omniture

Iyuno Melengkapkan Pengambilalihan SDI Media dan Mengumumkan Syarikat Baharu Sebagai Iyuno-SDI Group

Iyuno Media Group
2021-03-26 20:43 5

Membentuk Penyedia Penyetempatan Media yang Dipacu oleh Teknologi Terkemuka dengan Jejak Antarabangsa Terbesar

LOS ANGELES, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Iyuno Media Group hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pengambilalihan ke atas SDI Media secara 100%. Transaksi ini menyatukan dua syarikat terkemuka dalam industri penyetempatan, dengan satu misi yang sama untuk menyokong para pelanggannya dalam usaha mereka mencapai khalayak global.

Syarikat gabungan tersebut yang kini di bawah jenama Iyuno-SDI Group, telah menyediakan penyelesaian teknologi penyetempatan dan hiburan kepada industri media selama lebih daripada 70 tahun secara kolektif. Asal usulnya yang cemerlang dalam proses kreatif dan rangkaian kemudahan global, menyediakan kepakaran yang tiada tandingan yang menyebabkan para pengeluar kandungan memberikan sepenuh kepercayaan ke atas aset mereka yang paling berharga.

Iyuno-SDI Group baharu kini memiliki dan mengendalikan 67 buah pejabat yang terletak di 34 buah negara di seluruh dunia, menyediakan rangkaian penyelesaian serba lengkap dengan pengetahuan dan kapasiti yang mendalam untuk menyokong skala masa depan industri. Teknologi yang digabungkan oleh kedua-dua syarikat ini akan mewujudkan platform penyetempatan generasi seterusnya.

"Perubahan yang semakin pantas di dunia telah mewujudkan keperluan terhadap lebih banyak kandungan yang mencapai khalayak di segenap pelosok dunia. Kami tahu bahawa kami mesti menyegerakan inovasi teknikal melalui kemajuan dalam AI, automasi aliran kerja, terjemahan mesin dan infrastruktur teknologi global," jelas David Lee, yang telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Iyuno-SDI Group. "Sebagai tambahan kepada kemajuan teknologi tersebut, kami mempunyai keutamaan yang sama dalam memajukan proses artistik, yang kemudiannya menyatukan kedua-dua disiplin yang sempurna ini untuk memajukan lagi seni penyetempatan."

"Kami gembira dapat menyertai Iyuno. Gabungan ini memberikan kami skala yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mencabar," tambah Mark Howorth, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SDI Media yang telah dicalonkan sebagai Presiden, Iyuno-SDI Group. "Para pelanggan kami memerlukan peralihan yang pantas, teknologi canggih dan jejak global. Sumber gabungan Iyuno-SDI memberikan kami keupayaan untuk memberikan penyelesaian yang serba lengkap dan mengekalkan tahap keselamatan kandungan yang tertinggi."

Iyuno mendapat sokongan daripada Altor, Shamrock Capital dan SoftBank Ventures Asia yang merupakan rakan kongsi kewangan utamanya.

TENTANG IYUNO-SDI GROUP

Iyuno-SDI Group ialah penyedia perkhidmatan penyetempatan terkemuka dalam industri media dan hiburan. Sebagai rakan kongsi global yang dipercayai oleh studio hiburan, platform penstriman dan pencipta di seluruh dunia, ia menawarkan perkhidmatan penyetempatan serba lengkap – daripada perkhidmatan alih suara, sari kata dan akses kepada pengurusan media, transformasi dan perkhidmatan pengedaran – dalam lebih 100 bahasa untuk setiap jenis platform edaran kandungan. Dengan sejarah kecemerlangan dalam industri sejak tahun 1965, syarikat tersebut tidak dapat ditandingi dari segi kepakaran operasi, skala, kapasiti dan perkhidmatannya yang amat luas.

Iyuno-SDI Group telah ditubuhkan pada tahun 2021 berikutan pengambilalihan SDI Media oleh Iyuno Media Group. Dengan memanfaatkan yang terbaik dalam melahirkan bakat kreatif dan teknikal, kemudahan canggih dan teknologi generasi seterusnya, syarikat tersebut kini mempunyai jejak global terbesar dengan 67 buah pejabat di 34 buah negara. Pendekatan berskala dan berpusatkan pelanggan syarikat ini memberi tumpuan kepada misinya untuk menghubungkan kandungan dan menghubungkan orang ramai.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1474653/Iyuno_SDI_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Iyuno Media Group
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers