omniture

CAE Memperkukuh Kehadiran di Asia dengan Tujuh Fasiliti Baharu

CAE
2021-03-30 19:23 3

CAE memperluas jejak ke seluruh Asia Pasifik dengan penambahan lokasi di Jepun, Taiwan, China, Korea, Singapura, India dan Australia 

AUSTIN, Texas, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- CAE, pedagang komoditi fizikal yang dipacu data dan perisian yang pertama dalam industri untuk peralatan modal dan komoditi semikonduktor, mengumumkan pengukuhan kehadirannya di rantau Asia Pasifik melalui penubuhan pejabat-pejabat di Jepun, Taiwan, China, Korea, Singapura, India dan Australia. CAE berhasrat untuk meningkatkan tiga kali ganda jejaknya di Asia dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan menempatkan pasukan bersepadu sepenuhnya di setiap negara dengan fasiliti pemfabrikatan. Kini, CAE mempunyai lebih 130 orang profesional di seluruh Asia dengan penyertaan 24 orang profesional yang ditambah pada tahun ini.

Beribu pejabat di Amerika Syarikat, CAE mempunyai sejarah pengoperasian yang lama dan berjaya di seluruh Asia. CAE menyempurnakan pengambilan pertama pekerjanya di Asia pada tahun 2010. Sejak itu, CAE telah membangunkan pelan pertumbuhan yang berkesan dengan pasaran yang diwajarkan untuk operasi di Asia dan meneruskan pelaburan dalam bakat tempatan. Pada tahun 2021, CAE mengunjurkan sebanyak 60% daripada pengambilan pekerjanya akan berlaku di seluruh Asia dengan pertumbuhan pasukan perdagangan, pakar sains data dan keputusan, sumber logistik dan pengangkutan serta pengurus bertaraf dunia. Dengan pod perdagangan yang semakin meningkat di Asia, jejak fizikal CAE di seluruh dunia kekal bersepadu sepenuhnya untuk menyediakan akses masa nyata kepada aset dan permintaan dari seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat kepada pelanggan. Pasukan penyelidikan, pemeriksaan dan usaha wajar CAE serta Perkhidmatan Pemeriksaan Global (GIS) menyediakan sokongan secara langsung di seluruh Asia. Para profesional CAE ditempatkan dalam lingkungan jarak sehari perjalanan ke kebanyakan fasiliti pemfabrikatan yang aktif. GIS akan terus berkembang bersama pod perdagangan untuk menyediakan pelanggan CAE dengan tindak balas yang pantas mengikut keperluan mereka dan maklumat masa nyata tentang aset di seluruh dunia. Pada tahun ini, GIS diunjurkan untuk menjalankan lebih 500 pemeriksaan yang dianggarkan akan melibatkan sebanyak 10,000 aset di seluruh fasiliti pemfabrikatan, pusat penyelidikan, gudang dan syarikat baik pulih di Asia.

"Asia merupakan pasaran yang paling penting bagi industri semikonduktor. Walaupun pada asalnya ia hanya bermula sebagai tempat pembuatan yang berdaya maju, namun ia telah berkembang menjadi satu set ekosistem dengan pembuatan yang canggih, reka bentuk cip yang unik serta inovasi ujian dan pemasangan yang luas," kata Ryan Jacob, Ketua Pegawai Eksekutif CAE. "Asia merupakan pasaran pertumbuhan tertinggi di dunia bagi pembuatan semikonduktor dan sebagai peneraju teknologi dalam pembuatan berskala tinggi dan terkhusus. Memandangkan kes penggunaan kian bertambah dan cip telah diperluas ke dalam kereta, rumah, infrastruktur tenaga dan pengangkutan, automasi industri, penjagaan kesihatan dan komunikasi utama, litar bersepadu telah menjadi amat penting kepada masyarakat moden.

"Asia mempunyai kelas pengguna dan pertengahan yang paling pesat berkembang yang bermaksud permintaan tempatan akan melengkapkan Asia sebagai pemacu global dalam pengeluaran cip. Kami ingin menyokong pembangunan teknologi yang berlaku di seluruh Asia. CAE akan terus menjadikan pelanggannya berjaya dengan menyediakan pasaran yang selamat, telus dan pantas untuk peralatan modal dan komoditi semikonduktor ketika pangkalan global yang dibina meneruskan penghijrahannya ke Asia. Kami merupakan pedagang peralatan dan komoditi semikonduktor yang paling aktif di Asia. Ia merupakan bahagian pertumbuhan tertinggi dalam perniagaan kami; oleh itu, kami amat teruja untuk melihat penerapan pekerja dan juga pelanggan terhadap model kami serta ingin memberi sokongan kepada kedua-duanya pada masa hadapan."

CAE berada pada kedudukan untuk menyokong kewujudan teknologi perniagaan global yang kukuh di Asia dengan memperluas jangkauan platformnya secara pantas melalui penambahan lebih 1,000 aset baharu dan permintaan harian secara purata. Dengan sejarah kehadiran selama lebih tiga dekad di Asia, pelaburan CAE di Asia akan terus menyokong pelanggan masa kini dan masa hadapan. CAE menjejaki lebih 537,000 aset global dalam fasiliti pemfabrikatan, gudang, syarikat pembaikpulihan dan pusat penyelidikan — kebanyakan aset adalah bersifat ekslusif. Pada masa yang sama, CAE bekerjasama dengan pelanggan untuk lebih 260,000 pertanyaan aktif, pengumpulan permintaan dan pembekalan yang paling luas di dunia.

Tentang CAE
CAE ialah pedagang komoditi fizikal yang dipacu oleh data dan perisian untuk peralatan pengeluaran dan komoditi semikonduktor. Beribu pejabat di Austin, Texas, CAE membangunkan teknologi yang disahkan oleh transaksi yang terkemuka di pasaran, membolehkan pemprosesan pembelian, penjualan dan penghantaran peralatan dan komoditi semikonduktor secara menyeluruh. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari caeonline.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1455896/CAE_Logo.jpg?p=medium600

Source: CAE
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Corporate Expansion Data Analytics