omniture

Peneraju Teknologi Pengiklanan TripleLift Mengumumkan Pelaburan Majoriti daripada Vista Equity Partners

TripleLift
2021-03-30 19:23 3

Perkongsian untuk Mempercepat Pengembangan dan Inovasi Produk Global dalam CTV

NEW YORK, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- TripleLift, salah satu platform teknologi pengiklanan terbesar di dunia, mengumumkan hari ini bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad untuk menerima pelaburan majoriti daripada Vista Equity Partners. Vista, sebuah firma pelaburan global terkemuka yang memfokuskan perisian perusahaan, perniagaan yang didayakan data dan teknologi, akan membantu memacu inovasi TripleLift seterusnya dan mempercepat pertumbuhan global.

"Kami telah berkembang menjadi peneraju dalam bidang teknologi pengiklanan dan teruja untuk ke fasa seterusnya," kata Eric Berry, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TripleLift. "Apabila mencari rakan pelaburan, kami mementingkan pemahaman yang mendalam tentang teknologi pengiklanan dan kesediaan untuk mengembangkan portfolio produk kami yang inovatif dan berkembang pesat. Vista ialah rakan kongsi yang kami cari."

Ditubuhkan pada tahun 2012, TripleLift memacu pengiklanan programatik generasi seterusnya dengan mencipta format iklan baharu dan membina pasaran dua sisi yang mendatangkan keuntungan kepada penerbit di seluruh dunia. Syarikat ini terkenal sebagai peneraju dalam pengiklanan programatik Tempatan, memperluas tawarannya dalam bentuk paparan serta video dan kini mengkomersialkan produk ulung di Connected TV. TripleLift bekerjasama dengan lebih 80% daripada 100 penerbit comScore, 100% daripada 20 perisian Demand Side Platforms (DSP) yang Terbaik dan 100% daripada 100 pengiklan Terbaik AdAge. Pada tahun lepas, TripleLift mengendalikan lebih 40 trilion transaksi iklan di seluruh komputer, peranti mudah alih dan televisyen terhubung.

"TripleLift merupakan sebuah syarikat teknologi pengiklanan generasi seterusnya yang telah berjaya mengenal pasti dan membangunkan pelbagai pasaran baharu sejak penubuhannya," kata Michael Fosnaugh, Pemimpin Bersama merangkap Pengarah Urusan Kanan Vista Flagship Fund. "Dalam setiap kes, mereka telah mencipta nilai yang unik pada keseluruhan ekosistem syarikat yang merangkumi jenama, penerbit dan rakan kongsi serta kami teruja untuk bekerjasama dengan Eric dan pasukannya dalam meningkatkan lagi perniagaan mereka."

"Vista gembira dapat bekerjasama dengan TripleLift dan kami mempunyai landasan pertumbuhan yang luar biasa," kata Rod Aliabadi, Pengarah Urusan Vista Equity Partners. "Kami berharap untuk meneruskan kepemimpinan pasaran dalam programatik, memangkinkan lagi peluang kami dalam CTV dan membina pengembangan kami ke pasaran antarabangsa utama di seluruh Eropah dan Asia."

Urus niaga tersebut dijangka dilengkapkan pada suku kedua 2021. Eric Berry akan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan terus berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah. True Ventures dan Edison Partners, dua pelabur awal dalam TripleLift akan kekal melabur dalam syarikat. 

Centerview Partners LLC bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada TripleLift, manakala Goodwin Procter LLP dan Reitler Kailas serta Rosenblatt LLC bertindak sebagai penasihat undang-undang. JP Morgan bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Vista, sementara Kirkland & Ellis LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang.

Tentang TripleLift
TripleLift ialah salah sebuah syarikat teknologi iklan yang paling pesat berkembang di dunia dan juga merupakan sebuah syarikat teknologi yang berteraskan gabungan antara kreativiti dan media. Misinya adalah untuk menjadikan pengiklanan lebih baik untuk semua orang—pemilik kandungan, pengiklan dan pengguna—dengan mencipta semula satu medium penempatan iklan pada satu masa. Dengan sumber inventori langsung, rangkaian produk yang pelbagai dan reka bentuk untuk penskalaan menggunakan teknologi Computer Vision yang kreatif, TripleLift memacu pengiklanan programatik generasi seterusnya dari komputer ke televisyen. Setakat bulan Januari 2021, TripleLift telah mencatatkan pertumbuhan lebih 70 peratus selama lima tahun berturut-turut. TripleLift ialah Syarikat Teknologi Pengiklanan Paling Popular dalam Business Insider, Inc. Magazine 5000, Crain's New York Fast 50 dan Deloitte Technology Fast 500. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara TripleLift membentuk masa depan pengiklanan di triplelift.com.

Tentang Vista Equity Partners
Vista ialah sebuah firma pelaburan global terkemuka yang menguruskan lebih $73 bilion aset setakat 30 September 2020. Firma ini melabur secara eksklusif dalam perisian perusahaan, organisasi yang didayakan data dan teknologi yang merangkumi ekuiti swasta, kredit, ekuiti awam dan strategi modal tetap, membawa pendekatan yang mengutamakan pewujudan nilai pasaran yang berterusan untuk manfaat ekosistem globalnya terhadap para pelabur, syarikat, pelanggan dan pekerja. Pelaburan Vista disokong oleh asas modal jangka panjang yang cukup besar, pengalaman dalam menstruktur transaksi berorientasikan teknologi dan teknik pengurusan yang terbukti dan fleksibel yang memacu pertumbuhan lestari. Vista percaya bahawa kuasa transformatif teknologi merupakan kunci kepada masa depan yang lebih baik – planet yang lebih sihat, ekonomi yang lebih pintar, komuniti yang pelbagai dan inklusif serta laluan yang lebih luas untuk kemakmuran. Maklumat lanjut boleh didapati di vistaequitypartners.com. Ikuti Vista di LinkedIn @Vista Equity Partners dan di Twitter @Vista_Equity.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1476042/TripleLift_Logo.jpg?p=medium600

Source: TripleLift
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Venture Capital