- Lebih 70 peratus daripada responden yang menyertai tinjauan pada tahun ini menyatakan bahawa perniagaan mereka terjejas secara negatif akibat pandemik COVID-19
- 20 peratus responden menyatakan pandemik ini memberi kesan positif secara keseluruhan terhadap organisasi mereka
- 75 peratus responden yakin bahawa mereka boleh menyepadukan pengajaran yang diperoleh dan meningkatkan kebingkasan organisasi mereka
LONDON, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Setelah setahun Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik global, Tinjauan Krisis Global PwC yang kedua melihat kepada tindak balas komuniti perniagaan di seluruh dunia terhadap krisis global yang paling mengganggu seumur hidup kita. Lebih 2,800 pemimpin perniagaan yang mewakili organisasi pelbagai saiz dalam 29 industri dan di 73 buah negara telah berkongsi data dan pemahaman.
Tinjauan pertama yang diterbitkan pada tahun 2019 telah mendedahkan bahawa 95% responden menjangkakan berlakunya krisis dalam tempoh dua tahun akan datang -- tetapi bukannya pandemik, yang sama sekali bukan ancaman yang mereka bimbangkan, menurut kata para pemimpin perniagaan. Tahun lalu telah menekankan bahawa cabaran pengurusan krisis bukanlah tentang ramalan masa depan tetapi menangani masa depan yang tidak dapat diramalkan. Perniagaan hendaklah memberi tumpuan kepada pembinaan asas kebingkasan untuk mengatasi setiap keadaan yang bakal berlaku seterusnya.
Lebih 70% responden yang menyertai tinjauan pada tahun ini menyatakan bahawa perniagaan mereka telah terkesan secara negatif akibat pandemik ini manakala 20% responden menyatakan krisis ini memberi kesan positif secara keseluruhan terhadap organisasi mereka. Organisasi teknologi dan penjagaan kesihatan lebih cenderung terkesan secara positif manakala sektor pelancongan dan hospitaliti mengalami kesan yang paling negatif. Organisasi yang berjaya menghadapinya dengan baik adalah lebih cenderung untuk bergantung kepada pasukan krisis yang khusus bagi mendorong tindak balas mereka terhadap krisis.
'Ketika organisasi global menilai tindak balas mereka terhadap pandemik, data dan pemahaman tinjauan ini menyediakan strategi yang menarik untuk memikirkan semula dan memperkukuh keupayaan kebingkasan,' kata Kristin Rivera, (Pemimpin Krisis Global, PwC AS) . 'Semua pihak akhirnya memfokus ke arah masa hadapan. Belajar tentang cara perniagaan bertindak balas terhadap krisis ini merupakan langkah pertama yang penting untuk membina asas yang tepat bagi menghadapi fasa seterusnya. Perancangan krisis, program kebingkasan dan perlindungan serta pertimbangan terhadap keperluan fizikal dan emosi pekerja mereka merupakan bahagian penting dalam persiapan untuk menghadapi keadaan yang tidak dapat dielakkan.'
Tinjauan PwC mendedahkan bahawa walaupun mempunyai pasukan krisis yang jelas, organisasi memerlukan program pengurusan krisis yang tangkas yang boleh disesuaikan bagi menangani pelbagai jenis gangguan. Hanya 35 peratus organisasi mempunyai pelan tindak balas krisis yang 'amat relevan' yang bermaksud majoriti organisasi tidak mempunyai perancangan yang 'agnostik terhadap krisis' — suatu ciri organisasi yang bingkas.
Berdasarkan penemuan daripada tinjauan ini, PwC telah mengumpulkan tiga cara syarikat boleh bersedia dengan lebih baik untuk menghadapi krisis:
Organisasi-organisasi yang berada di kedudukan yang lebih baik pada masa kini adalah lebih cenderung untuk menyatakan bahawa mereka telah memberi perhatian besar terhadap kebingkasan organisasi dan merancang cara bertindak balas terhadap gangguan perniagaan yang signifikan. Tujuh daripada 10 organisasi sedang merancang untuk meningkatkan pelaburan mereka dalam membina kebingkasan. Manakala dalam kalangan pemimpin risiko, jumlah tersebut adalah setinggi 9 daripada 10 organisasi.
'Membina kebingkasan ke dalam DNA organisasi anda memerlukan ia dianggap sebagai suatu keutamaan,' kata David Stainback (Pemimpin Krisis, PwC AS). 'Kebingkasan merupakan asas kepada cara sesebuah organisasi menangani gangguan dan mewujudkan peluang baharu.'
Menurut responden tinjauan, prospek adalah positif untuk tahun 2021: Dalam Tinjauan CEO Global Tahunan PwC ke-24 yang diterbitkan pada awal bulan ini, sebuah rekod tertinggi dengan 76 peratus daripada CEO percaya pertumbuhan ekonomi global akan meningkat pada tahun 2021.
Pandangan optimistik itu sejajar dengan data Tinjauan Krisis Global PwC 2021 yang mendapati tiga daripada empat buah syarikat yakin bahawa mereka berjaya menyepadukan pengajaran yang diperoleh daripada krisis ini dan meningkatkan kebingkasan organisasi mereka.
Muat turun siri laporan ini di www.pwc.com/crisis-resilience dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Tinjauan Krisis Global 2021 dan membina kebingkasan, sila dengar episod terkini kami, siri audio siar, 'Emerge stronger through disruption'.
Tentang PwC
Di PwC, kami beriltizam untuk membina kepercayaan masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah penting. Kami merupakan sebuah rangkaian firma di 155 buah negara dengan lebih 284,000 kakitangan yang komited untuk memberi khidmat jaminan, nasihat dan percukaian yang berkualiti. Ketahui lebih lanjut dan beritahu kami hal yang penting bagi anda dengan melayari kami di www.pwc.com.
PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau satu atau lebih ahli firmanya, masing-masing merupakan entiti berasingan dari sudut undang-undang. Sila layari www.pwc.com/structure untuk maklumat lanjut.
© 2021 PwC. Hak Cipta Terpelihara.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1121790/PWC_Logo.jpg?p=medium600