omniture

Blume Global melancarkan peta dinamik untuk dunia rantaian bekalan

Blume Global
2021-03-30 00:00 3

 

Dengan Blume Maps, penghantar merancang, mengesan dan menyelaraskan proses penghantaran dalam rantaian bekalan secara menyeluruh 

PLEASANTON, California, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Blume Global, peneraju dalam penyelesaian rantaian bekalan digital, hari ini secara rasminya mengumumkan Blume Maps, sebuah kembar digital kepada rantaian bekalan dunia yang dikuasakan oleh teknologi yang dipatenkan yang menghasilkan masa tunggu dan Jangkaan Waktu Ketibaan (ETA) yang tepat. 

 

Merancang laluan penghantaran barang dan mengubah haluan jika timbul masalah ketika dalam perjalanan, dengan menggunakan Blume Maps adalah sama seperti menggunakan aplikasi navigasi sewaktu kembara jalan raya bersama keluarga. 

Penghantar dan syarikat logistik pihak ketiga (3PL) bergantung kepada Blume Maps untuk menghasilkan masa tunggu serta lokasi penghantaran masa nyata dan ETA yang tepat bagi pengangkutan jalan raya (muatan ringan (LTL), muatan penuh (FTL) dan bungkusan), laut, udara dan kereta api. Penyelesaian ini juga menyediakan mod, pengangkutan dan laluan alternatif apabila penghantaran mengalami kelewatan.

Blume Maps menyalurkan masa tunggu dan enjin ETA dinamik Blume daripada pangkalan data yang sentiasa berkembang dengan lebih 1.5 juta lokasi global, pelayaran di lautan, perjalanan kereta api, penerbangan dan pergerakan di atas jalan raya (dari mula hingga akhir) yang dihasilkan selama beberapa dekad. 

Blume Maps membolehkan pelanggan untuk: 

Merancang: Merancang laluan menggunakan masa tunggu yang berubah-ubah, implikasi kos dan data sejarah yang pintar, memantau perubahan ketika tarikh penghantaran yang dijadualkan semakin hampir. Menggunakan jadual dan lokasi pintar serta maklumat situasi untuk menganggarkan masa transit. 

Mengesan: Dengan kebolehlihatan hujung ke hujung dan ETA yang dikemas kini secara berterusan, memastikan pesanan adalah berjalan tepat pada waktunya dan menerima pemberitahuan apabila pesanan berkemungkinan terlewat atau awal. 

Menyelaras: Apabila penghantaran terlewat, pandangan akan mencadangkan mod, pengangkutan, tahap perkhidmatan dan laluan alternatif untuk mengembalikan penghantaran ke landasan. 

"Penghantaran antarabangsa yang kekal berpecah-pecah dan kompleks serta cabaran yang merangkumi daripada sekatan Terusan Suez pada masa ini hingga kepada kejadian cuaca buruk yang semakin meningkat, menunjukkan terdapat keperluan untuk pelaksanaan dan kebolehlihatan rantaian bekalan di seluruh dunia yang boleh dipercayai sepenuhnya," kata Pervinder Johar, Ketua Pegawai Eksekutif Blume Global. "Blume Maps menghapuskan titik buta rantaian bekalan di seluruh dunia tanpa mengira modnya."

Ketahui lebih lanjut di www.blumemaps.com

Tentang Blume Global 

Bermula daripada syarikat peruncitan global, pengeluar dan syarikat produk pengguna terbesar hingga kepada syarikat pemilik pengendali pengangkutan trak terkecil di dunia, kejayaan adalah bergantung kepada kebolehlihatan hujung ke hujung dan penyepaduan rangkaian rantaian bekalan global. Dengan penyelesaian dan platform operasi digital yang dipacu data dan didayakan AI untuk penyepaduan rantaian bekalan, pelaksanaan kebolehlihatan dan logistik masa nyata, pengurusan aset, pengoptimuman serta pengauditan dan penyelesaian kewangan, Blume Global memanfaatkan pemahaman data selama lebih 25 tahun, rangkaiannya yang terhubung secara global serta teknologi canggih untuk membantu perusahaan menjadi lebih tangkas dan responsif, meningkatkan perkhidmatan penghantaran serta mengurangkan kos

Hubungan Media:

Jackie D'Andrea
InkHouse (untuk Blume Global)
781-820-5476
blume@inkhouse.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/744701/Blume_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Blume Global
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation New products/services