omniture

AACSB Menyorot 24 buah Sekolah Perniagaan yang Mewujudkan Impak Positif dalam Masyarakat

AACSB International
2021-03-31 21:20

Inisiatif Inovasi Yang Memberi Inspirasi Menunjukkan Cara Sekolah Perniagaan Menjadi Pendorong Kebaikan Dalam Masyarakat 

TAMPA, Florida, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- AACSB International (AACSB)—rangkaian pendidikan perniagaan terbesar di dunia—hari ini mengumumkan 24 buah sekolah perniagaan terbaik sebagai sebahagian daripada inisiatif pengiktirafan ahlinya iaitu Inovasi Yang Memberi Inspirasi (Innovations That Inspire). Program tahunan ini mengiktiraf institusi dari seluruh dunia yang berfungsi sebagai peneraju perubahan dalam landskap pendidikan perniagaan.


Sejajar dengan kempennya, Connected for Better (Berhubung untuk Lebih Baik) yang menekankan sumbangan positif pendidikan perniagaan dalam masyarakat, inisiatif Inovasi Yang Memberi Inspirasi 2021 AACSB menampilkan sekolah perniagaan yang memberi kesan positif melalui salah satu daripada cara berikut:  

  • Memupuk kedudukan melalui gabungan akademik dan amalan
  • Berhubung dengan disiplin lain
  • Mendorong inovasi dalam pendidikan tinggi

Inovasi yang ditampilkan menangani pelbagai cabaran sosial termasuk ketidakjaminan pemakanan, kepemimpinan pandemik, perubahan iklim dan kesaksamaan jantina. Contoh termasuklah:

  • COVID-19 Tracking Project (Projek Pengesanan COVID-19) oleh Carlson School of Management, Universiti Minnesota yang menggunakan data kemasukan ke hospital dari kesemua 50 negeri di A.S. untuk membantu mengukur kesan COVID-19 pada sistem hospital tempatan, meramalkan keperluan masa depan dan mengesan perubahan keparahan penyakit.
  • Aquatis Innovation Challenge (Cabaran Inovasi Aquatis) IMD yang menggandingkan pelajar MBA dengan akuarium air tawar terbesar di Eropah untuk meningkatkan penglibatan pengunjung pasca pandemik.
  • Khaddit Beirut iaitu sebuah inisiatif nasional yang unik dari Suliman S. Olayan School of Business, American University of Beirut bertujuan untuk membangunkan pelan hala tuju yang bermatlamatkan komuniti dan dipacu masyarakat setempat untuk pemulihan berikutan letupan Beirut pada 4 Ogos 2020.

"Sekolah perniagaan di seluruh dunia menentukan objektif dan strategi impak yang sesuai dengan komuniti yang mereka santuni dan contoh-contoh yang dipaparkan dalam inisiatif Inovasi Yang Memberi Inspirasi AACSB benar-benar membuktikan bahawa pendidikan perniagaan merupakan pendorong ke arah kebaikan," kata Caryn L. Beck-Dudley, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Kami teruja untuk memberi penghormatan kepada 24 buah sekolah perniagaan ini atas pendekatan inovatif mereka menangani cabaran dalam masyarakat."

Kini, pada tahun keenamnya, inisiatif Inovasi Yang Memberi Inspirasi ini telah menonjolkan lebih 160 usaha sekolah perniagaan sebagai contoh pendekatan yang berpandangan ke hadapan dalam sektor pendidikan, penyelidikan, penglibatan atau jangkauan komuniti, keusahawanan dan kepemimpinan. Sehingga kini, anggota Business Education Alliance (Pakatan Pendidikan Perniagaan) AACSB telah berkongsi lebih 1,000 inovasi yang mewujudkan suatu repositori yang kukuh dalam portal DataDirect AACSB untuk memberi maklumat dan inspirasi kepada sesama ahli dan industri. Sokongan untuk inisiatif Inovasi Yang Memberi Inspirasi 2021 disediakan oleh Barco.

Untuk gambaran keseluruhan tentang inovasi yang ditampilkan, sila layari aacsb.edu/innovations-that-inspire.

Tentang AACSB International 

Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB International (AACSB) ialah sebuah pakatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia, menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk mewujudkan generasi pemimpin akan datang yang hebat. Dengan kehadiran di lebih 100 buah negara dan wilayah, AACSB memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan meluaskan kesan dalam pendidikan perniagaan. Ketahui bagaimana AACSB mengubah pendidikan perniagaan demi masyarakat yang lebih baik di aacsb.edu.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1475216/aacsb_international_iti_2021.jpg?p=medium600

Source: AACSB International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Workforce Management/Human Resources Awards Corporate Social Responsibility