rangkaian deterministik tunda masa.

Richard Jin, Presiden Barisan Produk Rangkaian Penghantaran dan Akses, Huawei menyatakan bahawa dunia ini berada dalam era pertumbuhan data yang pesat, namun hanya data yang mengalir dapat menghasilkan nilai. Sambungan pintar digabungkan dengan pengalaman deterministik menyediakan lebuh raya maklumat dengan lebar jalur tinggi dan kependaman rendah untuk aliran data dan merupakan arteri utama kecerdasan industri.

Penghirisan optik berdasarkan teknologi Liquid OTN merupakan satu kejayaan besar dalam rangkaian deterministik selepas SDH. Liquid OTN mewarisi kelebihan pengasingan fizikal paip keras SDH dan melaksanakan dua inovasi: pemudahan protokol dan penumpuan seni bina. Liquid OTN dapat mengurangkan kependaman sebanyak 30%.

Di samping itu, saiz hirisan dapat disesuaikan daripada 2 Mbit/s hingga 100 Gbit/s dalam masa sebenar seperti yang diperlukan. Penyelesaian ini menjamin pengalaman perkhidmatan dan memenuhi keperluan evolusi dalam tempoh jangka panjang bagi transformasi digital industri, seraya menjadikannya pilihan ideal untuk menaik taraf rangkaian SDH dalam industri-industri seperti grid kuasa dan pengangkutan.

Dalam bidang IP pintar, Huawei telah melakukan inovasi teknikal berdasarkan SRv6 dan melancarkan penyelesaian rangkaian awan pintar CloudWAN 3.0. Agricultural Bank of China dan Huawei bekerjasama dengan teknologi SRv6 yang inovatif dan terkemuka bagi mencapai kecekapan dan prestasi optimum untuk sambungan berbilang awan.

4. Kampus Amat Cekap: unit asas bagi dunia pintar

Kampus HQ Huawei di Bantian mempunyai infrastruktur awan, kecerdasan dan akses tanpa wayar sepenuhnya dan pembawa optik penuh. Dengan Wi-Fi 6, pekerja boleh bekerja dan terhubung pada bila-bila masa dan di mana-mana. Mereka boleh mengakses WeLink, membolehkan fungsi penayangan telefon mudah alih dan terjemahan waktu sebenar. 5G turut menyokong penghantaran video 4K waktu sebenar oleh UAV, yang bererti kakitangan boleh memantau kampus pada waktu sebenar, bagi membina persekitaran yang selamat.

Bob Chen, Presiden Jabatan Pemasaran & Penjualan Teknikal Rangkaian Perusahaan, Huawei Enterprise BG, percaya bahawa kampus akan menjadi "sel" yang membawa semua DNA yang diperlukan untuk dunia pintar masa depan yang mana kita akan dapat menyaksikan lebih banyak senario kampus. Menuju ke hadapan, Huawei akan terus membangunkan lebih banyak penyelesaian khusus-senario untuk lebih banyak kampus menggunakan pengalamannya selama 30 tahun dan pengetahuan teknologinya. Dengan berbuat demikian, penyelesaian Huawei dapat mempercepatkan transformasi digital kampus dan mendayakan lebih banyak inovasi perkhidmatan dengan potensi untuk mencapai kampus tanpa sempadan, tanpa menunggu dan tanpa bahaya.

Umpamanya, penyelesaian rangkaian industri optik penuh Huawei dapat mengurangkan bilangan nod kalis letupan di lombong arang batu sebanyak 40% seraya mencapai keupayaan pengesanan kesilapan cekap 0.5 m dan mencapai pengeluaran yang selamat di kampus lombong.

Huawei turut melancarkan penyelesaian rangkaian kampus awan CloudCampus 3.0 di persidangan ini.

5. Kuasa Mesra Alam: menyediakan kuasa mesra alam, menjimatkan tenaga dan mengurangkan emisi dengan membina Kembar Pintar.

Zhou Taoyuan, Presiden Barisan Produk Kuasa Digital, Huawei, menyatakan: "Selama bertahun-tahun, Kuasa Digital Huawei telah membuat banyak inovasi yang menarik dengan mengintegrasikan elektronik kuasa dan teknologi digital. Menggunakan bit untuk mengurus watt, kami dapat mencapai penjanaan kuasa mesra alam dan penggunaan kuasa yang cekap, bagi menjadikan dunia pintar yang lebih mesra alam."

Di Kawasan Baharu Binhe, di tebing timur Sungai Kuning, Baofeng, Ningxia, China, Huawei membina stesen janakuasa PV 640 MW. Ia mengintegrasikan teknologi penjejakan automatik paksi tunggal rata yang terkemuka di seluruh dunia. Ini membolehkan panel solar mengikut cahaya seperti bunga matahari dan meningkatkan penjanaan kuasa sebanyak lebih daripada 20% berbanding dengan stesen janakuasa PV tradisional. Lebih 400 kilometer persegi beri Goji (wolfberry) organik yang berkualiti tinggi telah ditanam di bawah sel solar untuk mengawal tanah gurun berkeluasan kira-kira 650 kilomter persegi.

Mulai 24 hingga 26 Mac, Huawei menganjurkan Persidangan Transformasi Digital Industri 2021 secara dalam talian, meneroka kuasa ketahanan dan dunia digital yang inovatif dari tiga perspektif: perniagaan, teknologi dan ekosistem. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di https://e.huawei.com/en/events/industry-digital-transformation/2021

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment