omniture

RevitaLash Cosmetics Mengumumkan Kempen The Curl Effect®

RevitaLash Cosmetics
2021-03-30 20:00

Memperkenalkan The Curl Effect® oleh RevitaLash Advanced® 

VENTURA, California, 30 Mac 2021 /PRNewswire/-- Peneraju dan perintis dalam kategori kesihatan dan kecantikan bulu halus, RevitaLash Cosmetics mengumumkan pelancaran kempen global Curl Effect mereka yang pertama, suatu revolusi untuk menambah kelentikan bulu mata anda secara semula jadi menggunakan serum bulu mata di bawah jenama RevitaLash® Advanced yang memenangi anugerah, dijual dengan laris dan diiktiraf secara global.

RevitaLash Cosmetics Curl Effect Before & After
RevitaLash Cosmetics Curl Effect Before & After

Menurut data pasaran NDP, maskara merupakan produk kosmetik mata kedua yang paling laris dijual dan apabila membeli maskara, fungsi "melentikkan" adalah ciri ketiga yang paling dicari pengguna.  Dengan kefahamannya tentang permintaan pengguna, RevitaLash Cosmetics berusaha untuk menyediakan pelentik bulu mata semula jadi tanpa warna tambahan, yang bukan sahaja kalis air, tahan kelembapan dan mudah diselenggarakan, malah dapat bertahan lama.

Melalui formulasi teknologi saintifik yang canggih, RevitaLash Advanced menampilkan teknologi Curl Effect yang dipatenkan dan disampaikan melalui jenamanya BioPeptin Complex®, yang mampu merias serta menyerikan lagi penampilan bulu mata secara semula jadi, menjadikan ia kelihatan cantik dan lebat, tanpa sebarang warna tambahan. 

"Sebagai inovator dalam kategori bulu mata, bulu kening dan bulu halus, kami sentiasa komited untuk membawakan kemajuan yang canggih melalui portfolio produk kami, bermula dengan RevitaLash Advanced kami yang terkemuka dan memenangi anugerah," kata Dr. Michael Brinkenhoff, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RevitaLash Cosmetics.  "Buat julung-julung kalinya, kami berasa berbesar hati untuk memperkenalkan kempen global Curl Effect proprietari kami melalui kelainan yang ada pada RevitaLash Cosmetics, yang telah mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju dalam kategori bulu mata."

RevitaLash Advanced Eyelash Conditioner menampilkan Curl Effect yang dipatenkan, tersedia di seluruh dunia dan didapati dalam tiga saiz yang mudah dibawa dengan harga yang berpatutan:

3.5 mL berharga USD150, 2.0 mL berharga USD98 dan 1 mL berharga USD55.

Tentang RevitaLash Cosmetics
RevitaLash Cosmetics ialah syarikat terkemuka dalam membangunkan produk kecantikan bulu mata, bulu kening dan bulu halus. Ditubuhkan pada tahun 2006, koleksi ini merangkumi RevitaLash® Advanced Eyelash Conditioner dan RevitaBrow® Advanced Eyebrow Conditioner yang memenangi anugerah serta tersedia di pejabat pakar perubatan, spa, salun dan peruncit khusus di 70 buah negara. Sebagai penyokong inisiatif kanser payudara bukan berasaskan keuntungan, RevitaLash Cosmetics menyumbang sebahagian daripada keuntungannya kepada inisiatif penyelidikan dan pendidikan serta berbakti kepada komuniti kanser payudara di sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Oktober. Untuk maklumat lanjut: www.revitalash.com. [RevitaLash Advanced tidak tersedia di California]

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1475344/revitalash_cosmetics_curl_effect_before_after.jpg?p=medium600

 

 

Source: RevitaLash Cosmetics
Keywords: Advertising Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services