omniture

Voyager Labs bekerjasama dengan Microsoft untuk Menyediakan Platform Siasatan Perisian sebagai Perkhidmatan AI bagi Memperkasakan Keselamatan Awam

Voyager Labs
2021-03-30 13:52 34

NEW YORK, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Voyager Labs, peneraju dunia dalam penyelesaian penyelidikan berasaskan AI, berbesar hati mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Microsoft untuk menyediakan platform siasatan berasaskan awan yang menjamin penggunaan yang pantas, boleh diskala secara automatik dan selamat. 

Voyager Labs mengubah cara agensi keselamatan awam memerangi penipuan, keganasan, pemerdagangan haram dan ancaman-ancaman lain dengan memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan data Microsoft Azure dengan teknologi AI miliknya. Voyager Labs memperkasa para penyiasat untuk mendedahkan semua entiti serta konteks yang berkaitan secara automatik dan bergerak ke fasa siasatan seterusnya dengan hanya mengklik butang.

"Kami amat berbangga kerana rangkaian penyelesaian Voyager Labs yang menampilkan VoyagerInsights iaitu sebuah platform penyelidikan baharu, kini tersedia di Microsoft Azure," kata Avi Korenblum, Ketua Pegawai Eksekutif Voyager Labs. "Dengan menggunakan penyelesaian kecerdasan buatan berasaskan teknologi awan kami yang terkemuka, kami telah melakukan peningkatan yang besar ke atas kemajuan platform kami dalam bidang penyiasatan AI yang memberikan keupayaan untuk mengurangkan ancaman baharu dan memenuhi komitmen keselamatan awam dengan jayanya kepada pelanggan di seluruh dunia." 

"Agensi penguatkuasaan undang-undang dan perisikan semakin memanfaatkan penyelesaian AI bagi menangani ancaman yang canggih pada masa kini serta jumlah data yang amat besar dalam setiap siasatan. Rakan kongsi seperti Voyager Labs yang telah membangunkan platform Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) berasaskan AI merupakan contoh terbaik bagi penyelesaian seperti ini," kata Kirk Arthur, Pengarah Kanan, Keadilan & Keselamatan Awam Sedunia, Microsoft Corp. 

Voyager Labs juga telah memperoleh status ketersediaan jualan bersama melalui program One Commercial Partner (Rakan Kongsi Komersial) Microsoft, yang membolehkan syarikat bekerjasama dengan pasukan jualan global Microsoft di seluruh 170 buah negara untuk turut sama menawarkan penyelesaian penyiasatan AI kepada pelanggan Microsoft.

Tentang Voyager Labs

Voyager Labs memperkasakan organisasi di seluruh dunia untuk mendapatkan pemahaman siasatan yang mendalam, menganalisis sejumlah besar data yang tidak berstruktur dan kompleks dengan mudah serta memahami kandungan serta interaksi dan hubungan manusia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.voyagerlabs.co

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Rachel Pekin, Naib Presiden Pemasaran, Voyager Labs  
rachelp@voyagerlabs.co 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1307116/Voyager_Labs_Logo.jpg?p=medium600

Source: Voyager Labs
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Public Safety